alhamdulillah, masih diberikan sedikit lagi nyawa untuk meneruskan kehidupan di pagi khamis 9 Zulhijjah ini, hari Arafah, hari yang orang ramai sibuk2 post dalam facebook's wall untuk suruh berpuasa, kerana ganjarannya diampunkan dosa setahun yang lepas, dan setahun yang akan datang...
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah. Maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya: Dikaffarah (ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi).namun ada insiden kecil sebelum solat subuh di surau tadi, yang membuat diri ini tertanya2...
ada seorang makcik, nak masuk ke ruang solat wanita, tapi pintu kaca gelongsor (sliding door) sedikit rosak, susah nak dibuka. ada seorang pakcik, nak tolong buka. akan tetapi, ada seorang pakcik, dengan kedudukan di surau tersebut (mungkin pengerusi, timbalan pengerusi dan kerusi2 yang lain) telah menegur dengan kaedah yang sedikit melukakan hati pakcik yang nak tolong tu.
"pintu tu rosak, jangan usik, nanti rosak, engkau nak bayar ke?"
wah wah wah.... kasar sungguh bunyinya...adoi...hanya berharap agar diri ini tidak sebegitu, dan tidak menjadi sebegitu...uh uh...takutnya..takut kerana lidah yang lembut tidak bertulang, malah lemah gemalai jika dipusing2 ini, mengeluarkan kata2 begitu... *tunduk pandang lantai*
semoga Allah menjaga hati yang penuh karat2 dan hitam2 dosa ini, dari penyakit hati sebegitu. semoga mulut ini mampu menasihati dengan kaedah, dan cara terbaik, agar objektif nasihat sampai, dan tiada hati kecil rapuh disalut madu yang terluka..lol~
wallahu'alam
No comments:
Post a Comment