Assalamuálaykum,
adakah anda biasa travel ke selatan tanah air Malaysia? dan melalui kawasan RnR Pagoh? akan tetapi tak tahu nak makan apa? dan nampak kedai hampir semua tak menyelerakan?
so, kali ni, saya nak berkongsi salah satu gerai yang enak di RnR Pagoh, arah selatan ye. bukan arah utara tau! arah utara kena naik eskalator sebelum berjumpa tempat makan... hehe
Orait, kalau anda berhenti di RnR Pagoh arah selatan ni, anda boleh ke gerai yang kedua hujung daripada kanan. ye... sebelum jalan ke arah tandas atau gerai buah tu. Nama kedai dia adalah Bumbu Kito. tak silap gerai no 10 kot.
apa yang special kat sini?
dia tak jual banyak pun, Nasi Lemak dan juga Nasi Ambang. Nasi lemak dia, sambal dia memang kaw-kaw punya. memang confirm berpeluh kalau makan. lepas tu pijor mulut. hehe...nasi lemak dia simple je, ada nasi, sambal, ikan bilis dan kacang, serta sebiji telur rebus.
Nasi ambang dia, pun enak. campuran antara nasi, dan juga mee goreng, diletak ayam sambal, dan ikan kering. dan lain2 la kot...
harganya, tidak mahal, dan berpatutan (utk RnR), nasi lemak rm2.50, dan nasi ambang rm5.
dan sekiranya anda tidak berpuas hati dengan lauk dalam nasi lemak atau nasi ambang ni, anda boleh lagi tambah, ada sambal sotong, daging ungkep, telur goreng, dan lain-lain lauk yang ikut masa. kadang2 habis awal, kadang2 masih ada hingga ke petang.
owh, saya selalu beli nasi lemak, tapi sambalnya asing, sebab ada anak2 tak tahan pedas. dia akan bungkus yang baru...
orait, itu sahaja untuk kali ini, kita jumpa lagi lain kali untuk drama-drama perut yang terkini~!
regards
No comments:
Post a Comment