Orait, bersambung pula cerita dari audio book yang saya dengar. Masih lagi dalam siri The Adventure of Sherlock Holmes. Kali ini kisahnya bertajuk The adventure of the blue Carbuncle. Makin menarik cerita-cerita dalam siri Sherlock Holmes ni.
Orait. biasalah, kalau Sherlock Holmes ni, banyak cerita bermula dengan orang datang ke ofis dia. Ok, tapi awal2 tu macam benda2 pelik jela. ada satu kes rompakan, permata berwarna biru. dan suspek telah ditangkap pun.
Akan tetapi, tiba2, ada seseorang datang berjumpa Sherlock, dia kata angsa yang dia beli, dalam perutnya ada permata berwarna biru. Jadi dia jadi bingung. Sherlock mengambil permata biru itu, dan meminta pemuda itu balik ke rumahnya.
Dia kemudiannya berbincang dengan Watson, dan mengajak Watson berjalan malam itu. Mereka pergi ke satu kedai menjual angsa, atau lebih macam supplier angsa. Dan mereka dimarahi oleh pemilik kedai, dengan mengatakan mereka "sibuk" bertanya macam2, seperti orang sebelum ini.
Namun Sherlock masih bertenang walaupun dimarahi oleh tuan kedai. dan dia meminta apa2 maklumat berkenaan "orang yang bertanya sebelum ini", dan tuan kedai menunjukkan buku log penjualan dan pembelian angsa yang dia laksanakan. Melihat maklumat yang diberikan itu, Sherlock Holmes mengajak Watson keluar dari kedai.
Dan kemudian, mereka berjumpa seseorang di luar kedai.....
siapakah orang itu? apa tujuan Sherlock berbual dengan orang itu? apa kesudahan misteri permata biru dan angsa ini?
anda boleh cuba baca (dengar) audio book ini~
ok, itu sahaja, terima kasih dan jumpa lagi!!
siapakah orang itu? apa tujuan Sherlock berbual dengan orang itu? apa kesudahan misteri permata biru dan angsa ini?
anda boleh cuba baca (dengar) audio book ini~
ok, itu sahaja, terima kasih dan jumpa lagi!!
No comments:
Post a Comment