Friday, August 02, 2019

Review Buku: The Adventure of the Beryl Coronet - Sherlock Holmes (Audio Book)

Assalamu'alaykum,

Baik, masih lagi meneruskan kegigihan menghabiskan audio book, dan masih lagi dalam kisah pengembaraan Sherlock Holmes. Kali ini bertajuk The Adventure of the Beryl Coronet. 


Kisah ini bermula dengan seseorang datang berjumpa Sherlock Holmes dalam keadaan kepenatan. Dia mengadu, yang ada benda yang besar berlaku pada dirinya. dan dia telah pun membuat laporan polis, dan polis meminta dia berjumpa Sherlock Holmes untuk membantunya.

Lelaki ini kemudiannya bercerita, dia merupakan pengurus di salah sebuah bank di situ, dan pada beberapa hari lepas, ada seorang kenamaan (bangsawan) datang berjumpa dengannya. atas urusan perniagaan. Kemudian, bangsawan ini meminta untuk membuat pinjaman bernilai 60ribu pound, dengan menggadaikan diadem yang bernilai tinggi. yang mempunyai 39 batu permata disekelilingnya.

Selesai urusan dengan bangsawan itu, pengurus ini berfikir-fikir. dan disebabkan dia risau meninggalkan diadem itu di pejabatnya, dan merasakan ianya tidak selamat. maka, dia membawa balik diadem itu ke rumahnya, dan menyimpannya dalam peti besi simpanannya. 

Kemudiannya, lelaki itu menceritakan berkenaan orang-orang yang tinggal bersamanya di rumah itu. iaitu anak lelakinya, 2 orang maid, dan seorang anak sedara perempuan. Dia menceritakan secara terperinci berkenaan orang-orang dalam rumahnya. 

Kemudian, perkara yang paling menyukarkan berlaku. Di tengah malam, dia terdengar bunyi pelik, dan dia terus bangkit, dan menuju ke bilik yang menyimpan diadem. Dan dia terlihat, anak lelakinya, berada di depan almari yang menyimpan diadem itu, dan kelihatan ada kesan pecah, dan kelihatan 3 batu permata dari diadem itu telah hilang. Dia terus menyoal anaknya, dan selepas anaknya tidak menceritakan apa2, dia terus memanggil polis, dan polis terus menangkap anaknya sebagai suspek utama kejadian.

Selepas mendengar cerita pengurus itu, Sherlock Holmes dan Dr Watson pun pergi ke rumah pengurus itu, dan membuat pemeriksaan terperinci. Sherlock juga bertanyakan beberapa soalan kepada semua yang ada dalam rumah itu. 

Akhirnya, Sherlock meminta pengurus itu datang berjumpa dengannya esok hari. Kerana dia ingin mengumpul lagi beberapa maklumat berkaitan. 

Keesokan harinya, pengurus itu datang ke pejabat Sherlock, dan menyatakan anak sedara perempuannya telah meninggalkannya, dengan memberikan satu notis...


ke mana anak sedara pengurus itu pergi? adakah Sherlock berjaya menjumpai batu permata yang hilang itu? adakah benar anak lelaki pengurus itu bersalah?

ye, anda boleh baca buku ini, atau lebih tepat lagi, "mendengar" buku ini....


jumpa lagi lain kali~~!!! regards

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...