Sunday, November 18, 2012

Pulang ke Terengganu

Assalamu'alaykum,

bismillah wal hamdulillah...

bersyukur sangat2 kerana diberi rezeki, dari segi kewangan dan masa serta tenaga untuk pulang sebentar menjenguk keluarga di Terengganu, selepas hampir dua tahun tidak pulang. bukan, bukan kerana kesibukan, tapi kerana tiada rezeki, disamping keadaan kesihatan arwah bonda yang tidak mengizinkan. lama sudah keinginan di hati nak pulang ke kampung, tapi tidak berkesempatan. entah bila tarikh akhir pulang, rasanya ketika amni sudah ada, means mungkin 2 tahun sudah...paling ingat, balik akhir sekali ketika balik seorang ketika melawat INOS, UMT untuk kajian pada 2010. Tapi isteri kata, pernah balik dengan amni...tapi tiada dalam kotak ingatan...haha~

Friday, November 09, 2012

Membayar yuran, tapi tak hadir?

Assalamu'alaykum,

bismillah wal hamdulillah,

minggu ini, agak terkejar2, kerana tugasan PhD dan beberapa perkara lain. selepas berjaulah bersama Dr Zaid hari Isnin dan Selasa, seterusnya pada hari Rabu dan Khamis ada Workshop yang perlu dihadiri...

Tuesday, November 06, 2012

Jaulah with Dr Zaid

Assalamu'alaykum,

so, here the story, i need to go to Cyberjaya, actually Puchong, but this area quite confusing. firstly, because the address said its in Puchong, but in the map, and to go there, we should pass Cyberjaya. So, where is this lovely and confusing place? its located in Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), new building, at Pulau Meranti, between Puchong and Cyberjaya area. its a village area, the "gerai" still look in village area, but covered with highway as their boundaries.

Friday, November 02, 2012

Persediaan atas persediaan

Assalamu'alaykum,

bismillah wal hamdulillah.

syukur atas nikmat dan kurniaan Allah pada hari jumaat yang indah ini. alhamdulillah juga, kerana telah berjaya melalui satu lagi interview dengan responden, yang diharap dapat menambah baik dan meningkatkan krebiliti perkhidmatan awam.

Wednesday, October 31, 2012

Pengajaran dari sakit gigi?

Assalamu'alaykum,

wah wah...sudah lepas hari raya Eidul Adha, dan juga lepas sudah hari2 tasyrik. sudah boleh berpuasa semula, kalau anda mahu..haha~

Thursday, October 25, 2012

Mood swing di pagi hari

Assalamu'alaykum,

alhamdulillah, masih diberikan sedikit lagi nyawa untuk meneruskan kehidupan di pagi khamis 9 Zulhijjah ini, hari Arafah, hari yang orang ramai sibuk2 post dalam facebook's wall untuk suruh berpuasa, kerana ganjarannya diampunkan dosa setahun yang lepas, dan setahun yang akan datang...

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah. Maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya: Dikaffarah (ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi).
namun ada insiden kecil sebelum solat subuh di surau tadi, yang membuat diri ini tertanya2...

ada seorang makcik, nak masuk ke ruang solat wanita, tapi pintu kaca gelongsor (sliding door) sedikit rosak,  susah nak dibuka. ada seorang pakcik, nak tolong buka. akan tetapi, ada seorang pakcik, dengan kedudukan di surau tersebut (mungkin pengerusi, timbalan pengerusi dan kerusi2 yang lain) telah menegur dengan kaedah yang sedikit melukakan hati pakcik yang nak tolong tu.

"pintu tu rosak, jangan usik, nanti rosak, engkau nak bayar ke?"

wah wah wah.... kasar sungguh bunyinya...adoi...hanya berharap agar diri ini tidak sebegitu, dan tidak menjadi sebegitu...uh uh...takutnya..takut kerana lidah yang lembut tidak bertulang, malah lemah gemalai jika dipusing2 ini, mengeluarkan kata2 begitu... *tunduk pandang lantai*

semoga Allah menjaga hati yang penuh karat2 dan hitam2 dosa ini, dari penyakit hati sebegitu. semoga mulut ini mampu menasihati dengan kaedah, dan cara terbaik, agar objektif nasihat sampai, dan tiada hati kecil rapuh disalut madu yang terluka..lol~

wallahu'alam

Tuesday, October 23, 2012

Perubahan dalam kehidupan

Assalamu'alaykum,

bismillah wal hamdulillah...

anda selama ini biasanya pergi ke mana2 menaiki kereta, atau motorsikal. namun satu hari, atau satu minggu, atau satu bulan, atau satu tahun, kenderaan kesayangan kita tidak boleh lagi digunakan, perlu diperbaiki dan sebagainya. dan apakah option, atau alternatif kepada kebiasaan ini?

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...