Friday, October 25, 2019

Tips Hari ini: Jenis-jenis orang negatif yang anda perlu abaikan


Assalamu'alaykum

so, anda rasa sedikit depress? kenapa? adakah anda berkawan dengan orang yang salah? atau terasa terlalu negatif? so, kali ni, kita akan kongsi beberapa tips utk mengenalpasti orang-orang negatif yang perlu anda ignore, atau lebih tepat, kawan tapi tak perlu la nak rapat sangat... haha... kenapa perlu ignore orang-orang seperti ini? sebab kita masih perlu bergerak ke depan, move forward. melepaskan orang-orang negatif akan dapat membantu kita progress dengan lebih baik. hopefully i'm not a negative person to other people... haha...




1. Drama Queen atau Drama King

Okeh, golongan pertama ni, suka kepada kontroversi tanpa sebab pun. kita kena hati2 dengan propaganda depa ni. Kenapa? kerana mungkin anda juga akan menjadi bahan propaganda para drama queen dan king ini. Jika mereka masih cuba mencari "pasal" dengan anda, cuba anda diam. kerana lebih kuat suara anda melawan, lagi mereka suka, dan menjadikan seolah-olah mereka pula mangsa... well, berhati-hati ya~


2. Mereka yang anda banyak kali gagal memuaskan hati mereka

Okeh, golongan kedua ni sangat sukar untuk memuaskan hati depa. tak kira bagaimana anda cuba berusaha, buat pelbagai benda untuk mereka. Terima keadaan depa, yang memang itu perangai depa. Anda kena cuba jauhkan diri dari mereka ini, cuma perlu berpaling, dan berlalu pergi (ewahhh~~). sebab anda akan hanya membuang masa jika terus cuba memuaskan hati mereka ini.... sebab mereka takkan pernah puas hati~


3. Pakar Manipulasi

Orait, yang ni sangat perlu berhati-hati... yang ni pandai manipulasi anda, dan buli anda tanpa anda sedari... Mereka akan cuba minta perkara-perkara untuk anda tolong mereka, akan tetapi, jika anda perlukan pertolongan mereka... JANGAN HARAP~..
jangan terima ini sebagai kebiasaan. jika ada orang cuba manipulasi dan buli anda, just walk away. pertahankan diri anda jika perlu. jangan laksanakan tanggungjawab yang bukan tanggungjawab anda~~


secara dasarnya....

silalah jauhkan diri dari pelbagai orang yang negatif ini. kenalpasti potensi diri anda, dan terus maju ke depan... tinggalkan mereka yang akan "mengikat" anda dari terus ke depan...

okeh.... jumpa lagi!~!!


dipetik karya Marc and Angel
source: http://theunboundedspirit.com/7-negative-people-you-need-to-ignore/#

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...