Assalamu'alaykum,
orait, masih lagi meneruskan review buku audio ni. Dan masih lagi siri Sherlock Holmes. Kali ini, mengisahkan pasal Case of Identity. Dan seperti biasa, kisah bermula apabila seseorang bertemu dengan Sherlock Holmes, yang dinaratifkan oleh Dr Watson. Client biasanya menceritakan masalah dia. Kali ini, client yang bertemu dengan Sherlock Holmes adalah seorang wanita, yang ingin Sherlock mencari lelaki idamannya, yang tiba2 menghilangkan diri pada hari perkahwinan yang dijanjikan mereka.
Sherlock kemudian meminta wanita itu mencerita sedikit latar belakang, dan juga menegaskan kepada Dr Watson untuk mengambil kira semua perkara-perkara kecil, terutama perwatakan wanita tersebut. Wanita itu bercerita, dia telah mengenali seorang lelaki ini, dan mereka telah bercinta buat beberapa ketika. Dan seterusnya berjanji untuk berkahwin di salah sebuah gereja. Akan tetapi, ketika hari yang dijanjikan, lelaki ini tidak datang.
Wanita itu kemudiannya bercerita juga tentang ibunya yang berkahwin dengan seorang lelaki yang jauh lebih muda (15 tahun muda), dan ayah tirinya ini hanya 5 tahun berbeza umur dengannya. Ayah tirinya seperti mengongkong segala pergerakan wanita ini. Dan wanita ini juga menceritakan, mendiang ayahnya telah mewasiatkan setiap bulan, penjaga wanita ini akan mendapat duit, selagi mana wanita ini duduk bersama penjaganya.
Sherlock meminta wanita ini menerangkan lebih lanjut berkenaan lelaki yang disukai oleh wanita ini, dan wanita ini menceritakannya. Lelaki ini sangat gentleman, dan bertemu hanya sebelah malam. dan sangat romantik.
selesai bercerita, Sherlock kemudiannya membuat penyiasatannya tersendiri, dan meminta Dr Watson hantar 2 surat kepada 2 lelaki. salah satunya kepada ayah tiri wanita tersebut. Ayah tiri wanita tersebut kemudiannya datang bertemu Sherlock. Dan ketika ini, selepas bersoal jawab beberapa ketika, Sherlock akhirnya meminta kepada ayah tirinya ini, kenapa dia membuat perancangan yang lama untuk "menipu" anak tirinya ini...
dan akhirnya ayah tiri wanita itu mengaku...
bagaimana akhirnya? apakah cerita disebalik semua ini? boleh cuba "membaca" audio book ini pula.
regards
"kita merancang, ALLAH jua merancang, dan perancangan ALLAH adalah yang terbaik..."
*p/s: banyak post entry yang saya jadualkan, jadi banyak isu yang kelihatan "terlewat" dari asalnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aku, dulu
Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...
-
assalamualaikum, tadi surf sebentar internet, lalu menjumpai satu artikel menarik, mengenai satu "legenda" peribahasa, "guru ...
-
Assalamu'alaykum, Mungkin ada yang tahu, mungkin tak tahu. Ayer Hitam terkenal dengan kerepek-kerepek ubi, kentang dan macam-macam jen...
-
Assalamu'alaykum, Jadi, bersambung lagi kali ni, bercerita pasal Program Geoinformatik. kali nak bercerita kekeliruan dan perbezaan a...
No comments:
Post a Comment