Friday, May 15, 2020

Travelogzakri: Trip ke N9 - Taman Eko-Rimba Ulu Bendul

Assalamu'alaykum,

Bersambung lagi dalam kisah trip kami sekeluarga ke N9. destinasi seterusnya adalah ke Taman Eko-Rimba Ulu Bendul. ok, taman ini terletak di antara perjalanan dari Seremban ke Seri Menanti/Jempol. dalam perjalanan ke Seri Menanti, kita akan melalui satu bukit, dan ketika turun dari bukit ini, kita akan nampak taman ini di sebelah kanan jalan. 

Terdapat banyak tempat parking disediakan, tapi rasanya kalau hujung minggu atau cuti sekolah, parking di sini tak cukup. Akan tetapi, disebabkan kami datang pada hari kerja, maka terdapat banyak ruang parking yang ada. 

Jika anda sampai ke sini, anda akan nampak pintu masuk ke taman ini, dengan ucapan alu-aluan selamat datang. selain itu, terdapat deretan gerai, yang menjual makanan, pakaian mandi, pelampung dan lain-lain barangan. 

pintu masuk ke Taman Eko-Rimba Ulu Bendul

Selepas anda melepasi pintu masuk ini, anda akan disajikan dengan pemandangan rekreasi yang menarik. terdapat kawasan mandi telah disediakan, dengan ruang kolam yang besar, dan dengan kedalaman yang sesuai untuk mandi. dan juga terdapat juga ruang mandi kanak-kanak, seperti  luncur air, dan lain-lain. terdapat juga kawasan santai, dengan tempat duduk disediakan, berdekatan dengan tandas dan ruang mandi, untuk bilas badan selepas mandi sungai. 

ruang mandi kolam dan tandas yang disediakan
Selain itu, terdapat juga kawasan sungai, di bahagian lebih dalam. dan keadaan kebersihan di sini kelihatan terkawal, dengan kurang sampah sarap. akan tetapi jangan dijadikan alasan untuk anda pula membuang sampah merata-rata ye!


Add caption

Sekiranya anda berjalan-jalan ke Negeri Sembilan, dan inginkan suasana mandi sungai, bolehlah ke Taman Eko-Rimba Ulu Bendul ini.


selamat berjalan!!

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...