Ujian ketabahan menuju kejayaan
musibah
kesusahan
keperitan
"kita merancang, ALLAH jua merancang, dan perancangan ALLAH adalah yang terbaik..."
*p/s: banyak post entry yang saya jadualkan, jadi banyak isu yang kelihatan "terlewat" dari asalnya
Ujian ketabahan menuju kejayaan
Assalamu'alaykum dan salam sejahtera
ok, kini kita kembali kepada siribuku, iaitu review buku. kali ni nak bercerita tentang buku yang menarik bagi peminat-peminat politik, dan even ahli politik sendiri pun. Buku ini adalah asalnya karya Nicollo Machiavelli, dan buku ini diterjemahkan oleh saudara Zamir Mohyedin, dengan syarahan dan ulasan oleh saudara Ayman Rashdan Wong, yang bertajuk:
Ok, buku ini adalah karya Machiavelli, dan di dalamnya, Machiavelli merangkumkan, serta merumuskan bagaimana seorang pemerintah patut buat secara "real-politik", dan tidak berharap yang indah-indah, atau mengharap kepada teori yang tidak dibumikan. Ini kerana, real-politic berbeza dengan kefahaman dan teori kepimpinan yang baik, kerana ada unsur-unsur tidak bermoral dan tidak beretika dalam "real-politic"
disclaimer, sebenarnya Machiavelli bukannya "mengajar", tetapi menerangkan keadaan pemerintah berdasarkan sejarah dan kefahamannya berkaitan bagaimana seorang pemerintah boleh kekal berkuasa.
Buku ini ada beberapa bahagian. Tetapi secara dasarnya, ia menerangkan 3 intipati penting. pertamanya adalah jenis-jenis kerajaan yang ada (pada ketika itu), keduanya berkenaan pemerintah, dan ketiganya adalah apa yang pemerintah perlu laksanakan, untuk berkuasa, dan kekal berkuasa.
Intipati Pertama: Kerajaan dan jenisnya
Ok, intipati pertama, iaitu jenis-jenis kerajaan. dalam buku ini, Machivelli menerangkan ada 4 jenis kerajaan. Pada awalnya, penulis menyatakan ada 2 jenis kerajaan, iaitu kerajaan monarki dan republik. kemudiannya penulis menambah kerajaan agama (ketika itu kerajaan Pope) dan kerajaan demokrasi (kerajaan rakyat) pada bab-bab lain. Selain itu, penulis juga menegaskan berkenaan kerajaan yang baru, tidak kira dari mana-mana jenis kerajaan, perlu pemerintah yang baik, untuk terus berkuasa.
Antara cara mempertahankan penguasaan bagi pemerintah baru, berdasarkan sejarah yang dikaitkan dalam buku ini, adalah, pemerintah baru, perlu membuat beberapa perkara, antaranya menghapuskan seluruh kerabat atau penguasa yang lama, perlu menghantar pasukan koloni ke daerah-daerah baru dikuasai, bekerjasama dengan pemerintah (menteri2) daripada kerajaan lama, atau kawasan koloni mereka, dan juga memastikan "wakil" atau "penguasa" koloni tidak mempunyai lebih pengaruh berbanding dirinya.
Intipati kedua: Penguasa
Seterusnya, penulis banyak menerangkan berkenaan pemerintah. Kebiasaannya, pemerintah yang baik, memerlukan kepada 2 perkara penting, iaitu virtu dan fortuna. Virtu adalah kecekapan/kemahiran memerintah, manakala fortuna pula adalah tuah. Tanpa kedua-dua perkara ini, sukar pemerintah untuk mendapat kekuasaan, dan kekal berkuasa. Tanpa tuah, walaupun cekap, kita mungkin dikalahkan oleh mereka yang mempunyai lebih tuah. Dengan tuah, tetapi tidak cekap, kita juga tidak akan kekal, dan akan dijatuhkan oleh orang lain, malah orang terdekat dengan kita.
Selain itu, penulis juga menyatakan bahawa, untuk pemerintah kekal lama, dia perlu mempunyai angkatan tentera yang kuat. Lebih-lebih lagi angkatan tentera sendiri. Selain angkatan tentera sendiri, pemerintah boleh juga mendapatkan beberapa jenis tentera yang lain, antaranya adalah tentera bantuan (dari kerajaan lain), dan tentera upahan (mengupah tentera dari pihak berkecuali). Akan tetapi, tentera jenis kedua-dua ini, mempunyai risiko yang lebih besar, yang mana tentera bantuan dan tentera upahan boleh berpaling tadah, jika pemerintah lain memberikan "arahan" atau ganjaran yang lebih baik.
Selain itu, berkaitan dengan tentera, pemerintah juga tidak boleh bersikap neutral sekiranya dua negara lain berperang, kerana jika bersikap neutral, mana2 pihak menang dan kalah boleh menyerang pula negaranya. Jika pemerintah menyokong salah satu pihak, dan pihak itu menang, dia akan peroleh kebaikan, dan jika kalah pun, dia tetap akan dibantu oleh pihak yang kalah di masa akan datang.
Intipati ketiga: apa Penguasa perlu buat
Penulis seterusnya menerangkan apa yang pemerintah perlu ada. Penulis menegaskan yang penguasa ini perlu sentiasa bersedia, perlu ada ilmu ketenteraan, dan sentiasa berlatih. Penguasa juga jangan terlalu idealistik, dan perlu melihat secara realistik. Contoh yang diberikan idealistik adalah idea Plato, atau Aristotle, yang menerangkan bagaimana kerajaan itu adalah kerajaan ideal. akan tetapi, pada hemat Machiavelli, penguasa perlu lebih realistik, dan melihat keadaan, tempat dan masa semasa.
Machiavelli melihat idealistik vs realistik ini dalam beberapa sudut:
Selain penguasa perlu bersifat realistik dan tidak idealistik semata-mata, Machiavelli juga menyatakan penguasa perlu juga bersifat licik seperti musang, dan berani seperti singa. Licik dalam merancang dan melaksanakan pelbagai perkara, agar sentiasa bersedia dengan pihak pembangkang, atau penguasa lain (serangan luaran). Selain itu, penguasa perlu juga bersifat berani seperti singa, dengan menunjukkan siapa yang berkuasa, agar tidak ditikam dari belakang oleh menteri atau rakan-rakan sendiri (serangan dalaman).
Machiavelli juga menerangkan berkenaan bagaimana untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat yang terdiri daripada rakyat biasa, dan golongan bangsawan. Sokongan daripada rakyat perlu dijaga, supaya penguasa disayangi rakyat. Machievelli menegaskan untuk Penguasa tidak sekali-kali menyentuh harta dan wanita rakyatnya, dan perlu bertindak tegas dengan rakyat biasa, serta mendapatkan sokongan daripada golongan bangsawan.
Machievelli juga menyatakan antara perkara yang boleh dijadikan asas untuk mendapat sokongan, adalah dengan menunggang agama. Menunggang agama dapat dijadikan sebagai kaedah untuk mendapat reputasi yang baik daripada rakyat biasa.
Machieveli seterusnya menyatakan untuk penguasa bijak dan cekap (Virtu) dalam memilih barisan menterinya. Penguasa perlu melantik menteri yang pandai melaksanakan tugas, sentiasa memikirkan kepentingan penguasa, dan tidak melebihkan kepentingan peribadi (kepentingan menteri sendiri). Sekiranya Penguasa membiarkan menteri mendapat lebih sokongan, ada kemungkinan menteri itu akan menjatuhkannya di kemudian hari. Selain itu, Penguasa juga memerlukan pendapat dan idea dari menterinya, tapi bukan pada setiap masa. dan Penguasa juga tidak perlu mengikut nasihat yang diberikan, dengan membuat keputusan sendiri. Penguasa perlu bijak memilih keadaan, agar menterinya tahu bila masa boleh memberi pendapat, dan bila masa tidak perlu memberikan pendapat
Akhir bab daripada buku ini, Machievelli mengharapkan agar Itali dapat bersatu, dan bebas dari penjajahan bangsa lain.
======================================
Seterusnya, bila review, kita akan melihat apa yang saya personally suka, dan tidak suka. Yang saya kurang gemar, adalah ayat2 dalam terjemahan secara terus oleh saudara Zamir, agak sukar difahami. Sebab ianya perlu diterjemahkan dengan baik, serta tidak menghilangkan nilai-nilai dan isi sebenar buku The Prince versi asal. Mungkin disebabkan gaya bahasa zaman dahulu, jadi ianya lebih bersastera dan tidak boleh difahami secara terus.
dan ini membawa kepada apa yang saya suka, iaitu syarahan dan penerangan secara ringkas oleh Saudara Ayman. Syarahan yang ditulis, dapat merumuskan, dan meningkatkan kefahaman daripada terjemahan yang telah dibuat. Lebih-lebih lagi, saudara Ayman juga memahami berkenaan Perhubungan Antarabangsa (International Relationship), jadi lebih mudah dia mengaitkan antara perkara yang terjadi dengan isu yang diketengahkan.
ok, rasanya itu sahaja kot, apa yang boleh di-riview daripada pembacaan saya. Mungkin ada yang terlari sikit, sebab saya orang luar bidang, kalau betul Alhamdulillah. kalau tersilap, maafkan jela...
ok itu sahaja, kita jumpa lagi dalam post akan datang!
regards
Assalamu'alaykum
Hari ni, nak berkongsi tazkirah sedikit, berkenaan supaya kita cuba memohon doa dari orang-orang soleh, untuk menghentikan musibah yang berlaku. dan ketika ini, musibah dan ujian pandemik Covid-19.
==================================
Assalamualaikum Wr Wb
Perkongsian Ilmu Dari Al-Quran
PARA PEMBESAR NEGERI MEMINTA ORANG-ORANG SOLEH BERDOA AGAR ALLAH MENGHENTIKAN MUSIBAH YANG BERLAKU
—————————————
Firman Allah Taala telah berfirman dalam surah Al-A’raf dari ayat 133 hingga 135 seperti berikut:
فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ الطُّوفَانَ وَالْجَرَادَ وَالْقُمَّلَ وَالضَّفَادِعَ وَالدَّمَ آيَاتٍ مُّفَصَّلَاتٍ فَاسْتَكْبَرُوا وَكَانُوا قَوْمًا مُّجْرِمِينَ
(Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka.
Ayat 133
وَلَمَّا وَقَعَ عَلَيْهِمُ الرِّجْزُ قَالُوا يَا مُوسَى ادْعُ لَنَا رَبَّكَ بِمَا عَهِدَ عِندَكَ لَئِن كَشَفْتَ عَنَّا الرِّجْزَ لَنُؤْمِنَنَّ لَكَ وَلَنُرْسِلَنَّ مَعَكَ بَنِي إِسْرَائِيلَ
Dan apabila azab yang tersebut itu menimpa mereka, mereka (merayu dengan) berkata: "Wahai Musa! Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami dengan (kehormatan) pangkat Nabi yang diberikanNya kepadamu (yang menjadikan permohonanmu sentiasa makbul). Sesungguhnya jika engkau hapuskan azab itu daripada kami, tentulah kami akan beriman kepadamu, dan sudah tentu kami akan membebaskan kaum Bani Israil (pergi) bersamamu".
Ayat 134
فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُمُ الرِّجْزَ إِلَىٰ أَجَلٍ هُم بَالِغُوهُ إِذَا هُمْ يَنكُثُونَ
(Tuhan berfirman): Setelah Kami hapuskan azab itu daripada mereka, hingga ke suatu masa yang tertentu yang mereka sampai kepadanya, tiba-tiba mereka mencabuli janjinya
Ayat 135
Ayat-ayat diatas telah ditadabbur
dalam program My#QuranTime
diTV Al-Hijrah
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Berikut adalah beberapa nota tambahan:
1) Dalam misi berdakwah kepada Firaun dan para pembesarnya , Nabi Musa dan Nabi Harun A.s telah berdepan tentangan kuat dari Firaun dan pembesarnya.
Cabaran yang terbesar sekali adalah sifat sombong Firaun yang mengaku dirinya hebat sehinggakan dia sanggup mengaku dirinya adalah tuhan. Hal ini disebutkan Allah dalam ayat berikut:
فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَىٰ
Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi".
An-Nazi’at 79 : 24
2) Firaun menganggap Nabi Musa adalah seorang ahli sihir yang yang bertujuan untuk merampas kekuasaan Firaun dan seterusnya membebaskan kaum Bani Israel yang telah menjadi hamba abdi kepada kerajaan Firaun sekian lama.
Firaun mencabar Nabi Musa berlawan sihir dengan ahli-ahli sihir yang terhebat diMasir.
Dengan kebesaran Allah , Nabi Musa telah diberikan mukjizat besar bilamana tongkat yang dilemparkan baginda berubah menjadi ular besar dan menelan semua ular ahli-ahli sihir .
Ahli-ahli sihir Firaun telah bersujud dan menyatakan keimanan mereka kepada Tuhannya Nabi Musa dan Harun.
Ekoran dari peristiwa ini Firaun jadi marah dan menyiksa ahli-ahli sihir tersebut.
3) Akibat dari kezaliman Firaun dan para pembesarnya ini , Allah Swt telah menurunkan bala’ kepada mereka dengan ditimpakan musim kemarau panjang yang menjejaskan sumbir makanan dan buahan dibumi Masir.
Tujuan diturunkan bala’ adalah supaya mereka insaf. Namun apabila keadaan dipulihkan Allah Swt dan mereka menjadi
senang semula, mereka mengatakan semua kesenangan itu adalah hasil usaha mereka semata-mata. Bahkan mereka menuduh bala’ yang menimpa mereka sebelum itu adalah disebabkan oleh nasib malang Nabi Musa dan para pengikutnya.
Firaun dengan bongkaknya masih tetap enggan beriman kepada Allah Swt.
4) Allah Swt terus mendatangkan berbagai bencana satu demi satu kepada bumi Masir iaitu dimulai dengan taufan (dan banjir besar) yang diikuti dengan wabak penyakit. Kemudian diikuti dengan serangan belalang yang merosakkan tanaman, kutu-kutu yang muncul dalam setiap makanan mereka, kemudian diikuti oleh munculnya katak-katak memasuki istana dan rumah mereka. Akhir sekali ialah sumbir air mereka berubah menjadi darah yang sangat menjijikkan .
5) Firaun dan para pembesar menjadi kumpulan yang sangat kecewa dan putus-asa. Diceritakan bahawa setelah berlakunya setiap musibah itu , Firaun meminta Nabi Musa berdoa kepada Allah Swt agar memulihkan keadaan kepada sediakala. Bahkan setiap kali menemui Nabi Musa, Firaun berjanji sekiranya musibah yang berlaku itu dipulihkan , dia hendak beriman kepada Allah dan membebaskan Bani Israel dari perhambaan dan mereka boleh pergi bersama Nabi Musa dan Harun. Sesungguhnya Firaun itu sedar dan percaya bahawa hanya doa Nabi Musa sahaja yang diperkenankan Tuhan.
6) Setelah Allah menghapuskan semua azab yang dialami mereka itu , tiba-tiba Firaun memungkiri semua janjinya. Beliau bukan saja tidak mahu beriman , bahkan Nabi Musa terus dimusuhinya dan Bani Israel masih dijadikan hamba abdi mereka.
7) Akhirnya Allah Swt membalas mereka dengan menenggelamkan mereka dilaut oleh sebab mereka zalim , lalai dengan kemewahan dan mendustakan seruan dakwah Nabi Musa dan Harun.
8) Kesimpulannya
Dari apa yang dikisahkan diatas adalah amat terserlah sekali sikap takabbur Firaun kepada Allah Swt . Beliau bukan sahaja tidak mahu beriman kepada Tuhan , malahan beliau sendiri mengaku menjadi tuhan yang berkuasa melakukan apa saja termasuklah menzalimi Nabi Musa dan kaum Bani Israel.
Walau bagaimana sombongnya Firaun itu, beliau masih tidak dapat menghindarkan diri dan kaumnya dari azab Allah Swt.
Akhirnya raja yang bongkak itu terpaksa meminta pertolongan kepada orang-orang soleh seperti Nabi Musa dan Harun untuk berdoa kepada Allah Swt supaya semua azab yang menimpa mereka dipulihkan.
Inilah keadaan yang berlaku dari dahulu sehingga kehari ini iaitu apabila sesuatu negeri itu ditimpa musibah besar seperti pandemik penyakit , maka para pemimpin meminta orang-orang yang soleh dan rakyat jelata berdoa supaya musibah atau penyakit itu dipulihkan oleh Allah Swt.
Biasanya manusia yang angkuh dan sombong itu hanya ingat kepada Tuhan tatkala mereka dilanda musibah .
Setelah semua musibah itu diangkat dan keadaan negeri mereka menjadi mewah dan senang , mereka itu terutama para pemimpin negeri kembali lalai dan terus membiarkan perkara-perkara yang ditegah Allah Swt contohnya arak, judi , zina dan maksiat lainnya berluasa dalam negeri.
Semoga perkongsian ini memberikan pengajaran dan iktibar kepada kita umat Islam masa kini supaya sentiasa bertawaddu’ kepada kebesaran Illahi dan mematuhi semua perintahNya.
Wallahua’lam
Rujukan
Tafsir Al-Maraghiy -Jilid 5
MBS
Sampaikanlah daripada ku walaupun satu ayat. Maksud Hadis
Assalamu'alaykum,
loh, kembali dengan siri drama perut, kali ni nak sembang pasal aiskrim Mars ni. mungkin korang ada yang dah makan, but it's ok...
Aiskrim ni asal daripada coklat Mars yang biasa korang makan tu, yang sangat-sangat manis tu, dan terasa kepekatannya. Tapi untuk aiskrim ni, ianya lebih "lite", atau kurang rasa manis, dan isi dalamnya lebih lembut, dan tidak terlalu keras macam coklatnya. jadi ianya lebih enak dan sedap dinikmati.
Coklat luarnya masih sedikit keras, tapi masih enak. lembut berbanding coklat Mars yang biasa...
so, kalau korang ada masa, dan jumpa aiskrim ni, bolehlah cuba lagi...
jumpa lagi!
<><><><><><><><><><><>
inspirasi kisah sebalik menghabiskan perjalanan PhD..
Assalamu'alaykum
so, kembali lagi dalam siri review buku. Alhamdulillah, first buku dihabiskan untuk tahun 2021. hehe... cuma post di di-jadualkan lewat sikit. anyway.... kali ni nak bercerita buku karta Zamir Mohyedin lagi, bersama N.H.M, iaitu:
buku ini lebih kepada hasil-hasil kajian berkaitan kerumitan pemikiran manusia, kebanyakan cerita dan kajian yang dilakukan, adalah untuk mengenalpasti bagaimana otak manusia berfungsi, secara rasional dan secara bias, atau bersandarkan kepada beberapa pembolehubah.
Banyak kisah yang dinyatakan, sebenarnya otak manusia ini adalah rasional, jika tidak melibatkan emosi. contohnya pandangan kita pada sesuatu yang tiada kaitan, kita akan lebih cenderung kepada rasional, akan tetapi, bila ianya ada kaitan dengan kita, kita akan cenderung untuk mengikut emosi, dan melakukan sesuatu dengan bias.
Dengan pembolehubah yang berbeza, nampak sebenarnya, jika kita lebih rasional, dan dapat kawal emosi, keputusan yang kita buat akan berlainan sedikit. akan tetapi, dengan adanya elemen "manusia/human", keputusan kita biasanya akan lebih bias.
Buku ini juga berkongsi berkaitan corak pemikiran manusia, bila sesuatu kejadian itu berlaku. Bagaimana seseorang yang baik, boleh bertukar kepada perangai seseorang yang "jahat". contohnya dalam cerita kajian di penjara. ada beberapa orang telah ditawarkan menjadi "pengawal penjara", dan "banduan". corak pemikiran kita akan berubah dengan posisi yang diberikan. Pengawal akan lebih bersifat autokratik, iaitu suka mengawal, walaupun sifat asalnya adalah tidak sebegitu.
banyak lagi kajian, eksperimen yang berkaitan emosi, pemikiran manusia telah dijalankan. selain itu, ada juga perkongsian bagaimana corak pemikiran penjahat (tak nak spoiler), dan kenapa orang masih taat dan ikut kata2 pemerintah walaupun pemerintah itu zalim, atau jahat sekalipun. (tak nak spoiler lagi). dan banyak lagi kisah-kisah menarik sekiranya anda berminat membaca buku ini.
ok, kita pergi kepada apa yang saya suka dan tidak suka pula berkaitan buku ini. Untuk perkara yang disukai, antaranya adalah ayat-ayat yang digunakan adalah sangat mudah, akan tetapi, ada juga perenggan, atau ayat2 yang sedikit sukar nak difahami, dan perlu dibaca berkali-kali. ada juga faktor penat yang menyebabkan ayat2 ini sukar difahami. haha... selain itu, cara ceritanya juga kemas, dan cuba ditulis sebaik mungkin, tidak panjang, dan tidak pendek.
bagi perkara yang tidak disukai, macam ditulis sebelum ini, walaupun ayatnya mudah difahami, ada masa, terdapat ayat dan perenggan yang sedikit sukar difahami, dan perlu diulang-ulang beberapa kali. ada juga istilah tidak dapat "dibawa" ke depan, dan terpaksa kembali baca, apa maksud istilah tersebut.
rasanya itu je kot, review untuk buku ini. so, sekiranya anda berminat, boleh dapatkan di kedai buku berhampiran, atau order secara online di website patriot, atau Iman Publication.
sampai berjumpa lagi!
bubbye~
Assalamu'alaykum,
jadi hari ini, saya akan berkongsi sedikit tazkirah yang diberikan oleh MBS, iaitu berkaitan dengan Al-A'raf. semoga ianya menjadi sedikit manfaat buat penulis asal.
==============================================
Assalamualaikum
Perkongsian Ilmu Dari Al-Quran
SEDIKIT HURAIAN APAKAH ITU AL-A’RAF ?
—————————————-
Firman Allah Taala dalam surah Al-A’raf dari ayat 44 hingga 47 menyebutkan:
وَنَادَىٰ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ أَصْحَابَ النَّارِ أَن قَدْ وَجَدْنَا مَا وَعَدَنَا رَبُّنَا حَقًّا فَهَلْ وَجَدتُّم مَّا وَعَدَ رَبُّكُمْ حَقًّا قَالُوا نَعَمْ فَأَذَّنَ مُؤَذِّنٌ بَيْنَهُمْ أَن لَّعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ
Dan (apabila ahli-ahli Syurga itu berada di tempat masing-masing), berserulah mereka kepada ahli neraka dengan berkata: "Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan kepada kami oleh Tuhan kami, semuanya betul. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?". Mereka menjawab: "Benar ada". Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan: "Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas orang-orang yang zalim".
الَّذِينَ يَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا وَهُم بِالْآخِرَةِ كَافِرُونَ
Iaitu mereka yang menghalang (dirinya sendiri dan juga orang lain) dari menurut jalan Allah, dan mencari helah menjadikan jalan itu bengkok terpesong, sedang mereka pula tidak percayakan hari akhirat.
وَبَيْنَهُمَا حِجَابٌ وَعَلَى الْأَعْرَافِ رِجَالٌ يَعْرِفُونَ كُلًّا بِسِيمَاهُمْ وَنَادَوْا أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَن سَلَامٌ عَلَيْكُمْ لَمْ يَدْخُلُوهَا وَهُمْ يَطْمَعُونَ
Dan di antara keduanya (Syurga dan neraka) ada tembok "Al-A'raf” (yang menjadi) pendinding, dan di atas tembok Al-A’raf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing. Dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): "Salaamun Alaikum" (salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya.
وَإِذَا صُرِفَتْ أَبْصَارُهُمْ تِلْقَاءَ أَصْحَابِ النَّارِ قَالُوا رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim".
Surah Al-A’raf 7:44-47
(Ayat-ayat diatas telah ditadabburkan dalam program
My#QuranTime di TV Al Hijrah)
^^^^^^^^^^^^^^^^^
Berikut adalah sedikit nota mengenai “Al-A’raf” :
1) A’raf adalah jama’ dari perkataan urf . Semua permukaan yang tinggi menurut bangsa Arab di panggil urf. (Istilah urf ini juga digunakan bagi balung ayam jantan kerana ianya terletak pada tempat yang teratas ).
2) Digambarkan oleh ulama’ tafsir bahawa diantara syurga dan neraka itu terdapat pembatas iaitu tembuk yang menghalangi ahli neraka masuk ke syurga.
Didalam surah Al-Hadid 57:13 menceritakan terdapat dinding yang ada pintu - didalamnya ada rahmat dan diluarnya ada siksa. Itulah sebabnya A’raf itu dianggap seperti pagar pembatas antara syurga dan neraka.
Maksud Ayat
(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu". (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)", serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa. Al-Hadid 57:13
3) Penghuni A’raf mengenali semua penghuninya melalui tanda-tanda yang ada pada mereka .Diantaranya disebutkan dalam surah Abasa 80:38-41. Ada diantaranya muka yang gelap (berdebu) dan ada yang mukanya sangat berseri-seri.
Maksud Ayat
Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
Tertawa, lagi bersuka ria;
Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu,
Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita.
Surah Abasa 80:38-41
4) Dikatakan mereka itu adalah dari golongan yang percaya kepada agama Tauhid (Tuhan Yang Esa). Mereka itu dikatakan sama banyak bilangan pahala kebaikannya dan juga dosa keburukannya. Keburukannya menahan dia masuk syurga, manakala kebaikannya menahan mereka masuk keneraka. Oleh itu mereka dihentikan diatas pagar, sehinggalah Allah Swt memutuskan nasib masing-masing. Mereka yang diampunkan Allah akan diterima masuk kesyurga.
5) Penghuni-penghuni A’raf apabila terpandang kepada penduduk neraka , mereka pun berdoa “Wahai Tuhan kami , janganlah Engkau tempatkan kami bersama kaum yang zalim.”
6) Apabila mereka terlihat penghuni syurga mereka mengucapkan “salam” . Mereka belum dapat memasukinya tetapi mereka menaruh harapan yang tinggi ingin masuk syurga dengan kadar segera.
Kesimpulan:
Demikianlah gambaran dari al-Quran mengenai nasib mereka yang menjadi penghuni Al A’raf .
Kita berdoa dipermudahkan oleh Allah Swt supaya kita menjadi Ahlul Jannah .
Teruskanlah beristiqamah menjadi orang mu’min yang bertakwa dan beramal soleh ikhlas kerana Allah Swt.
Wallahua’lam
Rujukan
Tafsir Ringkas Ibnu Katsir -Jilid 3
Tafsir Al-Maraghiy - Jilid 4
MBS
Sampaikanlah Daripadaku Walaupun Satu Ayat - Maksud Hadis
Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...