Friday, January 11, 2019

Siri Buku: The Five Orange Pips - Sherlock Holmes (Audio Book)

Assalamu'alaykum,

so, masih lagi berterusan dengan siri buku audio, dan masih lagi dalam siri penyiasatan karya Sir Canon Doyle. Dan masih lagi siri The Adventure of Sherlock Holmes. kali ini, ianya mengisahkan tentang the Five orange pips. kisah ini bermula di tengah malam, ketika hujan lebat, Sherlock dan Dr Watson sedang berbincang dalam pejabat mereka. tiba2 mereka terdengar ketukan di pintu. 

Kelihatan seorang pemuda dalam keadaan bergegas. Dia meminta bantuan dari Sherlock, berkenaan "sumpahan" daripada satu surat. Ianya bermula dengan kisah, dia tinggal bersama pakciknya, dan dia bertugas seolah-olah penjaga kepada pakciknya. Dia mengisahkan, pakciknya mempunyai satu bilik rahsia, yang tiada siapa pernah masuk, kecuali pakciknya. Satu hari, pakciknya mendapat satu surat dengan perkataan K.K.K, dan pakciknya kelihatan takut, dan kemudiannya memanggil peguamnya datang utk buat wasiat. tidak lama kemudian, pakciknya dijumpai mati membunuh diri. Coroner juga mengesahkan tiada pergelutan dengan orang luar yang terjadi. 

Wasiat pakciknya pula menyatakan selepas hartanya diserahkan kepada ayah pemuda ini. Dan selepas 2 tahun, ayah pemuda ini pula menerima surat yang sama diterima oleh pakciknya, iaitu surat dengan perkataan K.K.K. tidak lama selepas itu, ayahnya pula ditemui mati lemas selepas terjatuh dalam kolam. Disebabkan wasiat pakciknya menyatakan selepas ayahnya, dia pula mewarisi harta pakciknya. 

selepas beberapa lama, pemuda ini pula menerima surat daripada K.K.K, dan apabila dia mengingati "sumpahan" daripada cerita pakcik dan ayahnya, dia pun merasa takut, dan mencari pertolongan. dan akhirnya seseorang memberitahu kepadanya untuk berjumpa Sherlock Holmes bagi mendapatkan bantuan. Dan selepas menceritakan semua perkara yang terjadi, Sherlock Holmes segera menyuruh pemuda itu balik, dan membuat arahan daripada surat itu, dengan menambah yang dia tiada lagi semua surat atau dokumen yang dipunyai oleh mendiang pakciknya. 

kemudiannya, Sherlock kelihatan risau, dan akhirnya menceritakan apa yang dia tahu, dan apa yang terjadi disebalik surat dengan K.K.K itu. Dan apa yang dirisaukan oleh Sherlock Holmes adalah keselamatan pemuda tersebut. 

Keesokan harinya, Dr Watson membaca suratkhabar hari itu, dan terus mendapatkan Sherlock. Suratkhabar itu menyatakan pemuda yang berjumpa Sherlock semalam telah ditemui mati lepas, selepas terjatuh daripada jambatan, dalam keadaan hujan lebat dan cuaca malam yang agak buruk.

Sherlock kelihatan kecewa, kerana tidak berjaya menyelamatkan nyawa pemuda tersebut. Kemudiannya, Sherlock menyatakan bahaw dia akan membuat sesuatu kepada K.K.K ini. 

apa yang bakal ditemui oleh Sherlock dan Dr Watson? apa itu K.K.K? boleh cuba baca, atau dengar audio book ini. 


orait, jumpa lagi!!

regards

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...