Wednesday, December 30, 2020

Tazkirah Ringkas: Jangan jadikan agama Permainan dan Hiburan

 Perkongsian Ilmu Dari Al Quran


JAUHKAN DIRI DARIPADA ORANG YANG MENJADIKAN AGAMA SEBAGAI PERMAINAN DAN HIBURAN

————————————-


Firman Allah Taala


وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَذَكِّرْ بِهِ أَن تُبْسَلَ نَفْسٌ بِمَا كَسَبَتْ لَيْسَ لَهَا مِن دُونِ اللَّهِ وَلِيٌّ وَلَا شَفِيعٌ وَإِن تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لَّا يُؤْخَذْ مِنْهَا أُولَٰئِكَ الَّذِينَ أُبْسِلُوا بِمَا كَسَبُوا لَهُمْ شَرَابٌ مِّنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْفُرُونَ


An An’am 6:70 yang bermaksud


Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).


(Ayat diatas telah ditadabburkan dalam program My#QuranTime di 

TV Al Hijrah)


        ^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Berikut adalah beberapa  nota tambahan :


1) Allah Swt memerintahkan orang mu’min supaya menjauhi mereka yang menjadikan agama sebagai permainan dan senda gurau. 

Mereka  itu berkeadaan demikian kerana telah tertipu oleh kehidupan dunia yang fana’ , sehingga mereka melebihkannya keatas kehidupan  di akhirat yang kekal abadi  selamanya.


2) Mereka terlalu sibuk dengan kesenangan yang tidak kekal yang bercampur baur dengan perkara yang batil yang menyebabkan mereka meninggalkan kebenaran yang datang kepada mereka, sekalipun kebenaran itu dikuatkan dengan hujjah yang kukuh. Namun mereka memilih untuk memperolokkannya daripada cuba merenungi dan memahaminya. Mereka mementingkan kesenangan  hidup  semata-mata tanpa mengikuti cara hidup yang diizinkan agama Allah Swt.


3) Sikap mereka yang memandang ringan hal-hal agama ini diperjelaskan oleh firmanNya yang berikut ini


ذَرْهُمْ يَأْكُلُوا وَيَتَمَتَّعُوا وَيُلْهِهِمُ الْأَمَلُ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ


Al Hijr 15:3 yang bermaksud


Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf); kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka).


4) Mereka yang lalai dengan keduniaannya ini melakukan hal-hal yang  disukai mengikut godaan  hawa nafsu, tidak mendidik akhlak bahkan apa jua yang dilakukan tidak termasuk perbuatan yang diredhai Allah Swt. Mereka ini tidak mematuhi batasan halal dan haram dalam mencari kemewahan hidup didunia ini.


5) Mereka juga tidak mempersiapkan diri untuk bertemu Allah Swt dinegeri yang kekal abadi, bahkan mereka membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berguna dan sia-sia. Inilah yang disebut permainan. 

Mereka juga lalai untuk membuat persiapan ke alam akhirat. Inilah yang disebutkan  kehidupan yang dipenuhi senda gurau.


6) Orang mu’min berpalinglah  daripada mereka ini , jangan dihiraukan mereka yang memperolok-olok agama atau jangan ambil berat sama sekali hal mereka  yang tidak berminat memperbaiki diri mereka.


7) Barang siapa dari golongan ini  yang berhajat memperbaiki diri mereka , berilah peringatan dengan ayat-ayat Allah supaya mereka dapat menghindarkan diri mereka  perbuatan dosa yang mana akibatnya mengundang  azab Allah Swt di akhirat nanti.

Hal ini bersesuaian dengan firmanNya 


كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ

إِلَّا أَصْحَابَ الْيَمِينِ


Al Muddathtsir 74:38-39 yang bermaksud


Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,

Kecuali puak Kanan.


Puak Kanan adalah mereka yang mendapat keredhaan Allah Swt.


8) Allah Swt memberitahu mereka yang lalai ini tidak ada seorang pun yang boleh menjadi penolong, pelindung dan pemberi syafaat disisi Allah Swt melainkan Dia , sebagaimana firmanNya 


وَأَنذِرْهُمْ يَوْمَ الْآزِفَةِ إِذِ الْقُلُوبُ لَدَى الْحَنَاجِرِ كَاظِمِينَ مَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ حَمِيمٍ وَلَا شَفِيعٍ يُطَاعُ


Al Mu’min 40:18 yang bermaksud


Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada mereka tentang (hari kiamat) yang dekat (masa datangnya), iaitu ketika hati seseorang merasa resah gelisah, kerana cemas takut, sambil masing-masing menahan perasaannya itu. (Pada saat itu) orang-orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabatpun yang boleh membelanya, dan tidak akan mendapat pemberi syafaat yang diterima pertolongannya.


9) Dan jika sekalipun dia ingin menebus dirinya di akhirat dengan segala jenis tebusan, nescaya tebusan itu  tidak akan diterima daripadanya. 

Ini adalah kerana semasa hidupnya didunia dia telah melupakan  perintah  syariat Allah Swt dan  suruhan RasulNya.


10) Mereka itulah yang dijerumuskan (kedalam azab neraka) lantaran diri mereka yang bergelumang dengan pelbagai dosa kerana tidak menghiraukan amaran Allah Swt


Kesimpulannya : 

Orang mu’min mesti menjauhkan diri dengan mereka yang menjadikan ajaran agama ini sebagai bahan permainan dan senda gurau  yang membuatkan mereka itu terpedaya dengan kemewahan dan kesenangan hidup dunia yang melalaikan  ini.

Waspadalah barangsiapa   yang mempermainkan agama Allah ini sesungguhnya azabNya  yang pedih menantinya di akhirat nanti.


Wallahua’lam


Rujukan

Tafsir Sheikh Mustaffa Al Maraghiy - Jilid 4


MBS

Friday, December 18, 2020

Tazkirah Ringkas: Golongan yang dilalaikan dengan kemewahan dunia

 Assalamu'alaykum dan salam sejahtera...

So, kali ni nak berkongsi lagi satu tazkirah ringkas, yang diberikan oleh seorang pakcik kepada saya. Tazkirah ini lebih kepada ujian kemewahan yang sering kali menjadikan manusia lebih lalai dan leka. dan kurang pengharapan kepada Allah s.w.t. Semoga kita mendapat manfaat dari tazkirah ringkas ini.

================================

Salam Jumaat -Penghulu Segala Hari


Perkongsian Ilmu Dari Al Quran


GOLONGAN YANG DILALAIKAN DENGAN KEMEWAHAN DAN KESENANGAN HIDUP

—————————————


Firman Allah Taala


فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ


Surah Al An’am 6:44 yang bermaksud


Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).


(Ayat diatas telah ditadabbur dalam program My#QuranTime di TV Al Hijrah)


       ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Berikut adalah nota-nota tambahan :


1) Allah Swt menceritakan perihal sekumpulan manusia yang amat berjaya dalam hidupnya tetapi mereka berpaling dari petunjukNya.

Mereka ini berterusan mengabaikan perintah Allah Swt dan   ajaran RasulNya .


2) Allah Swt akan menguji mereka dengan  berbagai  jenis kesenangan dan kemewahan hidup. Semua perniagaan yang diceburi  amat berjaya dan mendapat keuntungan besar .  Disamping itu mereka dianugerahkan jawatan tinggi , mendapat banyak bintang kebesaran  dan dalam masa yang sama keadaan kesihatan   mereka   sangat baik dan tidak ditimpa sebarang penyakit.


3) Kesenangan yang diperolehi ini 

menjadikan mereka golongan yang tidak bersyukur kepada Allah Swt. Pelbagai nikmat dunia yang diterima tidak mendidik mereka menjadi manusia yang tawaddu’ , malahan mereka menjadi angkuh dan makin ingkar terhadap perintah-perintah Allah . Ini menyebabkan hati mereka makin keras dan jauh dari mengingati Allah.


4) Keadaan mereka ini ibarat anak-anak yang dimanjakan  oleh ibu bapa mereka yang mana segala apa yang diminta sentiasa ditunaikan dan tidak dihampakan.


5) Mereka ini terus menyangka bahawa kemewahan dan kesenangan itu sudah menjadi hak mereka . Tahap keingkaran mereka kepada Allah Swt  makin meningkat dan mereka semakin angkuh dengan jawatan tinggi

dan kuasa yang dimiliki.


6) Sifat  takabbur  mereka itu menyebabkan Allah Swt menjadi murka kepada mereka.   Akibatnya mereka ditimpa ujian  secara tiba-tiba yang mana menyebabkan kekayaan yang mereka miliki  hilang secara mengejut . Allah  Swt juga mendatangkan ujian berbentuk bala bencana yang memusnahkan kekayaan mereka dalam masa  sekelip mata sahaja. Mereka menjadi golongan yang berputus asa setelah semua kemewahan yang ada telah lenyap daripada mereka.


7) Mereka yang diuji  ini adalah mereka yang lupa dengan kebesaran Allah Swt semasa mereka mendapat kemewahan , kesenangan dan kuasa yang dianugerahkan oleh Allah Swt.


Orang-orang beriman mestilah mengambil pelajaran  bahawa 

Allah Swt berkuasa mencuba mereka dalam berbagai bentuk ujian. 

Adakalanya mereka tidak sedar bahawa kekuasaan dan kesenangan yang mereka miliki secara terus menerus itu adalah ujian besar dari Allah Swt.


Sesungguhnya Allah Swt mendatangkan cobaan untuk melihat sejauh mana kepatuhan mereka kepadaNya tatkala kemewahan itu datang mencurah-curah kepada mereka.


Ramai manusia tidak sedar bahawa  ujian  dalam bentuk  kesenangan itu ada lah  proses Istidraj  yang  sedang mereka lalui.


Bagi mereka yang dibukakan pintu hatinya untuk kembali kepada Allah Swt  , mereka akan sedar keatas segala kesilapan yang mereka lakukan. 

Bagi mereka yang tidak mahu kembali kepada Allah Swt  , mereka akan terus menerus lalai dan makin kuat penolakan mereka kepada perintah-perintah Allah Swt.


Semoga perkongsian diatas dapat mengingatkan kita supaya menjadi golongan yang bersyukur 

dengan setiap nikmat yang dikurniakan Allah Swt. Ingatlah lawan kepada syukur 

adalah kufur kepada nikmat Allah Swt.


Wallahua’lam


Rujukan

Tafsir Al-Maraghiy - Jilid 4


MBS

Friday, December 11, 2020

Tazkirah Ringkas: Episod akhir hidup kita?

Assalamu'alaykum,

So, hari ini, saya dapat mesej daripada seorang pakcik, kawan kepada arwah ayah saya. Dia menyampaikan sedikit tazkirah berkaitan mati. semoga kita mendapat manfaat darinya. 

Disclaimer: saya telah meminta izin kepada tuannya untuk dipost di sini.


===============================================

Perkongsian Ilmu Dari Quran


KITA SEDANG MENULIS  SEBUAH NOVEL KEHIDUPAN -BILAKAH  EPISOD TERAKHIRNYA AKAN TIBA?

———————————-

1. SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MENEMUI AJALNYA


Firman Allah Taala


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Ali Imran 3:185


2. KEDATANGAN MAUT ITU TIDAK BOLEH DITANGGUH WALAUPUN SEDETIK


وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ


Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.

Al A’raaf 7:34


3. DIMANA PUN KAMU BERLINDUNG MAUT TETAP MENDAPATKAN MU


أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ وَإِن تُصِبْهُمْ حَسَنَةٌ يَقُولُوا هَٰذِهِ مِنْ عِندِ اللَّهِ وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَقُولُوا هَٰذِهِ مِنْ عِندِكَ قُلْ كُلٌّ مِّنْ عِندِ اللَّهِ فَمَالِ هَٰؤُلَاءِ الْقَوْمِ لَا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ حَدِيثًا


Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?

An Nisa’ 4:78


4. TEMUJANJI DENGAN AJAL PASTI TERJADI


قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".

Al Jumaah 62:8


5. MATI  DAN HIDUP ITU ADALAH UJIAN DARIPADA ALLAH SWT


الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ


Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

Al Mulk 67:2


6. KITA KENA REDHA APABILA MENERIMA BERITA KEMATIAN


الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ


(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Al Baqarah 2:156


7. SETELAH KEMATIAN , SEMUA YANG KAMU MILIKI  DIDUNIA INI TETAP AKAN DITINGGALKAN 


وَلَقَدْ جِئْتُمُونَا فُرَادَىٰ كَمَا خَلَقْنَاكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَتَرَكْتُم مَّا خَوَّلْنَاكُمْ وَرَاءَ ظُهُورِكُمْ وَمَا نَرَىٰ مَعَكُمْ شُفَعَاءَكُمُ الَّذِينَ زَعَمْتُمْ أَنَّهُمْ فِيكُمْ شُرَكَاءُ لَقَد تَّقَطَّعَ بَيْنَكُمْ وَضَلَّ عَنكُم مَّا كُنتُمْ تَزْعُمُونَ


Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat).

Al An’am 6:94


8. SETELAH BERTEMU ALLAH KITAB CATATAN AMALAN KAMU AKAN DIBUKA


وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَٰذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا


Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.

Al Kahfi 18:49


^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Semoga apa yang dibentangkan diatas dapat menyedarkan kita mengenai halatuju perjalanan hidup kita didunia ini.


Wallahua’lam


MBS

Drama Perut: Tic Tac Coca Cola Limited Edition

 Assalamu'alaykum,


ok, kali ni nak berkongsi cerita lain sikit, tapi part of blog post sebelum-sebelum ni juga. and ni bukan produk placement ye. hehe... ni pendapat peribadi semata-mata. Oklah, kali ni nak kongsi pasal satu makanan gula-gula la ni. iaitu Tic Tac. tapi ni limited edition punya, iaitu Tic Tac Coca Cola Limited Edition. haaaa.... gitu...




ok, Tic Tac ni agak besar berbanding kotak Tic Tac yang biasa-biasa tu. saya takde pula contoh perbandingan ini. tapi boleh tengok gambar kotak dia dengan tapak tangan saya. agak besar. akan tetapi, saya personally terasa isinya agak sedikit. mungkin berharap banyak kot. sebab kotak besar. 

Ok, rasanya, pastinya soalan paling menarik. macamana rasanya? rasanya macam makan gula2 kola/cola la. yang ada macam2 jenis, cuma rasanya secukup rasa. tak terlebih, tidak terkurang. Tak pekat dan manis macam air Coca Cola, dan tidak terasa gasnya la (semestinya la). 

Bila makan, akan rasa kurang puas, sebab kita terasa nak rasa Cola tu memenuhi mulut kita, tapi takde. Jadi kena makan lebih banyak la Tic Tac ni. dalam 4-5 biji sekali baru terasa puasnya. haha...


oklah, takdelah totally sebijik rasa air Coke tu, tapi lebih kepada rasa gula2 Coke yang menarik tu jelah. manis pun tidak sangat.

orait, rasanya itu je kot nak review. lepas ni, akan ada review makanan lain pula. hehe... tapi next blog post la ye...



jumpa lagi! regards


Friday, December 04, 2020

Review Buku: Alegori Naruto - Falsafah disebalik manga

 Assalamu'alaykum,


yosh.... post kali ni, masih lagi mengenai buku... macam banyak sangat je baca buku... hahahahaha... takdelah, sebelum ni ada je baca buku, tapi kali ini, lebih kepada membuat review untuk buku yang dibaca. nanti boleh rujuk balik, buku ni pasal apa, dan buku itu pasal apa... then dapat refresh semula.

Ok, kali ni nak kongsi review pasal satu buku menarik ni, iaitu buku...

Alegori Naruto - Falsafah disebalik manga



Ok, secara asasnya, buku ini menceritakan falsafah, atau teori yang ada dalam manga Naruto, satu manga yang terkenal seluruh dunia pada zamannya (sekitar 2000-2015), dan kini siri manga ini bersambung dengan generasi seterusnya, iaitu Boruto.

Buku Alegori Naruto ini, banyak menyentuh teori sains sosial dalam kehidupan seharian. ada beberapa teori berkaitan perangai seseorang, cara pemerintahan yang tertentu diterapkan dalam manga ini. 

Bahagian pertama menceritakan kisah sebenar ninja, konsep ninja sebenar, dan bagaimana Kishimoto Mashashi membina dunia ninjanya, yang sedikit sebanyak mempunyai kaitan dengan dunia ninja sebenar. Antaranya adalah penggunaan istilah Genin, Junin, dan lain2. Serta penulis menerangkan perbezaan antara istilah yang ada dalam dunia sebenar, dan istilah dalam dunia ninja Naruto. Selain itu, terdapat juga beberapa teknik ninja dalam dunia sebenar yang dibandingkan dengan teknik dalam dunia ninja Naruto. sangat menarik, kerana Kishimoto sensei sangat mengkaji dunia ninja sebenar.

Bahagian kedua pula berkisar dengan kisah mitos/cerita rakyat yang dikaitkan dengan dunia ninja Naruto. contohnya berkenaan nama Jiraiya, Tsunade, dan Orocimaru yang ada kisahnya dalam kisah rakyat/mitos rakyat Jepun. Ianya tidak diambil secara terus, Kishimoto Sensei telah mengambil watak dengan latar belakang hampir sama, dan diterapkan elemen ini dalam manga Naruto. Terdapat lain-lain watak dan cerita rakyat dan mitos yang diterapkan oleh Sensei, dan ini menjadi sangat dekat dengan rakyat Jepun, kerana mitos ini diceritakan dalam bentuk yang lain, dan sangat menarik.

Bahagian ketiga (terakhir) pula menceritakan watak-watak yang ada dalam manga Naruto, dan falsafah yang boleh dikaitkan dengan setiap watak. contoh Naruto yang optimis, Nara Shikamaru yang genius dalam keadaan tertentu, Kakashi dan penerapan untuk laksanakan misi walaupun apa terjadi, dan lain-lain watak. Dalam bahagian ini, kita dapat melihat, watak yang berbeza, dan perkembangan watak, dan idealogi yang boleh dikaitkan dengan watak-watak ini, yang sebenarnya sama dengan watak dalam dunia sebenar. ada manusia yang optimis, ada yang penakut, ada yang berdendam, dan lain-lain. akan tetapi, jalan cerita yang positif memberikan harapan kepada orang ramai, yang berlainan watak, yang ada perubahan yang boleh kita lakukan, sekiranya kita berusaha, dan mencari peluang yang terbaik untuk diri kita. 

wahhhh... panjang pula...


soooo... ke bahagian apa saya suka dan tidak suka berkenaan buku ini.

Yang saya suka, adalah bagaiamana gaya penulisan yang santai, akan tetapi sarat dengan maklumat, dan perkaitan antara falsafah sedia ada dengan cerita manga Naruto. ianya sangat dekat, kerana manga Naruto adalah manga yang dekat di hati pembacanya, dan juga, ilmu-ilmu berkenaan mitos, cerita rakyat, peribadi watak dalam Naruto sangat tepat dengan peribadi yang ada di dunia sebenar. Pembaca mungkin dapat sedikit sebanyak mengaitkan watak-watak dalam Naruto dengan diri mereka, dan mungkin beberapa watak dalam diri mereka.

Apa yang tidak disukai? mmmm.... agak sukar sebenarnya nak faham sebahagian falsafah, lebih-lebih lagi yang sedikit panjang berjela penerangannya. walaupun panjang, ianya penting untuk dihayati. 


ok, rasanya itu sahaja kot, untuk review kali ini. semoga ianya memberi manfaat. semoga anda yang berminat, bolehlah ke website patriot, atau ke lain-lain bookstore berdekatan dengan anda.


jumpa lagi!

regards

Friday, November 27, 2020

Review Buku: Titanic di Hujung Jari

 Assalamu'alaykum and Good Day....

baiklah, masih lagi dalam siri review buku. banyak pula buku sempat dibaca ye akhir-akhir ni, walaupun sangat sibuk sebenarnya. haha...

Ok, kali ni nak review buku yang sangat teknikal, dan sangat penuh dan padat infonya, iaitu buku:

Titanic di Hujung Jari

buku ini adalah karya Aiman Hakim dan Moustapha Abbas. Buku ini, secara dasarnya adalah cerita penuh berkenaan Titanic, dan tragedi yang menimpa kapal malang ini. 



Karya ini terbahagi kepada 4 bahagian. Bahagian pertama lebih kepada "cerita" kapal Titanic ketika dibina, sebelum pelayaran bermula, dan akhirnya pada malam tragedi pelanggaran kapal dengan aisberg. Jalan ceritanya sangat padat, dengan watak-watak hasil kajian penulis, pada waktu bila, dan apa watak itu sedang lakukan. Apa komunikasi yang dilaporkan dalam laporan-laporan yan

g penulis telah baca. Untuk pengetahuan am, penulis telah pergi ke UK untuk mendapatkan serta membaca laporan-laporan, artikel berkaitan, serta lain-lain penulisan berkaitan dengan tragedi ini. Apa yang penulis sampaikan agak terperinci (agak sebab laporan lebih terperinci), dan kalau agak sukar mengingat watak mana pada ketika mana, hinggalah kita masuk kepada bab seterus-seterusnya.


Ok, bahagian kedua lebih kepada penghargaan kepada watak-watak hero dalam kes pelanggaran Titanic ini, terdapat banyak watak yang melaksanakan macam-macam perkara untuk menyelamatkan kapal itu sendiri, serta menyelamatkan lebih ramai orang, dan memastikan operasi menyelamat berjalan dengan sebaik mungkin. Banyak watak telah diketengahkan. 


Bahagian ketiga pula lebih kepada trivia, termasuklah kisah-kisah yang berlaku kepada mangsa yang terselamat. Yang hampir semuanya mendapat tekanan perasaan, terutama watak-watak yang memainkan peranan utama dalam pentadbiran kapal. Selain itu, bahagian ini juga dimasukkan kisah-kisah antara perkara yang menyebabkan Titanic boleh tenggelam, antaranya tertinggal binokular, kebakaran yang berlaku pada badan kapal sebelum pelayaran itu, menyebabkan badan kapal bermasalah. serta isu kenapa kapal dibawa dengan kelajuan penuh melalui kawasan aisberg, dan isu kenapa tiada jawapan bila kapal lain berikan amaran. 


akhir sekali ada temuramah ringkas dengan penulis. hehe..


Okeh, apa yang saya suka pasal buku ni....... Dari segi fakta la kot. itu yang digemari. sebab banyak benda yang tidak dijelaskan sebelum ni agaknya. Jadi fakta yang diberikan tu yang best...


yang agak kurang, buku ini sangat teknikal la. lebih kepada macam laporan, mungkin sebab banyak watak penulis masukkan. Bila baca tak nampak kepentingannya dalam penceritaan. dan watak-watak ni ramai yang mati. Bila masuk bahagian kedua dan ketiga baru nampak kepentingan watak watak yang banyak ni. 


orait, rasanya itu sahaja kot review utk buku ini. sekiranya you all berminat, boleh dapatkan di Patriot Publishing. atau di mana-mana kedai yang adalah. 


itu saja, jumpa lagi



Friday, November 20, 2020

Review Buku: Dunia Tanpa Tembok III

 Assalamu'alaykum and Greetings...


masih lagi dalam post berkaitan buku, dan kali ini, kita akan berbincang tentang siri ketiga daripada buku Dunia Tanpa Tembok, iaitu Dunia Tanpa Tembok III. Karya ini masih lagi daripada saudara Ayman Rashdan Wong. 


Orait, buku kali ini, masih lagi mengekal tema yang sama (daaa....), dan masih dilihat daripada perspektif perhubungan antarabangsa, iaitu perhubungan antara negara-negara yang ada. Untuk buku kali ini, penulis bermula dengan sedikit latar belakang IR (international relationship). Sebelum itu, penulis juga berkongsi perubahan landskap politik dunia, selepas 30 tahun tembok Berlin runtuh. Landskap perubahan politik negara-negara di dunia, yang akan juga mengubah landskap perhubungan antarabangsa bagi negara-negara tersebut. 

Selepas itu, penulis menerangkan berkenaan perhubungan antarabangsa bagi banyak negara, satu-per-satu. Bermula dengan negara USA, Rusia, dan even Malaysia juga. Perubahan landskap politik di USA banyak mengubah lanskap politik dan perhubungan antarabangsa serta dasar luar negara-negara seluruh dunia. Lebih-lebih lagi negara yang mempunyai hubungan politik secara langsung dengan US, seperti Jepun dan Saudi. 

Asas perubahan luar negara masih lagi berasaskan 3 asas penting, iaitu KUASA, INDENTITI dan GEOGRAFI. Perubahan politik dalam negara juga berkisar 3 asas ini. Perubahan cara komunikasi, daripada lantang kepada baik, kepada lembut, kepada keras, ianya masih berkisar kepada 3 asas ini. Sekiranya terasa kuasa terancam, maka kad-kad ancaman atau kad "tekanan" akan dikeluarkan, bagi mengeluarkan negara masing-masing daripada masalah kekacauan di masa depan.

Ada negara yang bersekutu dengan satu kuasa besar sahaja (dalam buku ini US, atau Rusia, atau China), ada yang mengambil jalan neutral, dan menjalin hubungan dengan kedua-dua, atau tiga kuasa besar, atau mengancam kuasa-kuasa besar ini, demi kepentingan negara masing-masing. Dan perubahan lanskap di negara besar juga akan mengubah perhubungan antara negara-negara ini.

dan asasnya tetap sama, iaitu untuk kekalkan KUASA, dengan samada ingin mengekalkan IDENTITI negara, atau bangsa, atau kaum, serta keadaan GEOGRAFI negara-negara ini. Geografi akan menentukan ancaman atau kebaikan boleh dinikmati oleh sesuatu negara itu.

Orait, rasanya itu sahaja kot, kalau nak lebih-lebih nanti tak syok pula baca bukunya kan. Nka tahu negara mana yang mengamalkan kaedah pentadbiran yang mana satu, bolehlah dapatkan buku ini. semoga anda juga lebih jelas dengan apa yang berlaku, apa konflik, dan bagaimana negara berlaianan mengamalkan kaedah berbeza untuk konflik yang berlaku di negara mereka.


okeh, semoga anda mendapat sedikit sneak peak berkenaan buku DDTIII ini. 



jumpa lagi!!

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...