Assalamu'alaykum and Greetings
so, lama tak buat review buku, dan lama juga hilang mood membaca. jadi mari kita membaca, dan buat review... hehe... kali ni nak bercerita satu karya daripada Teme Abdullah, iaitu....
Selamat Tinggal Purnama
Strain pertama
Ok, buku ni, fokus lebih kepada kesihatan mental sebenarnya, dan watak utamanya pula dipilih adalah seorang artis. Seperti kita tahu, ramai juga artis yang mengalami depresi, dan ada sampai membunuh diri, terutama di US, serta di Korea Selatan (yang paling banyak dalam berita). Dan buku ini cuba menyelami disebalik kisah-kisah depresi ini, menggunakan watak sebagai artis ternama. ok lets go!
Watak utama buku ini adalah Latif Purnama, seorang penyanyi dari jalanan, yang awalnya membuat busking, kemudian dikenalpasti oleh satu syarikat rakaman, dan terus namanya naik. Latif Purnama bukan sahaja dikenali di Nusaraya (nama tempat di dalam buku ini), akan tetapi lebih besar lagi. Akan tetapi, dengan bakatnya, beberapa kesulitan terpaksa dihadapi oleh Latif Purnama.
Antaranya adalah syarikat rakaman yang tidak memberikan hak yang sepatutnya, selain expectation yang terlalu tinggi dari peminatnya. sedangkan niat asal Latif hanya untuk memberikan halwa telinga kepada peminatnya.
Kemudian, Latif diuji lagi dengan dua ujian serentak selepas satu majlis gemilang dirinya, hingga membuatkannya mula berfikir, dan merasa resah, dan susah hati. dan kemuncaknya, apabila Latif menerima berita yang mengejutkan dari seseorang yang tidak disangka.....
------------
Oklah, itu je sedikit spoiler, haha... kita terus kepada review...
Jangan cerita buku ini, tersusun baik, dengan penceritaan dan pengenalan watak yang baik. Siapa watak utamanya, bagaimana dia mula mendaki, dan rakan-rakan sekelilingnya. Cara penceritaan dan perkembangan watak dan juga konflik juga disusun dengan baik. Dan watak antagonis juga, terdapat twist di situ. Perkembangan watak sampingan juga ada disampaikan dengan baik, walaupun tidak terlalu mendalam hingga menenggelamkan watak utama.
Dari segi kekurangan pula, mungkin agak slow nak dapat "pace" cerita ini. rasanya itu sahaja kot kekurangan cerita ini.
Keseluruhannya, buku ini sangat baik, dengan penceritaannya, dan ceritanya yang tergantung, agar orang membaca terus buku strain kedua. owh, buku ini dikeluarkan serentak untuk 2 jilid terus. ada strain pertama dan strain kedua...
next post saya kongsikan pula berkenaan review buku strain kedua ye!
jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment