Assalamu'alaykum,
wah wah...sudah lepas hari raya Eidul Adha, dan juga lepas sudah hari2 tasyrik. sudah boleh berpuasa semula, kalau anda mahu..haha~
anyway, tahun ni, tidak dapat menolong lagi ibadah Kurban, terlepas sekurang2nya 3 tempat ibadah kurban, gara2 sakit gigi yang agak kronik. rasa ruginya...sebab biasanya dapat membantu pegang lembu ke, sebelum disembelih.
hari khamis pagi, terdapat mesyuarat dengan group research, first time meeting sangat lama, dari jam 9 pagi, sampai ke jam 3.30 petang, ada break untuk solat sebentar, sekitar 20minit sahaja. jadi, kami bermesyuarat sekitar 6 jam. wauu...satu pencapaian yang tidak membanggakan langsung.
usai mesyuarat, terus bertolak pulang ke JB. disebabkan sebelum bertolak, dah lihat aplikasi WAZE, dan juga twitter Plustrafik, ada laporan menyatakan bahawa ada kemalangan sekitar RnR Seremban, dan kesesakan berlaku sehingga ke Exit Putra Mahkota, jadi telah mengambil keputusan untuk menggunakan lebuhraya LEKAS, bermula dari Kajang, menuju ke Seremban. akan tetapi, disebabkan "mendengar" kata GPS suruh keluar di Exit Seremban, terpaksa melalui bandar Seremban untuk masuk ke lebuhraya PLUS. sepatutnya terus je hingga hujung lebuhraya LEKAS, dan masuk melalui Exit Senawang. pengajaran pertama: sila buat research untuk melalui jalan baru, yang tidak pernah dilalui sebelum ini.
dalam perjalan pulang, tiba2 gigi mula rasa sakit. puas mencari di mana lubangnya, tidak kelihatan. hinggalah tiba di rumah, dan meminta orang rumah melihat gigi yang sakit dari perspektif berbeza, dan dia memberitahu, terdapat sedikit lubang di bahagian tepi. pengajaran kedua: kadangkala, kita perlu muhasabah dari orang terdekat untuk memberitahu apa masalah kita. kadangkala kita merasakan kita ada masalah, tapi perlu perhatian dan cadangan dari orang terdekat.
dan disebabkan raya haji pada hari jumaat, maka terpaksa menahan sakit gigi, dengan menelan panadol selama 2-3 malam. bermula khamis malam. dan pada hari sabtu, keadaan sangat menyakitkan, jadi setelah berbincang dengan isteri, dia mencadangkan untuk mencari klinik gigi swasta, kerana menurut katanya, apa guna ada duit yang banyak, kalau sakit gigi teruk dan tidak boleh makan. so, pengajaran ketiga: duit banyak tak boleh bawa bahagia, kalau kesihatan tidak baik.
banyak juga pengajaran sepanjang 3 hari yang singkat. haha~ semoga setiap pengajaran dapat menjadikan diri lebih bersemangat dalam mengharungi hidup di masa akan datang...
wallahu'alam
"kita merancang, ALLAH jua merancang, dan perancangan ALLAH adalah yang terbaik..."
*p/s: banyak post entry yang saya jadualkan, jadi banyak isu yang kelihatan "terlewat" dari asalnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aku, dulu
Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...
-
assalamualaikum, tadi surf sebentar internet, lalu menjumpai satu artikel menarik, mengenai satu "legenda" peribahasa, "guru ...
-
Assalamu'alaykum, Mungkin ada yang tahu, mungkin tak tahu. Ayer Hitam terkenal dengan kerepek-kerepek ubi, kentang dan macam-macam jen...
-
Assalamu'alaykum, Jadi, bersambung lagi kali ni, bercerita pasal Program Geoinformatik. kali nak bercerita kekeliruan dan perbezaan a...
No comments:
Post a Comment