Assalamu'alaykum
so, kembali lagi dalam siri review buku. Alhamdulillah, first buku dihabiskan untuk tahun 2021. hehe... cuma post di di-jadualkan lewat sikit. anyway.... kali ni nak bercerita buku karta Zamir Mohyedin lagi, bersama N.H.M, iaitu:
The Human Complex
buku ini lebih kepada hasil-hasil kajian berkaitan kerumitan pemikiran manusia, kebanyakan cerita dan kajian yang dilakukan, adalah untuk mengenalpasti bagaimana otak manusia berfungsi, secara rasional dan secara bias, atau bersandarkan kepada beberapa pembolehubah.
Banyak kisah yang dinyatakan, sebenarnya otak manusia ini adalah rasional, jika tidak melibatkan emosi. contohnya pandangan kita pada sesuatu yang tiada kaitan, kita akan lebih cenderung kepada rasional, akan tetapi, bila ianya ada kaitan dengan kita, kita akan cenderung untuk mengikut emosi, dan melakukan sesuatu dengan bias.
Dengan pembolehubah yang berbeza, nampak sebenarnya, jika kita lebih rasional, dan dapat kawal emosi, keputusan yang kita buat akan berlainan sedikit. akan tetapi, dengan adanya elemen "manusia/human", keputusan kita biasanya akan lebih bias.
Buku ini juga berkongsi berkaitan corak pemikiran manusia, bila sesuatu kejadian itu berlaku. Bagaimana seseorang yang baik, boleh bertukar kepada perangai seseorang yang "jahat". contohnya dalam cerita kajian di penjara. ada beberapa orang telah ditawarkan menjadi "pengawal penjara", dan "banduan". corak pemikiran kita akan berubah dengan posisi yang diberikan. Pengawal akan lebih bersifat autokratik, iaitu suka mengawal, walaupun sifat asalnya adalah tidak sebegitu.
banyak lagi kajian, eksperimen yang berkaitan emosi, pemikiran manusia telah dijalankan. selain itu, ada juga perkongsian bagaimana corak pemikiran penjahat (tak nak spoiler), dan kenapa orang masih taat dan ikut kata2 pemerintah walaupun pemerintah itu zalim, atau jahat sekalipun. (tak nak spoiler lagi). dan banyak lagi kisah-kisah menarik sekiranya anda berminat membaca buku ini.
ok, kita pergi kepada apa yang saya suka dan tidak suka pula berkaitan buku ini. Untuk perkara yang disukai, antaranya adalah ayat-ayat yang digunakan adalah sangat mudah, akan tetapi, ada juga perenggan, atau ayat2 yang sedikit sukar nak difahami, dan perlu dibaca berkali-kali. ada juga faktor penat yang menyebabkan ayat2 ini sukar difahami. haha... selain itu, cara ceritanya juga kemas, dan cuba ditulis sebaik mungkin, tidak panjang, dan tidak pendek.
bagi perkara yang tidak disukai, macam ditulis sebelum ini, walaupun ayatnya mudah difahami, ada masa, terdapat ayat dan perenggan yang sedikit sukar difahami, dan perlu diulang-ulang beberapa kali. ada juga istilah tidak dapat "dibawa" ke depan, dan terpaksa kembali baca, apa maksud istilah tersebut.
rasanya itu je kot, review untuk buku ini. so, sekiranya anda berminat, boleh dapatkan di kedai buku berhampiran, atau order secara online di website patriot, atau Iman Publication.
sampai berjumpa lagi!
bubbye~
No comments:
Post a Comment