Friday, October 04, 2019

Drama Runners: KLSCM 2019 - barai dan cedera

Assalamu'alaykum,

So, mungkin dulu ada beberapa post yang saya pernah beritau tentang kaedah berlari. dan jenis kasut yang sesuai utk kaki anda.... 


so, kali ni, saya nak kongsi satu acara larian yang berprestij di Malaysia, dan telah melangkau 11 tahun penganjurannya. Iaitu 

Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM)

(sebelum ini dikenali sebagai Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon, SCKLM)



so, tahun ni, saya sekali lagi mencuba tahan ketahanan mental dan fizikal, dengan mendaftar untuk acara Half-Marathon, iaitu larian untuk jarak 21KM. dan acara lariannya, serta laluannya adalah laluan yang sama dengan laluan SCKLM tahun 2018. 

ok, disebabkan tahun ni, saya sendiri dah berubah minat, iaitu kepada cycling (berbasikal), saya kurang berlatih untuk berlari, dan termasuklah isu jerebu 2 minggu sebelum KLSCM 2019, menyebabkan lebih kurang aktiviti luar, dan aktviti berlari dilakukan.

akan tetapi, training lain, seperti weight training masih berjalan. antara video atau latihan boleh dilakukan adalah seperti dalam youtube channel "Fitness Blender", terdapat banyak video, daripada yang simple, kepada yang panjang sejam lebih. ada yang fokus kepada kaki, atau pada seluruh badan. 

ok, kembali kepada cerita KLSCM 2019, saya kurang training, dan menyebabkan keadaan fizikal dan mental tidak kuat untuk cuba lari kali ni. tapi last minit, saya set fikiran sendiri, dengan menyatakan, why not? saya pernah buat sebelum ni, this one saya boleh juga lakukan!!!

walaupun demikian, kaki dan lutut tidak berikan kerjasama penuh. Jari kaki melecet, dan tapak kaki mula sakit bermula KM ke 8. dan disebabkan itu, banyak berjalan daripada berlari. dan berjalan sekitar 8km juga sepanjang 21km ni..

alhamdulillah, berjaya juga habiskan larian 21km ini. adakah saya menyesal? mestilah tidak... ini adalah benda yang saya suka, passion. cuma kekurangan latihan menyebabkan kurang persediaan mental dan fizikal. adakah saya akan ulang lagi?



semestinya...

so, jika anda juga terlibat dalam mana2 aktviti sukan, adakah anda cukup passion utk teruskan?



No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...