Friday, October 11, 2019

Drama Perut: Kafe Oh My Bunda

Assalamuálaykum,

Pernah tak anda teringin mencuba makanan baru? apatah lagi dikatakan makanan tu, ada level pedas yang anda tak tahan? haha... as a Malaysian, saya juga terpengaruh untuk mencuba pelbagai jenis makanan yang memberikan tahap pedas yang sikit tinggi dari biasa.... jadi, kali ni, saya nak kongsi berkenaan satu tempat makan yang menyediakan makanan yang sedap, serta pedas.... yang sangat pedas!!!!

jadi, kali ni kita ke satu restoran, iaitu Kafe Oh My Bunda!




Kafe Oh My Bunda, ni terletak di Taman Tampoi Indah, di Johor Bahru. well, actually, kalau orang JB, lebih kepada kawasan Tampoi, lepas Kipmart tu. Kalau sebut JB tu macam jauh la dari kawasan ni. ok, untuk makluman, restoran ni agak sukar mendapat tempat parking ye. lagi2 kalau lepas waktu kerja.





Orait, apa yang disediakan di sini? ada 2 menu utama, iaitu "NASI AYAM SILAT" dan juga "MEE PETIR"... ya, namanya sangat menakutkan bukan? nasi ayam bersilat? mee petir? wow... tapi nanti saya ceritakan kenapa nasi ayam itu bersilat, dan kenapa mee itu petir. eh~ haha...




orait, pertamanya, kerana menu nasi ayam silat ini menawarkan tahap kepedasan yang berbeza... ada 5 level kepedasan yang disediakan, iaitu:

1. level "baby"
2. level "tadika"
3. level "SPM"
4. level "prof", dan
5. level "yakuza"


untuk Nasi Ayam Silat, level baby tu, untuk tahap paling rendah, akan tetapi, saya masih tidak syorkan pada anak2 pun. means, utk anak2 yang bawah 15 tahun ke, bawah 12 tahun ke, better jangan la makan. tahap pedas dia masih juga pedas. saya telah mencuba level "baby", anak saya juga cuba, anak saya terus tak tahan. saya juga mencuba level "prof", dan ianya adalah satu "mimpi ngeri"... haha... pedas dia memang sangat pedas.. sebab tu nama dia Nasi Ayam Silat... sebab bila kepedasan yang melampau, kita akan mampu bersilat tanpa sedar.... ok, ni hanya andaian sahaja ye. haha...

menu kedua, iaitu mee petir pun sama, mempunyai level kepedasan yang berbeza. sama seperti nasi ayam silat. saya juga mencuba level "baby" sahaja kali ini, dan dicampur dengan cheese (tambahan rm2). jadinya agak kurang pedas, sebab dah tambah cheese...

baiklah, dan cerita pasal kepedasan, kena cerita pula sedap tak sedap kan? baiklah, nasi ayam silat memang enak, walaupun kepedasan, tapi kesedapannya masih terasa lagi. bukan pedas tak tentu hala. dan kepedasannya ini adalah natural, dan organik. bukannya hasil campuran bahan kimia yang bukan2 ye... hehe... Mee Petir pula sedap, dan ada rasa sedikit tomyam. jadi ianya jadi lebih enak lagi. dan meenya seperti mee dalam meggi. kenyal dan enak... hari kejadian, saya dan keluarga telah membeli 4 nasi ayam silat, (2 level baby, 2 level prof), dan juga satu mee petir....

orait, sekiranya anda mempunyai masa, bolehlah mencuba makanan di restoran Kafe Oh My Bunda ini ye. (*p/s: ini bukan iklan berbayar ye, saya beli sendiri semuanya).



orait, jumpa lagi lain kali!!


regards

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...