Assalamu'alaykum,
bismillah wal hamdulillah...
bersyukur sangat2 kerana diberi rezeki, dari segi kewangan dan masa serta tenaga untuk pulang sebentar menjenguk keluarga di Terengganu, selepas hampir dua tahun tidak pulang. bukan, bukan kerana kesibukan, tapi kerana tiada rezeki, disamping keadaan kesihatan arwah bonda yang tidak mengizinkan. lama sudah keinginan di hati nak pulang ke kampung, tapi tidak berkesempatan. entah bila tarikh akhir pulang, rasanya ketika amni sudah ada, means mungkin 2 tahun sudah...paling ingat, balik akhir sekali ketika balik seorang ketika melawat INOS, UMT untuk kajian pada 2010. Tapi isteri kata, pernah balik dengan amni...tapi tiada dalam kotak ingatan...haha~
alhamdulillah, dapat berjumpa keluarga belah arwah bonda, hari tu Eidul Fitri dah jumpa family arwah ayah, walaupun sekejap. jadilah, nak eratkan silaturrahim, tapi bila berjumpa, kesan2 peninggalan arwah ayah dan bonda masih ada, jadi takut tak mampu nak tahan kesedihan. tapi Alhamdulillah, semuanya makin ok. cuma bahaya bila "melayan" pemikiran2 ketika arwah bonda sakit, dan sebagainya. sesungguhnya, otak dan akal manusia memang dijadikan untuk boleh lupa...jadi, kita boleh melupakan perkara2 yang menyakitkan, dan menyedihkan, dan lebih menumpukan kepada memori2 yang indah...
apapun, semoga sedikit usaha untuk mendekatkan diri kepada keluarga, akan mendapat manfaat. sebenarnya, nak berjumpa person in charge di Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), UMT. tapi tidak berkesempatan. takpela, insyaALLAH, ALLAH akan mudahkan, dan murahkan rezeki di tempat2 yang lain pula. hehe
wallahu'alam
"kita merancang, ALLAH jua merancang, dan perancangan ALLAH adalah yang terbaik..."
*p/s: banyak post entry yang saya jadualkan, jadi banyak isu yang kelihatan "terlewat" dari asalnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aku, dulu
Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...
-
assalamualaikum, tadi surf sebentar internet, lalu menjumpai satu artikel menarik, mengenai satu "legenda" peribahasa, "guru ...
-
Assalamu'alaykum, Mungkin ada yang tahu, mungkin tak tahu. Ayer Hitam terkenal dengan kerepek-kerepek ubi, kentang dan macam-macam jen...
-
Assalamu'alaykum, Jadi, bersambung lagi kali ni, bercerita pasal Program Geoinformatik. kali nak bercerita kekeliruan dan perbezaan a...
No comments:
Post a Comment