Assalamu'alaykum,
bismillah wal hamdulillah.
syukur atas nikmat dan kurniaan Allah pada hari jumaat yang indah ini. alhamdulillah juga, kerana telah berjaya melalui satu lagi interview dengan responden, yang diharap dapat menambah baik dan meningkatkan krebiliti perkhidmatan awam.
pagi tadi, actually baru sebentar tadi, balik dari sesi temu bual dengan Puan Ommi Rahmah, pegawai IT seksyen Pembangunan Aplikasi dan Pangkalan Data di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Alhamdulillah, dapat mengenalpasti beberapa perkara penting yang menjadi keypoint dalam research yang sedang dilaksanakan.
namun, bukan isu temu bual yang akan dibincangkan, tapi sedikit "lencongan" daripada perancangan awal yang telah dilaksanakan.
Sebelum sesi temu bual, perancangan untuk pergi ke LKIM telah dibuat. google maps telah di lihat, dan perancangan melalui GPS juga telah dibuat. dan jalan yang akan dilalui telah dikenalpasti, dengan penuh rasa yakin sekali. beberapa jalan telah dikenalpasti, dan pastinya, jalan terpendek dan sesuai ini yang akan membawa ke destinasi.
mengikut GPS dan perancangan awal, jalan yang akan dilalui adalah lebuhraya sungai besi (besraya), kemudian menuju ke putrajaya menuju LDP, dan di Puchong keluar exit selepas tol LDP. dan masuk ke area Pulau Meranti.
akan tetapi, perancangan Allah lebih cantik. kira2 100 meter dari LKIM, jambatan yang ada, telah berlaku tanah runtuh, menyebabkan laluan ditutup. laluan lain mungkin ada, tapi perlu masuk kawasan kampung Pulau Meranti. yang mana jalan tersebut tiada dalam GPS.
lalu, terpaksa terus keluar dari kawasan Pulau Meranti, melalui Taman Putra Perdana, masuk ke Lingkaran Putrajaya, menuju ke Jalan Pulau Meranti. perjalanan lebih kurang 30 minit untuk pusing kerana jambatan runtuh. dan GPS asik menunjukkan aras jalan yang sama, melalui jambatan runtuh tersebut.
selepas selesai temu bual, perjalanan balik sangat mudah. melalui jalan Lingkaran Putrajaya, menuju Taman Equin, dan terus ke Seri Kembangan. sekitar 30 minit juga. lebih pendek berbanding jalan yang asal. tanpa perlu membayar tol dan sebagainya. oh lupa, LDP perlu bayar tol, RM1.60, just peringatan untuk diri sendiri je.
pengajaran: perlu buat backup plan kepada backup plan. means, plan A, B dan C untuk setiap perkara. terutama perkara2 penting, keputusan2 penting dalam hidup. kadangkala, plan A dan buat plan B dan C, tapi terlupa, Allah nak kita buat plan D pula untuk capai matlamat kita. jadi, berhati2. insyaALLAH banyak hikmah yang diperoleh hari ini. dari segi perjalanannya, dan juga dari interview yang dilaksanakan. semoga Allah mudahkan perjalanan research PhD ini...aminn...
"kita merancang, ALLAH jua merancang, dan perancangan ALLAH adalah yang terbaik..."
*p/s: banyak post entry yang saya jadualkan, jadi banyak isu yang kelihatan "terlewat" dari asalnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aku, dulu
Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...
-
assalamualaikum, tadi surf sebentar internet, lalu menjumpai satu artikel menarik, mengenai satu "legenda" peribahasa, "guru ...
-
Assalamu'alaykum, Mungkin ada yang tahu, mungkin tak tahu. Ayer Hitam terkenal dengan kerepek-kerepek ubi, kentang dan macam-macam jen...
-
Assalamu'alaykum, Jadi, bersambung lagi kali ni, bercerita pasal Program Geoinformatik. kali nak bercerita kekeliruan dan perbezaan a...
No comments:
Post a Comment