Friday, June 26, 2020

Review Buku: Empayar 2 - Hikayat Mukjizat daripada Iblis

Assalamu'alaykum,

So, kembali dalam siri review buku. rasanya dah banyak kot buku di-review sebelum ni, tapi baru reti buat review yang lebih comel. bukan sekadar bagi sikit2 sinopsis, atau sneak peak, tapi kena bagitau apa kelebihan dan kekurangan cerita buku tu. hehe...

orait, takpelah, kita sentiasa belajar benda baru dalam hidup, untuk jadikan diri kita lebih baik setiap hari bukan? jadinya, kali ini, saya akan buat review satu buku karya Teme Abdullah, buku kedua, daripada siri Empayar. iaitu;

EMPAYAR 2
Hikayat Mukjizat daripada Iblis

Friday, June 19, 2020

Online TnL: JamBoard

Assalamu'alaykum,

ok, sejak berlakunya penularan virus COVID-19 (novel coronavirus), beberapa kebiasaan kita lakukan setiap hari telah berubah, kepada menuju masyarakat atas talian (online community). Salah satu yang paling terkesan adalah pengajaran dan pembelajaran, pendek kata institusi pendidikan. Sekolah, tadika, taska, universiti, kolej semuanya terkesan. akan tetapi, pihak insitusi pendidikan masih perlu meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran. 

Jadi, berlakulah proses pembelajaran secara atas-talian, atau online learning. Disebabkan kemudahan internet telah hampir menyeluruh ke seluruh Malaysia, pihak universiti pun menggalakkan, malah ada yang mewajibkan proses T&L secara atas talian. ada banyak teknik atau kaedah boleh digunakan, melalui video call, muatnaik video ke laman streaming, menggunakan platform pembelajaran atas-talian (e-learning), dan lain-lain. 

Salah satu yang baru "dikenali" sepanjang proses T&L ini adalah penggunaan Jamboard. Jamboard ni secara mudahnya, adalah dikira papan putih, atau kertas mahjong yang boleh dilihat, dan dikongsi antara pengajar (cikgu) dan juga pelajar (murid2). Jamboard membenarkan juga interaksi dua-dua pihak, dengan proses perkongsian secara masa terus. Pengajar dan pelajar boleh sama2 "mengisi" kertas mahjong yang ada. 

paparan asas Jamboard

Jamboard membenarkan beberapa jenis input. iaitu pen untuk melakar, pemadam untuk padam lakaran yang dibuat, sticker untuk memasukkan ayat, gambar yang boleh diupload, dan akhir sekali laser, yang digunakan untuk tunjuk sesuatu input. macam laser dalam laser pointer. 

Jika kedua-dua pihak pengajar dan pelajar kreatif, mereka akan mampu hasilkan lakaran yang sangat menarik. contohnya di bawah. dengan gabungan sticker, gambar, penulisan, latar belakang yang cantik, banyak yang boleh dilakukan dengan Jamboard ini. walaupun masih kurang fungsi yang ada, tapi kalau kreatif, macam2 boleh dihasilkan.




orait, itu sahaja yang hendak dikongsi kali ini. jika anda berminat, anda juga boleh menggunakannya untuk pelbagai aktiviti, seperti melakar idea business, membuat pelan dan lain-lain. 

lain kali saya akan cuba kongsi tentang draw.io pula. 


regards

Friday, June 12, 2020

Program Geoinformatik - apa beza Geoinformatik dgn Geomatik?

Assalamu'alaykum,

Jadi, bersambung lagi kali ni, bercerita pasal Program Geoinformatik. kali nak bercerita kekeliruan dan perbezaan antara Geoinformatik dgn Geomatik.

Geoinformatik vs Geomatik
Geoinformatics vs Geomatics

So, kita cerita dulu pasal GEOMATIK. Geomatik ini asalnya adalah program Ukur Tanah, yang dijenamakan semula menjadi Geomatik. Program ini menjuruskan pelajar kepada pakar dalam membuat pengumpulan data, samada data lapangan (field survey), fotogrammeti (gambar udara), pengukuran dalam air (kedalaman, dan lain-lain), serta pengumpulan data GPS yang jitu (GNSS). Program Geomatik fokusnya kepada pengumpulan data yang tepat dan jitu, agar data-data itu boleh digunakan oleh pelbagai pihak, dan juga memastikan data itu adalah tepat. 

baik, apa pula GEOINFORMATIK? Geoinformatik ni program yang fokus kepada Sains Maklumat Geografi (GIS - Geographic Information Science). Ianya merangkumi daripada perancangan dan pembangunan GIS. kemudian, ianya akan juga berkait dengan pengumpulan data, pemprosesan data, pembinaan pangkalan data GIS, membuat analisis, dan akhirnya kepada output. Program Geoinformatik ini akan merangkumi juga bidang Geomatik, iaitu dengan pengumpulan data yang tepat dan jitu, kita akan bangunkan pangkalan data yang baik, dan membuat analisis yang lebih tepat. 

tapi, Geomatik dan Geoinformatik saling berkait ye... masing2 saling memerlukan. kalau takde bidang Geomatik, macamana nak tahu data yang dikumpul tu betul2 tepat dan jitu? kalau takde Geoinformatik, macamana nak tahu kaedah simpanan, dan macamana nak buat analisis yang pelbagai, termasuklah network analysis, analisis spatial statistik, spatial analysis macam buffering, overlay, integrated, nak integrate dgn AHP dan lain2..

itu secara asasnya jela, ada banyak lagi kalau nak cerita.

harap korang dapat faham, dan kalau berminat, boleh la baca lagi post-post dalam siri #Geoinformatik ini..

regards

Friday, June 05, 2020

travelogzakri: Trip ke N9 - Warung BamBam Kg Chedang

Assalamu'alaykum,

Perjalanan kami diteruskan lagi pada hari kedua trip ke N9 ini. Sebelum berjalan, kena sarapan dulu ye tak. jadi halatuju pagi ini adalah ke warung Bambam Kampung Chedang. kalau guna waze, hati2 la ye, nanti kat hujung perjalanan, dia pening sikit. sepatutnya turun bukit, dia suruh kita terus je...

Chill je warung Bambam ni..

Ok, warung Bambam ni warung biasa je. warung tepi rumah orang. cuma, menu dan masakannya yang menjadi tarikan. Ada sarapan biasa, iaitu nasi lemak, kuih muih, dan roti canai. Tapi yang special adalah Roti Bakar Telur Goyang. tak lupa ada roti jala dan roti stim. Roti stim ni sangat enak. tak tipu. Roti Bakar Telur Goyang pun sedap. boleh lihat gambar ye.

Disebabkan warung ini adalah sebelah rumah, jadi tempat makannya terhad, dan agak panas bila dah semakin tengahari. Walaupun ada kipas, tapi keadaan tetap terasa bahangnya. 

selepas sarapan, kami menuju ke destinasi seterusnya, ke mana? nantikan...

jangan parking ikut suka hati ye. nanti ada yang calar kereta

penuh menu dia.

my favourite... hehe... Roti Bakar Telur Goyang Double!!

teh ais omnomnom

Friday, May 29, 2020

Travelogzakri: Trip ke N9 - Zaini Salai House

Assalamu'alaykum,

orait, so, next stop selepas berenang di Taman Eko-Rimba Ulu Bendul, kami meneruskan perjalanan menuju kembali ke Seremban. akan tetapi, waktu telah menunjukkan waktu tengahari, dan perut mula berkeroncong, jadi kami menyinggah dulu ke satu tempat daging salai yang tidak kurang terkenalnya, iaitu Zaini Salai House..

Zaini Salai House berada tidak jauh dari Taman Eko-Rimba Ulu Bendul. sekitar 5 minit perjalanan sahaja. Parking hanya lah di tepi jalan, atau jika anda ke dalam, tempat parking adalah tanah ye. kalau hujan, berhati-hati ye.

pintu masuk Zaini Salai House
Pelbagai menu disediakan, amaran awal, lauknya sedikit pedas. jadi untuk anak2 kecil, kena cari lauk yang bersesuaian ye. Terdapat pelbagai jenis lauk di sini. Dan kita perlu self-service ye. amik nasi, dan pilih lauk. untuk daging salai, pihak Zaini Salai House telah sediakan bekas-bekas mangkuk kecil, yang berharga sekitar rm10-20 mengikut jenis daging/ayam/lain2.

selain itu, ada juga disediakan menu2 dessert yang lain, ada ice cream, ada juga ABC (air batu campur), dan pelbagai lagi menu menarik. tak lupa, ada juga produk2 tempatan untuk dibeli, seperti kuih2, kerepek dan lain-lain. 

Kaunter bayaran

hidangan lauk yang pelbagai

lagi hidangan lauk yang pelbagai

Daging salai, yang ini RM10 satu mangkuk

ABC koko crunch

ABC biasa
Orait, sekiranya anda ada ke Kuala Pilah, atau berdekatan dengan Zaini Salai House ini, bolehlah menyinggah ke sini, untuk makan tengahari. enak dan berbaloi...


ok, itu sahaja untuk post kali ini, semoga berjumpa lagi....


regards

Friday, May 22, 2020

Review Buku: Empayar - Hikayat Putera Tanpa Nama

Assalamu'alaykum,


Masih lagi nak bercerita post tentang review buku. Kali ini, satu buku karya orang yang tidak dikenali mukanya, tapi namanya telah dikenali ramai. Buku kali ini adalah cerita:

EMPAYAR

Hikayat Putera Tanpa Nama

karya Teme Abdullah

Friday, May 15, 2020

Travelogzakri: Trip ke N9 - Taman Eko-Rimba Ulu Bendul

Assalamu'alaykum,

Bersambung lagi dalam kisah trip kami sekeluarga ke N9. destinasi seterusnya adalah ke Taman Eko-Rimba Ulu Bendul. ok, taman ini terletak di antara perjalanan dari Seremban ke Seri Menanti/Jempol. dalam perjalanan ke Seri Menanti, kita akan melalui satu bukit, dan ketika turun dari bukit ini, kita akan nampak taman ini di sebelah kanan jalan. 

Terdapat banyak tempat parking disediakan, tapi rasanya kalau hujung minggu atau cuti sekolah, parking di sini tak cukup. Akan tetapi, disebabkan kami datang pada hari kerja, maka terdapat banyak ruang parking yang ada. 

Jika anda sampai ke sini, anda akan nampak pintu masuk ke taman ini, dengan ucapan alu-aluan selamat datang. selain itu, terdapat deretan gerai, yang menjual makanan, pakaian mandi, pelampung dan lain-lain barangan. 

pintu masuk ke Taman Eko-Rimba Ulu Bendul

Selepas anda melepasi pintu masuk ini, anda akan disajikan dengan pemandangan rekreasi yang menarik. terdapat kawasan mandi telah disediakan, dengan ruang kolam yang besar, dan dengan kedalaman yang sesuai untuk mandi. dan juga terdapat juga ruang mandi kanak-kanak, seperti  luncur air, dan lain-lain. terdapat juga kawasan santai, dengan tempat duduk disediakan, berdekatan dengan tandas dan ruang mandi, untuk bilas badan selepas mandi sungai. 

ruang mandi kolam dan tandas yang disediakan
Selain itu, terdapat juga kawasan sungai, di bahagian lebih dalam. dan keadaan kebersihan di sini kelihatan terkawal, dengan kurang sampah sarap. akan tetapi jangan dijadikan alasan untuk anda pula membuang sampah merata-rata ye!


Add caption

Sekiranya anda berjalan-jalan ke Negeri Sembilan, dan inginkan suasana mandi sungai, bolehlah ke Taman Eko-Rimba Ulu Bendul ini.


selamat berjalan!!

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...