Friday, March 08, 2019

Siri Fotografi: Rule of Third

Assalamu'alaykum,

Orait, bersambung dengan satu lagi teknik yang boleh digunakan dalam mengambil gambar, agar gambar nampak lebih dramatik dan menarik. Kali ini, teknik ini dinamakan Rule of Third (Peraturan Ketiga, kahkahkah).


Teknik ini lebih kepada gambar kumpulan, atau objek yang ingin kita ambil, berada pada kedudukan sepertiga daripada frame (gambar). Sekiranya handphone anda ada, cuba hidupkan fungsi "Grid". Kamera kita akan paparkan 4 garisan dalam frame kita, iaitu dua garisan menegak, dan dua garisan mendatar. garisan-garisan ini akan mewujudkan empat titik fokus utama yang boleh digunakan dalam Rule of Third ini. 

kedudukan empat titik fokus yang dinyatakan

Kita cuba fokus untuk letakkan objek yang kita nak ambil gambar dalam kedudukan empat titik ini.  atau gabungan 2 titik. Susah kalau nak faham kalau cerita je kan. Kita bagi contoh jela. lebih mudah faham. 

jika kita just letakkan objek ditengah2, kurang dramatik

jika kita just letakkan di sudut 1/3 dari frame, nampak lebih dramatik

Kaedah ini juga boleh digunakan dalam mengambil gambar permandangan. Contohnya, kita ambil gambar pantai, kita letak garisan pantai ditengah2 frame, gambar akan nampak statik. kalau kita gunakan rule of third, dan jadikan 1/3 gambar adalah garisan pantai, maka ianya akan lebih dramatik. Kita boleh lebihkan ke atas, atau ke bawah.

Contoh gambar objek di tengah2

Menggunakan rule of third, kita lebihkan langit. lebih dramatik bukan?

boleh juga lebihkan darat/tanah. Sesuai untuk pemandangan pantai

Orait, harap sedikit ilmu kali ini dapat membantu anda menambah sikit nilai dramatik dalam gambar yang anda ambil.

Semoga berjaya!

jumpa lagi~~


No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...