Assalamu'alaykum
tazkirah hari ini, lebih kepada, berkaitan kaum-kaum yang menentang dakwah para Rasul. dan telah diazab oleh Allah s.w.t
=====================
Assalamualaikum Wr Wb
Perkongsian Ilmu Dari Al-Quran
MENGAMBIL IBRAH DARI AL-QURAN -
KAUM YANG MENENTANG DAKWAH PARA RASUL TELAH DIAZAB OLEH ALLAH SWT
————————————
Mukaddimah
Firman Allah Taala
وَكَم مِّن قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَاهَا فَجَاءَهَا بَأْسُنَا بَيَاتًا أَوْ هُمْ قَائِلُونَ
Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari.
فَمَا كَانَ دَعْوَاهُمْ إِذْ جَاءَهُم بَأْسُنَا إِلَّا أَن قَالُوا إِنَّا كُنَّا ظَالِمِينَ
Maka tidak ada yang mereka katakan ketika datangnya azab Kami kepada mereka, melainkan mereka (mengakui dengan) berkata: "Sebenarnya kami adalah orang-orang yang zalim".
Al-A’raf 7: 4-5
Allah Swt menurunkan al-Quran kepada Rasulullah Saw bukan sahaja bertujuan memandu manusia kejalan hidayah mentauhidkanNya , malahan Kitab Suci ini penuh dengan kisah-kisah umat terdahulu yang boleh dijadikan pengajaran bagi umat terkemudian termasuk umat Nabi Muhammad Saw .
Salah satu perkara yang sering diulang-ulang dalam al-Quran adalah kisah perjuangan para Rasul dan Nabi Allah .
Para Utusan Allah ini diceritakan telah menerima berbagai tentangan semasa menjalankan dakwah mereka kepada umat pada masa mereka.
Ada dari para Rasul itu dihina , diusir keluar dari tempatnya dan ada yang diancam untuk dibunuh oleh kaumnya.
Dalam surah Al-A’raf , Allah Swt telah menceritakan kepada Nabi Saw dan para sahabah baginda diMakkah mengenai kisah perjuangan Nabi Nuh, Nabi Hud, Nabi Hud, Nabi Saleh, Nabi Syuaib dan juga Nabi Musa A.s . Semua Rasul yang mulia itu telah menghadapi berbagai tentangan hebat dari kaum mereka yang menolak ajaran supaya menyembah kepada Tuhan Yang Esa dan meninggalkan segala sembahan kepercayaan nenek moyang mereka.
Kepada semua mereka yang menentang dakwah para Rasul dan juga menzalimi para pengikut mereka , Allah Swt telah mendatangkan berbagai azab keatas mereka yang zalim itu.
Berikut adalah diantara ujian yang dihadapi oleh para Rasul berkenaan:-
1) Zaman Nabi Nuh
Allah Swt telah datangkan azab banjir besar yang menenggelamkan mereka yang menentang dakwah baginda.
Perkara ini disebutkan dalam ayat berikut ini
فَكَذَّبُوهُ فَأَنجَيْنَاهُ وَالَّذِينَ مَعَهُ فِي الْفُلْكِ وَأَغْرَقْنَا الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا عَمِينَ
Mereka terus mendustakannya, lalu Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami karamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (matahatinya daripada melihat kebenaran)
Al-A’raf 7:64
2) Zaman Nabi Hud
Allah telah mengazab mereka dengan kemusnahan yang dahsyat seperti yang diceritakan oleh ayat berikut ini
فَأَنجَيْنَاهُ وَالَّذِينَ مَعَهُ بِرَحْمَةٍ مِّنَّا وَقَطَعْنَا دَابِرَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَمَا كَانُوا مُؤْمِنِينَ
Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya, dengan rahmat dari Kami, dan Kami (binasakan serta) putuskan keturunan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka bukanlah orang-orang yang beriman.
Al-A’raf 7:72
3) Zaman Nabi Saleh
Kaum Nabi Saleh yang menolak dakwah baginda dan melakukan berbagai kejahatan , Allah telah menurunkan azab yang berikut ini:
فَأَخَذَتْهُمُ الرَّجْفَةُ فَأَصْبَحُوا فِي دَارِهِمْ جَاثِمِينَ
Oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.
Al-A’raf 7:78
4) Zaman Nabi Lut
Kaum Nabi Lut bukan sahaja menolak dakwah baginda malahan mereka telah melakukan hubungan seks yang terkutuk. Allah Swt telah mendatang azab kepada mereka seperti diceritakan oleh ayat berikut ini
وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِم مَّطَرًا فَانظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُجْرِمِينَ
Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.
Al-A’raf 7:84
5) Zaman Nabi Syuaib
Mereka ini terdiri dari mereka yang menolak ajaran baginda dan melakukan berbagai kerja mungkar dan penindasan kepada penduduk Madyan secara berluasa. Allah Swt telah menurunkan azab kepada mereka melalui ayat berikut ini
فَأَخَذَتْهُمُ الرَّجْفَةُ فَأَصْبَحُوا فِي دَارِهِمْ جَاثِمِينَ
Maka mereka dibinasakan oleh gempa, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing.
Al-A’raf 7:91
6) Zaman Nabi Musa
Kepada kaum Nabi Musa dibumi Masir yang diketuai oleh Firaun yang zalim , Allah Swt telah menurunkan berbagai azab secara berperingkat seperti yang dijelaskan oleh ayat-ayat berikut ini
وَلَقَدْ أَخَذْنَا آلَ فِرْعَوْنَ بِالسِّنِينَ وَنَقْصٍ مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ
Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan Firaun dan kaumnya dengan musim kemarau dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka insaf mengambil pelajaran.
Al-A’raf 7:130
فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ الطُّوفَانَ وَالْجَرَادَ وَالْقُمَّلَ وَالضَّفَادِعَ وَالدَّمَ آيَاتٍ مُّفَصَّلَاتٍ فَاسْتَكْبَرُوا وَكَانُوا قَوْمًا مُّجْرِمِينَ
(Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka.
Al-A’raf 7:133
فَانتَقَمْنَا مِنْهُمْ فَأَغْرَقْنَاهُمْ فِي الْيَمِّ بِأَنَّهُمْ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَكَانُوا عَنْهَا غَافِلِينَ
Maka Kami pun membalas mereka, lalu Kami menenggelamkan mereka di laut dengan sebab mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.
Al-A’raf 7:136
Kesimpulan nya
Demikian balasan Allah Swt keatas umat-umat terdahulu yang menentang seruan para Rasul supaya menyembah Allah tetapi sebaliknya mereka menderhaka kepadaNya dan melakukan kezaliman dan penindasan kepada kaum mereka.
Mereka yang menentang ajaran Nabi Muhammad Saw dan melakukan berbagai kezaliman , penindasan, penyelewengan dan kemungkaran pada zaman baginda diMakkah kebanyakannya telah dimusnahkan dalam Perang Badar dan peperangan lain berikutnya.
Bagaimana pula dengan umat Nabi Muhammad dizaman mutakhir ini ? Apakah mereka yang zalim dan menderhaka kepada perintah Allah dan RasulNya itu tidak menerima sebarang hukuman dari Allah Swt?
Bersamalah kita fikirkan apakah Allah Swt akan membiarkan sahaja segala bentuk kezaliman para pembesar keatas umat Islam pada hari ini?
Sebagai amaran , Rasulullah Saw telah membacakan firman Allah Swt berikut ini pada 1,400 tahun yang lalu:
إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي
الْمُجْرِمِينَ
Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh takabbur (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.
Al-A’raf 7:40
Semoga kisah-kisah diatas mendatang ibrah yang bermanfaat kepada kita semua.
Wallahua’lam
Catatan:
Ayat-ayat dari surah Al-A’raf diatas telahpun ditadabburkan dalam MyQuranTime di TV Al Hijrah
MBS
Sampaikanlah daripada ku walaupun satu ayat - Maksud Hadis
No comments:
Post a Comment