Friday, June 26, 2020

Review Buku: Empayar 2 - Hikayat Mukjizat daripada Iblis

Assalamu'alaykum,

So, kembali dalam siri review buku. rasanya dah banyak kot buku di-review sebelum ni, tapi baru reti buat review yang lebih comel. bukan sekadar bagi sikit2 sinopsis, atau sneak peak, tapi kena bagitau apa kelebihan dan kekurangan cerita buku tu. hehe...

orait, takpelah, kita sentiasa belajar benda baru dalam hidup, untuk jadikan diri kita lebih baik setiap hari bukan? jadinya, kali ini, saya akan buat review satu buku karya Teme Abdullah, buku kedua, daripada siri Empayar. iaitu;

EMPAYAR 2
Hikayat Mukjizat daripada Iblis




buku ini adalah kesinambungan daripada buku Empayar pertama, iaitu mengisahkan peristiwa yang berlaku kepada pelatih 8492 ketika tahun pertama ke Madrasah Taming Sari, akan tetapi fokus kali ini langsung tiada berkaitan dengan pelatih 8492, tapi masih bersama antagonis yang sama, iaitu Pahlawan 1636, dan dicampurkan sedikit antagonis lain... ok..

Kali ini, fokus kepada kisah pelatih 6480, dan masih lagi di Madrasah Taming Sari. dan antagonis pertama, iaitu Pahlawan 1636 juga masih ada. dan kali ini, konflik juga berat, dengan penambahan antagonis luar, iaitu seorang Imam. Imam dan pengikutnya telah masuk ke madrasah Taming Sari. dan beberapa siri konflik tambahan bukan sahaja antara pelatih, tetapi bersama antagonis luar itu juga. Beberapa siri perdebatan yang berlaku telah membuka minda, dengan penyampaian ilmu yang disampaikan dengan bahasa mudah dan bersahaja, menggunakan bahasa perbualan, akan tetapi mesejnya jelas. 

============================

Buku kali ini lebih berat isu yang dibawakan oleh penulis, bukan sekadar penunggang agama yang menggunakan dalil dan hujah untuk memuaskan hati mereka di peringkat diri sendiri, tapi mula melibatkan beberapa konflik yang lebih meluas, hingga melibatkan pentadbiran, tomahan, fitnah yang pada dasarnya telah berlaku pada hari ini. Penulis telah berjaya menyelitkan dua aliran cerita di dua tempat berbeza. akan tetapi menuju tempat yang sama.

Konflik yang diterapkan, cara penyampaiannya tidak terlalu perlahan, dan tidak terlalu tergesa-gesa. penulis bijak memainkan tempo agar pembaca tidak boring, tapi dalam masa sama, tidak terlepas isu dan mesej yang hendak disampaikan. 

Plot twist yang terjadi juga ada yang boleh diagak, akan tetapi cara penyampaian plot twist itu juga berjaya disampaikan dengan baik. ada juga plot twist yang tidak boleh dijangka, dan berjaya memberikan kepuasan kepada pembaca. 

Perkara yang menarik adalah isu dan mesej yang penulis cuba sampaikan, isu yang berat, dan besar, tapi dekat dengan hati penulis, telah berjaya disampaikan dengan baik. Penulis menulis dengan hati, jadi mesejnya berjaya disampaikan dengan baik

Sedikit kekurangan, terdapat plot yang rasanya perdebatan yang berjela-jela sedikit. tapi perlu untuk nampakkan mesej yang disampaikan. mungkin dengan cara penyampaian yang lebih baik dapat membantu mengurangkan rasa jela-jelaan ini.

Ok, secara dasarnya, buku dan kisah yang disampaikan sangat menarik. penulis berjaya menyampai apa yang patut, dalam bentuk cerita yang sangat menarik. 

ada beberapa benda yang nak diagak, iaitu konflik yang lebih besar antara hero buku pertama, iaitu pelatih 8492, dengan antagonis pahlawan 1636, dan dibantu oleh pelatih 6480, a-kaf dan antagonis luar ini. sangat menarik penulis "menggantung" akhir cerita buku ini...


ok, itu sahaja review kali ini, semoga ada manfaat, boleh dapatkn buku ini di toko-toko buku berhampiran. 

regards

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...