Friday, May 10, 2019

Siri Buku: The Boscombe Valley Mystery - Sherlock Holmes (Audio Book)

Assalamu'alaykum,

Jadi, agaknya banyak juga audio book yang mampu "dibaca" berbanding sebelum ni, jadi, ni dah buku ke 5 dalam masa seminggu dua. Kalah kelajuan membaca menggunakan mata. Walaupun tidaklah difahami setiap patah perkataan, akan tetapi apa yang diceritakan bolehlah difahami. 

Ok, jangan cerita panjang, kali ni saya nak berkongsi pula berkenaan satu lagi audio book yang berjaya dihabiskan, dan masih lagi Pengembaraan Sherlock Holmes, kali ini, adalah The Boscombe Valley Mystery. 

Kali ini, ceritanya bermula agak lain daripada kisah yang sebelum ini. Kali ini, Sherlock Holmes telah membaca satu kisah yang menarik minatnya daripada suratkhabar. Iaitu kisah pembunuhan yang berlaku di salah satu tempat yang dekat dengan tempat tinggal Sherlock Holmes. Kisah ini terdapat beberapa perkara yang didapati sedikit bercanggah dengan apa yang difahami disebalik apa yang diceritakan. Jadinya, Sherlock Holmes mengajak Dr Watson untuk bergerak menaiki keretapi ke tempat kejadian.

Ketika sampai, mereka telah disambut oleh seorang detektif tempatan, yang juga rival kepada Sherlock Holmes, iaitu Lestrade. Lestrade telah diminta bantuan oleh  Alice Turner. Ketika sampai, isunya adalah berlakunya pembunuhan, seorang ayah  telah dibunuh, dan anaknya iaitu Charles telah dituduh membunuh ayahnya berdasarkan bukti yang didapati oleh polis disitu. 

Sherlock kemudiannya mengajak Dr Watson dan Lestrade berjalan mengikut jejak yang telah dilalui oleh mendiang si mati. Daripada bukti2 yang Sherlock dengar, terutama daripada suspek, dia akhirnya mengajak ayah kepada Alice Turner untuk berjumpa dengannya. 

Ketika pertemuan ini, beberapa benda telah ditanya dan dikongsikan oleh Sherlock, dan akhirnya, ayah Alice Turner mengaku dia yang sebenarnya membunuh Ayah Charles.

bagaimana cerita disebaliknya? apa yang terjadi? bagaimana Sherlock mendapatkan tips daripada penyiasatannya? boleh cuba mendengar audio book ini, atau membaca bukunya.

Regards

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...