Friday, October 18, 2019

Self Help: Tips melangsaikan hutang~

Assalamu'alaykum,

Adakah anda sedang berhutang? berhutang dengan pelbagai jenis hutang? hutang yang terlalu banyak? dan pening dah nak uruskan hutang yang banyak "gile" ni? Hari ni, saya nak berkongsi apa yang telah dikongsikan oleh Mat D'Avella, mungkin tips ini sesuai dengan anda, atau tidak, ianya bergantung pada individu. Tapi personally, saya telah mengambil beberapa tips penting dalam video yang dia telah kongsikan ini.

Orait, ada beberapa langkah yang perlu kita buat, lebih-lebih lagi kalau kita ada pelbagai jenis hutang. hutang belajar (Universiti/Kolej), hutang kereta, hutang rumah, hutang peribadi... dan macam2 jenis hutang lagi. Kalau takmau baca dah, dan nak terus ke video, boleh tonton video di bawah:



Pertamanya, kena sedar diri, berkaitan hutang-hutang yang kita ada, dan bagaimana hutang-hutang ini menjerut leher kita (wah, ayat bersastera betul!!). Kita kena ada kesedaran, yang hutang ini sangat menjerut kita. bayangkan pada umur kita bersara, adakah kita masih dijerut hutang-hutang ini? atau adakah kita bertambah hutang?

Keduanya, (well, sebenarnya ini yang pertama.. hihi~), kita kena senaraikan hutang-hutang yang kita ada. KESEMUA hutang yang kita ada ye. jangan separuh-separuh. jujur pada diri sendiri. senaraikan hutang, jumlah bagi setiap hutang, dan bayaran bulanan yang kita telah komit~ bayangkan, kita bekerja untuk bank, untuk bayar hutang-hutang bank kita... alamak....

Ketiganya, kita perlu tambah lagi pengetahuan berkenaan dengan kewangan. Apa itu sebenarnya aset, apa itu sebenarnya liabiliti. Apa yang menjana kewangan, apa yang menjerut kewangan kita. hehe... ini agak tricky sebenarnya... 

Keempat, benda yang agak "obvious" la kot. kurangkan berbelanja... ianya sangat terus terang, hidup dalam simple. kurangkan berbelanja yang kurang penting. perhatikan apa itu "kehendak" dan "keperluan". Benda yang sangat susah nak beza bagi sesetengah perkara, tapi mudah bagi sesetengah yang lain...

Kelima, cuba dapatkan lebih banyak pendapatan. jana pendapatan tambahan. ayatnya mudah bukan? tapi sebenarnya susah ni... kita mungkin terpaksa buat dua-tiga kerja. buat kerja tambahan daripada "kerja hakiki" kita. Kalau ada peluang, cuba grab mana yang dapat. Tapi ingat, jangan langgar pula tips keempat... 

Keenam, kena ada kesabaran untuk selesaikan hutang. Jangan terburu-buru. Awal-awal, kita akan rasa macam nak selesaikan serentak (ye, saya pun dah mula terasa benda sama). sangat bersemangat nak selesaikan hutang kita.... Jangan terburu-buru nak habiskan hutang ye. Melangsaikan hutang adalah satu proses, prosesnya agak panjang.... relaks dan cool down. hehe..

Ketujuh, teruskan membaca buku berkaitan kewangan setiap tahun. Dapatkan ilmu berkaitan kewangan, tambah pengetahuan berkaitan kewangan. Pembacaan dapat kita terus fokus dalam menyelesaikan hutang-hutang kita. Supaya kita masih "on-track". 

so, apa kelebihan dari melangsaikan hutang awal2 ni? banyak sangat. Kita tidak terikat bila nak buat sesuatu. bila nak buat, teringat hutang lama. teringat tak boleh jumpa orang itu dan ini, sebab malu dengan hutang. dan kalau kita langsaikan hutang, pastinya kita akan lebih berkemampuan kemudian untuk menggunakan lebihan duit bayar hutang tu, untuk berjalan-jalan. ye tak?

bayangkan, selama ni, kita terpaksa bayar rm800-1500 setiap bulan untuk bayar hutang. kalau kita habiskan hutang awal, kita ada lebihan rm800-1500 untuk kita "simpan", atau berjalan, atau macam2 lagi... kalau yang inginkan kebaikan, boleh la kita pergi tunaikan umrah, ye dak? hehe.. (insaf tak? hihi~)

orait, hutang ini sangat bahaya kalau kita buat tak tahu, sebab ianya akan meningkat, akan menimbun-nimbun di masa akan datang. lagi2 kalau kita just bayar minimum. sebab bunga/faedah yang bertambah atas baki hutang tu, makin banyak. 

orait, so, semoga anda mendapat sedikit manfaat dari post kali ini. ini bukan untuk anda sahaja, tapi untuk saya juga... teknik untuk bayar hutang awal, ada satu lagi video lain. ni panggil snowball payment gitulah...

orait, jumpa lagi lain kali~!!

regards

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...