Thursday, December 31, 2020

Review Buku: The Physicists Odyseyy Kisah-kisah 25 Sarjana Fizik

 Assalamu'alaykum


So, kali ini, saya akan berkongsi satu lagi review buku, akhir berjaya dihabiskan dalam tahun 2020 yang mencabar ini.

Kali ini, bukunya adalah 


The Physicists Odyseyy: Kisah-kisah 25 Sarjana Fizik




Buku ini adalah karya Zamir Mohyedin, serta Musoddiq Jaafar. Buku ini sebenarnya mengisahkan berkenaan latar belakang, dan sejarah yang berlaku bagi 25 sarjana atau cerdik pandai dalam bidang fizik. Walaupun demikian, tidaklah bermaksud semua sarjana ini adalah pakar dalam bidang fizik sahaja, ada juga yang pakar dalam bidang-bidang lain, akan tetapi, dalam masa yang sama, masih pakar dalam bidang fizik (ini yang saya fahamlah)

Ok, buku ini, bermula dengan kisah perjalanan hidup setiap sarjana ini, antaranya Faraday, Einstein, dan lain-lain. Bagaimana latar belakang setiap keluarga sarjana ini, dan latar belakang pendidikan awal mereka. kebanyakannya bermula di rumah, namun ada yang belajar di sekolah. ada juga yang mula belajar sendiri, dan kemudian mencari "cikgu" untuk membantu kefahaman mereka. ada yang dipaksa belajar benda lain, tapi tidak minat, dan lebih meminati ilmu-ilmu berkaitan fizik.

Kemudiannya, penulis menceritakan pula mentor utama bagi setiap sarjana, selain konflik dengan mentor, dan lain-lain sarjana dalam zamannya, atau zaman terdahulu. Penulis juga menceritakan bagaimana sebahagian sarjana ini melihat sesuatu isu atau teori itu, yang bercanggah dengan pemikiran mereka, dan seterusnya mereka cuba mencari penyelesaian kepada isu persekitaran mereka dengan menggunakan ilmu atau prinsip daripada bidang fizik. 

akhirnya, penulis juga menerangkan apa teori, atau prinsip, atau pertemuan utama setiap sarjana ini, hingga diberikan hadiah nobel, yang mengiktiraf kepakaran mereka. Dan ada juga cuba menolak hadiah nobel ini kerana tidak selari dengan prinsip hidup mereka.


Ok, itu sedikit apa yang diceritakan dalam buku ini. Apa yang saya suka, adalah gaya penceritaan yang mudah untuk pembaca luar bidang fizik untuk memahami sedikit ilmu fizik. Gayanya bersahaja, akan tetapi, ada masanya, penceritaannya agak rumit untuk difahami, kerana teori itu sendiri sangat rumit. contohnya macam mekanik kuantum. agar sukar, dan perlu sedikit pengulangan dilakukan. Selain itu, ada juga gambar diselitkan, untuk kita lebih kenal sarjana-sarjana ini. Urutan cerita juga sangat baik, di mana ianya menceritakan sarjana yang lebih awal, dan sarjana-sarjana yang sezaman dengan mereka, dan apa teori terdahulu, dan teori terkini yang berkaitan dengan penyelidikan mereka. 

Apa yang tidak digemari, mmm... mungkin kesukaran teori yang cuba difahami. Ada beberapa teori fizik yang masih lagi tidak difahami sepenuhnya. Akan tetapi, bila dibaca, teori fizik yang dibangunkan/dijumpai ini, sebenarnya membantu dalam memudahkan persoalan, atau kesulitan kerja-kerja harian kita. 


Orait, sekiranya anda peminat bidang fizik, atau ingin lebih tahu tentang latar belakang sarjana fizik ini, anda boleh dapatkan buku ini daripada kedai-kedai buku, secara online atau fizikal. semoga anda juga mendapat manfaat dari buku ini.


jumpa lagi,

regards

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...