Friday, December 04, 2020

Review Buku: Alegori Naruto - Falsafah disebalik manga

 Assalamu'alaykum,


yosh.... post kali ni, masih lagi mengenai buku... macam banyak sangat je baca buku... hahahahaha... takdelah, sebelum ni ada je baca buku, tapi kali ini, lebih kepada membuat review untuk buku yang dibaca. nanti boleh rujuk balik, buku ni pasal apa, dan buku itu pasal apa... then dapat refresh semula.

Ok, kali ni nak kongsi review pasal satu buku menarik ni, iaitu buku...

Alegori Naruto - Falsafah disebalik manga



Ok, secara asasnya, buku ini menceritakan falsafah, atau teori yang ada dalam manga Naruto, satu manga yang terkenal seluruh dunia pada zamannya (sekitar 2000-2015), dan kini siri manga ini bersambung dengan generasi seterusnya, iaitu Boruto.

Buku Alegori Naruto ini, banyak menyentuh teori sains sosial dalam kehidupan seharian. ada beberapa teori berkaitan perangai seseorang, cara pemerintahan yang tertentu diterapkan dalam manga ini. 

Bahagian pertama menceritakan kisah sebenar ninja, konsep ninja sebenar, dan bagaimana Kishimoto Mashashi membina dunia ninjanya, yang sedikit sebanyak mempunyai kaitan dengan dunia ninja sebenar. Antaranya adalah penggunaan istilah Genin, Junin, dan lain2. Serta penulis menerangkan perbezaan antara istilah yang ada dalam dunia sebenar, dan istilah dalam dunia ninja Naruto. Selain itu, terdapat juga beberapa teknik ninja dalam dunia sebenar yang dibandingkan dengan teknik dalam dunia ninja Naruto. sangat menarik, kerana Kishimoto sensei sangat mengkaji dunia ninja sebenar.

Bahagian kedua pula berkisar dengan kisah mitos/cerita rakyat yang dikaitkan dengan dunia ninja Naruto. contohnya berkenaan nama Jiraiya, Tsunade, dan Orocimaru yang ada kisahnya dalam kisah rakyat/mitos rakyat Jepun. Ianya tidak diambil secara terus, Kishimoto Sensei telah mengambil watak dengan latar belakang hampir sama, dan diterapkan elemen ini dalam manga Naruto. Terdapat lain-lain watak dan cerita rakyat dan mitos yang diterapkan oleh Sensei, dan ini menjadi sangat dekat dengan rakyat Jepun, kerana mitos ini diceritakan dalam bentuk yang lain, dan sangat menarik.

Bahagian ketiga (terakhir) pula menceritakan watak-watak yang ada dalam manga Naruto, dan falsafah yang boleh dikaitkan dengan setiap watak. contoh Naruto yang optimis, Nara Shikamaru yang genius dalam keadaan tertentu, Kakashi dan penerapan untuk laksanakan misi walaupun apa terjadi, dan lain-lain watak. Dalam bahagian ini, kita dapat melihat, watak yang berbeza, dan perkembangan watak, dan idealogi yang boleh dikaitkan dengan watak-watak ini, yang sebenarnya sama dengan watak dalam dunia sebenar. ada manusia yang optimis, ada yang penakut, ada yang berdendam, dan lain-lain. akan tetapi, jalan cerita yang positif memberikan harapan kepada orang ramai, yang berlainan watak, yang ada perubahan yang boleh kita lakukan, sekiranya kita berusaha, dan mencari peluang yang terbaik untuk diri kita. 

wahhhh... panjang pula...


soooo... ke bahagian apa saya suka dan tidak suka berkenaan buku ini.

Yang saya suka, adalah bagaiamana gaya penulisan yang santai, akan tetapi sarat dengan maklumat, dan perkaitan antara falsafah sedia ada dengan cerita manga Naruto. ianya sangat dekat, kerana manga Naruto adalah manga yang dekat di hati pembacanya, dan juga, ilmu-ilmu berkenaan mitos, cerita rakyat, peribadi watak dalam Naruto sangat tepat dengan peribadi yang ada di dunia sebenar. Pembaca mungkin dapat sedikit sebanyak mengaitkan watak-watak dalam Naruto dengan diri mereka, dan mungkin beberapa watak dalam diri mereka.

Apa yang tidak disukai? mmmm.... agak sukar sebenarnya nak faham sebahagian falsafah, lebih-lebih lagi yang sedikit panjang berjela penerangannya. walaupun panjang, ianya penting untuk dihayati. 


ok, rasanya itu sahaja kot, untuk review kali ini. semoga ianya memberi manfaat. semoga anda yang berminat, bolehlah ke website patriot, atau ke lain-lain bookstore berdekatan dengan anda.


jumpa lagi!

regards

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...