Friday, July 05, 2019

travelogzakri: Trip ke Penang - Tanjung Bungah

Assalamu'alaykum,

So, selepas puas menjamu selera makan pasemboq, kami ingin mengurangkan sedikit lemak2 dalam badan, jadi kami pun menuju ke Tanjung Bungah. katanya ada lampu2 menarik di tepi pantai.

Lebih kurang 20 minit daripada Padang Kota Lama, kami tiba di Tanjung Bungah, cuma kami perlu parking di kawasan flat kediaman terdahulu, dan perlu membayar sekitar rm4 utk parking. Kemudian, kami berjalan kira-kira 300-500m menuju ke pantai. rupanya, tempat itu adalah Tokong, yang dihiasi dengan pelbagai lampu2, yang mencuri pandangan.



Pengunjung perlu membayar pula yuran masuk, seorang rm2. Dan selepas masuk, perkara pertama yang menarik perhatian adalah menara 3 tingkat, yang mempunyai hiasan lampu yang menarik






Kemudian, kita akan dibawa masuk ke dalam lagi, ada bukit kecil. di situ, lebih banyak hiasan berlampu yang disediakan. akan tetapi, disebabkan kamera handphone tidak mampu nampak semuanya, jadi kita tengok jela apa yang dapat dinampak dengan jelas.

Ada hiasan lampu menjuntai dari pokok ke bawah, ada juga hiasan bunga2 berwarna warni, dan ada juga hiasan berlampu yang lain.



so, sekiranya anda ke Georgetown dan sekitarnya, bolehlah melawat di Tanjung Bungah ni. dan cuba menikmati keindahan perhiasan berlampu di sini.

ok, jumpa lagi lain kali

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...