"kita merancang, ALLAH jua merancang, dan perancangan ALLAH adalah yang terbaik..."
*p/s: banyak post entry yang saya jadualkan, jadi banyak isu yang kelihatan "terlewat" dari asalnya
Friday, January 29, 2021
Puisi Ketot: Ayah Mak
Monday, January 25, 2021
Tazkirah Ringkas: Bertaubatlah selepas lakukan dosa
Assalamu'alaykum,
so, hari ini, saya ingin berkongsi berkenaan satu lagi tazkirah yang baik daripada MBS. iaitu berkenaan peringatan untuk segera bertaubat...
========================================
Assalamualaikum Wr Wb
Perkongsian Ilmu Dari Al-Quran
BERSEGERALAH MEMINTA AMPUN KEPADA ALLAH SETELAH MENZALIMI DIRI SENDIRI
—————————————
Firman Allah Taala dalam surah Al-A’raf dari ayat 19-23
وَيَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ فَكُلَا مِنْ حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ
"Dan wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim".
فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِن سَوْآتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَٰذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَن تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ
Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)".
وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ
Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua".
فَدَلَّاهُمَا بِغُرُورٍ فَلَمَّا ذَاقَا الشَّجَرَةَ بَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِن وَرَقِ الْجَنَّةِ وَنَادَاهُمَا رَبُّهُمَا أَلَمْ أَنْهَكُمَا عَن تِلْكُمَا الشَّجَرَةِ وَأَقُل لَّكُمَا إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمَا عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?"
قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi (menganiaya) diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".
(Ayat diatas telah ditadabbur dalam program My#QuranTime
di TV Al Hijrah)
^^^^^^^^^^^^^^^^^
Berikut adalah nota-nota tambahan mengenai usaha Nabi Adam dan Hawa memohon supaya Allah Swt mengampunkan kesilapan mereka berdua:
1) Nabi Adam dan isteri baginda berdoa, “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menganiaya diri kami sendiri (dengan mematuhi syaitan dan melanggar perintah Mu, padahal Engkau telah memperingatkan kami ). Jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmah (membimbing kami kejalan yang benar ), nescaya pasti kami akan termasuk kedalam golongan yang rugi (lantaran tidak memperolehi kejayaan untuk menyucikan dosa kami).”
2) Allah memberikan gambaran penyesalan Adam dan Hawa itu seperti berikut : Bahawa keberhasilan mencapai tujuan dan mengecapi kebahagian tidak akan dapat hanya dengan pengampunan Mu dan rahmat Mu, kecuali bagi orang bertaubat kepada Mu dan mengikut jalan Mu. Juga tidak akan didapati oleh orang yang terus menerus melakukan dosa dan melanggar perintahNya, sebagaimana yang dilakukan oleh orang yang ingkar dan bersikap sombong sehingga mereka tergolong kedalam golongan yang rugi.
3) Allah menceritakan kisah yang sama dalam surah Al Baqarah pada ayat 36-37 seperti berikut:
فَأَزَلَّهُمَا الشَّيْطَانُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَىٰ حِينٍ
Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".
فَتَلَقَّىٰ آدَمُ مِن رَّبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.
Allah telah mengilhamkan beberapa kalimah kepada Nabi Adam untuk diamalkan. Lalu baginda mengamalkannya dan bertaubat kepadaNya sebagaimana yang disebutkan pada ayat Al-A’raf ayat 23 sebelum ini.
Lalu Allah Swt menerima taubat mereka berdua.
4) “Taubat” bererti kembali iaitu apabila seseorang hamba disifatkan dengan sifat taubat bererti dia telah ada rasa penyesalan dan berazam kembali kepada ketaatan , dengan meninggalkan maksiat .
5) Allah Swt diatas segala sifat PemurahNya telah menerima taubat Nabi Adam berdua dan dilimpahkan kembali segala kurniaan serta rahmat kepada hamba-hambaNya itu.
Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun (Penerima taubat) , lagi Maha Mengasihani.
Kesimpulannya:
Setiap Bani Adam hendaklah berwaspada terhadap tipu daya para syaitan kerana mereka dengan sombong dan takabbur telah berjanji dihadapan Allah untuk terus menggoda keturunan Bani Adam hingga kehari kiamat.
Sebagai hamba-hamba Allah yang lemah adalah diwajibkan bersegera meminta ampun kepada Allah seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Nabi Adam dan isteri baginda.
Sesungguhnya janganlah kita orang-orang yang beriman memiliki sifat-sifat buruk syaitan yang ingkar dan bongkak .
Ingatlah Rasulullah Saw sendiri telah memerintahkan kita memperbanyakkan istighfar dan sentiasa bertaubat kepada Allah siang dan malam sebagai penyucian diri kita kepadaNya. Ambillah i’tibar dari kisah Nabi Yunus A.s ketika baginda berdoa semasa menerima ujian dari Tuhannya
أَن لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
.....”Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi (menganiaya) diri sendiri".
Al-Anbiya’ 21:87
Wallahua’lam
Rujukan
Tafsir Al-Maraghiy -Jilid 1 & 4
MBS
Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat . Maksud Hadis
Friday, January 22, 2021
Tazkirah Ringkas: Amal Soleh dan Darjat Manusia
Perkongsian Ilmu Dari Al Quran
DERAJAT MANUSIA ADALAH BERDASARKAN AMAL SOLEH YANG DILAKUKAN
—————————————-
Firman Allah Taala
وَلِكُلٍّ دَرَجَاتٌ مِّمَّا عَمِلُوا وَمَا رَبُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ
Dan bagi tiap-tiap seorang (dari manusia atau jin), beberapa darjat (tingkatan balasan) disebabkan (amal baik atau jahat) yang mereka telah kerjakan; dan (ingatlah) Tuhanmu tiadalah lalai dari apa yang mereka lakukan.
وَرَبُّكَ الْغَنِيُّ ذُو الرَّحْمَةِ إِن يَشَأْ يُذْهِبْكُمْ وَيَسْتَخْلِفْ مِن بَعْدِكُم مَّا يَشَاءُ كَمَا أَنشَأَكُم مِّن ذُرِّيَّةِ قَوْمٍ آخَرِينَ
Dan Tuhanmu Maha Kaya, lagi Melimpah-limpah rahmatNya. Jika Ia kehendaki, nescaya Ia binasakan kamu dan menggantikan sesudah (binasanya) kamu dengan sesiapa yang dikehendakiNya, sebagaimana Ia telah menjadikan kamu dari keturunan kaum yang lain.
إِنَّ مَا تُوعَدُونَ لَآتٍ وَمَا أَنتُم بِمُعْجِزِينَ
Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu (hari kiamat dan balasannya) tetap akan datang, dan kamu tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan itu).
Surah Al-An’am 6:132-134
(Ayat-ayat diatas telah ditadabbur dalam My#QuranTime di TV Al Hijrah - Baca , Faham dan Amal)
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Berikut adalah beberapa nota tambahan :
1) Setiap manusia yang mengerjakan amalan (ketaatan atau kemaksiatan) kepada Allah Swt akan memperolehi martabat atau kedudukan yang tertentu, hasil daripada amalan yang mereka lakukan itu akan diterima ganjarannya daripada Allah Swt.
Amalan baik menerima ganjaran yang yang baik , manakala amalan yang buruk menerima balasan yang buruk dari Allah Swt.
2) Tuhanmu tidak sekali-kali lalai dengan apa yang mereka kerjakan. Ini kerana setiap perbuatan yang mereka lakukan sudah pasti diketahui oleh Allah Swt dan Dia hitung setiap perbuatan mereka dengan memberikan balasan yang sewajarnya kepada mereka.
3) Ayat ini mengandungi petunjuk, sesungguhnya punca kebahagiaan dan kesengsaraan adalah berdasarkan kepada amal perbuatan dan pilihan manusia itu sendiri . Sekiranya Allah Swt menghendaki , maka boleh saja manusia itu ikuti ajaran dan petunjuk Nabi Saw dan para solihin sehingga tergolong kedalam golongan orang yang taat , lalu dia mengerjakan amal yang terbaik dalam hidupnya. Allah Swt pula memberikan pahala yang terbaik kepadanya.
4) Kalau Allah Swt menghendaki , seseorang itu mampu terhindar dari jalan agamaNya dengan melakukan jalan kesesatan. Akhirnya dia tegolong kedalam golongan yang sengsara hidupnya didalam neraka bersama mereka yang sesat dan para tentera iblis.
5) Allah Swt Tuhanmu Yang Maha Kaya dan Maha Sempurna, Dia yang mempunyai rahmat yang menyeluruh dan melengkapi segala sesuatu. Ini kerana segala sesuatu selain daripada Allah amat bergantung kepadaNya berdasarkan fitrah kejadian manusia itu sendiri . Ingatlah bahawa setinggi mana pun kekuasaan dan kekayaan seseorang itu , dia masih bergantung kepada bantuan orang lain untuk meneruskan hidup sehariannya termasuklah para pemimpin atau pemerintah tertinggi sesebuah negara , yang amat terbatas kemampuan lahiriah mereka.
Mereka juga sangat bergantung kepada penciptaNya untuk terus bernafas dan hidup seharian , sepertimana yang disebutkan dalam firmanNya
يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ
(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
Surah Fatir 35:15
6) Meskipun Allah Swt menyempurnakan hajat dan keinginan para hambaNya, namun Dia juga telah memberikan amaran bahawa sesiapa yang menentang perintanNya (setelah menerima seruan atau petunjuk dari RasulNya) maka Allah Swt akan menurunkan balasan azab sebagaimana diturunkan kepada umat terdahulu yang ingkar, takabbur dan menentang ajaranNya.
7) Sesungguhnya janji-janji Allah Swt mengenai balasan syurga dan neraka itu adalah benar dan manusia tidak boleh lari daripadanya.
Manusia , setinggi mana sekalipn ilmunya tidak dapat menolak hakikat kekuasaan Allah Swt seperti yang dinyatakan dalam firmanNya yang berikut
سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ
Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?
Surah Fussilat 41:53
8) Kesimpulannya
i) Ketahuilah derajat manusia disisi Allah Swt adalah diukur berdasarkan nilai ketakwaan seseorang kepada Allah Swt. Dia tidak melihat pada asal keturunan dan warna kulit seseorang . Perkara ini sudah biasa disebutkan dalam masyarakat kita melalui firmanNya
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Surah Al Hujurat 49:13
ii) Amalan seseorang hamba Allah itu dinilai olehNya berdasarkan niatnya yang ikhlas dalam perlakuan sehariannya . FirmanNya
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar.
Surah Al-Bayyinah 98:5
iii) Allah Swt adalah Maha Adil dalam membalas amal perbuatan yang dilakukan oleh para hambaNya didunia ini bersesuaian dengan janjiNya yang berikut ini
فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Surah Al Zalzalah 99:7-8
Semoga perkongsian yang amat sederhana diatas dapat dijadikan renungan dan muhasabah diri kita bersama diakhir tahun 2020 ini.
Didoakan tahun hadapan penuh kesejahteraan buat diri kita , keluarga dan negara seluruhnya.
Wallahua’lam
Rujukan
Tafsir Sheikh Mustaffa Al-Maraghiy - Jilid 4
MBS
Thursday, January 14, 2021
2021: antara pengharapan dan cabaran
Assalamu'alaykum, dan Selamat Kembali...
tahun 2021 telahpun menjadi "kenyataan", dan beberapa pengharapan agar ianya jauh lebih baik dari 2020, mungkin ada yang masih menjadi "harapan", dan masih tergantung tidak menjadi realiti...
apapun terjadi, hidup perlu diteruskan, cabaran dan cabaran yang mendatang, kita cuba jadikan ianya sebagai perkara yang menjadikan kita lebih tabah dan sabar. mungkin kita telah terjatuh, dan terjatuh, tapi marilah sama-sama kita bangkit dan bangkit lagi...
‘patah sayap bertongkat paruh,
patah paruh bertongkat siku,
patah siku bertongkat dagu,
patah dagu bertongkat kuku’.
Pepatah lama menyebut... jika jatuh, cuba bangun, jatuh lagi, maka bangkit lagi... insyaAllah ada hikmah dalam semua yang terjadi. Ye, sangat mudah bila berkata-kata, berbanding yang merasakan peritnya jatuh, tapi percayalah, setiap orang, mempunyai ujian yang berbeza, dan tidak akan sama. atau sama, tapi situasi dan hatinya berbeza. jadi, marilah sama-sama menguatkan ketabahan dan kesabaran kita...
Dan jangan lupa, untuk terus berharap, usaha dan berdoa, agar apa yang kita impikan, akan berjaya, jika tidak banyak, sedikit, jika tidak sedikit, sedikit daripada sedikit pun baik. Jika tidak mampu bersendirian, cubalah mencari rakan yang mampu membantu, terutama keluarga. tidak banyak sedikit pasti melegakan hati yang gundah.
Jangan kurangkan bebanan,
tapi tingkatkan ketabahan dan kesabaran,
aku janji akan aku akalkan (Altimet - Sabarlah)
Jadi jangan putus harapan, teruslah berharap, teruslah berdoa, dan terus berusaha apa termampu kita... jika tidak mampu sendirian, carilah sahabat untuk bersama... semoga kita semua tidak mati harapan, dan terus berjaya menghadapi cabaran yang mendatang ini...
regards!
Thursday, December 31, 2020
Review Buku: The Physicists Odyseyy Kisah-kisah 25 Sarjana Fizik
Assalamu'alaykum
So, kali ini, saya akan berkongsi satu lagi review buku, akhir berjaya dihabiskan dalam tahun 2020 yang mencabar ini.
Kali ini, bukunya adalah
The Physicists Odyseyy: Kisah-kisah 25 Sarjana Fizik
Kemudiannya, penulis menceritakan pula mentor utama bagi setiap sarjana, selain konflik dengan mentor, dan lain-lain sarjana dalam zamannya, atau zaman terdahulu. Penulis juga menceritakan bagaimana sebahagian sarjana ini melihat sesuatu isu atau teori itu, yang bercanggah dengan pemikiran mereka, dan seterusnya mereka cuba mencari penyelesaian kepada isu persekitaran mereka dengan menggunakan ilmu atau prinsip daripada bidang fizik.
akhirnya, penulis juga menerangkan apa teori, atau prinsip, atau pertemuan utama setiap sarjana ini, hingga diberikan hadiah nobel, yang mengiktiraf kepakaran mereka. Dan ada juga cuba menolak hadiah nobel ini kerana tidak selari dengan prinsip hidup mereka.
jumpa lagi,
2020 - What a year, and toward 2021
Assalamu'alaykum and good day...
so, tahun 2020 dah di penghujungnya, terdapat banyak perkara berlaku tahun 2020 ni, terutama paling besar, adalah penularan COVID-19, satu pandemik yang sampai ke seluruh dunia. Banyak perkara yang kita tak dapat buat, banyak matlamat tak dapat dicapai, banyak usaha yang masuk ke longkang...
Jadinya, banyak matlamat yang dirancang di awal tahun, mungkin tidak dicapai, atau mungkin dicapai dengan lebih daripada target biasa. Ianya bergantung kepada keadaan kita masing-masing.
apapun yang terjadi, saya harap kita sama-sama terus positif, dan tidak hanya merungut, cuba cari jalan penyelesaian bagi masalah dan isu yang kita hadapi, semoga tahun 2021, akan lebih banyak sinar dan cahaya untuk hidup kita.
sebenarnya ada benda yang kita dapat capai, dan mungkin lebih banyak tak tercapai, tapi jangan hanya melihat satu sudut. semoga kita sama-sama dapat lihat satu perspektif yang lain, agar memudahkan urusan kita di masa akan datang...
Selamat tinggal 2020, dan selamat datang 2021. Tarikh hanya sekadar tarikh, tahun hanya sekadar tahun, jika kita sendiri tidak memanfaatkannya. kitalah pelakon utama dalam cerita hidup kita!
Good Luck!!!
Wednesday, December 30, 2020
Tazkirah Ringkas: Jangan jadikan agama Permainan dan Hiburan
Perkongsian Ilmu Dari Al Quran
JAUHKAN DIRI DARIPADA ORANG YANG MENJADIKAN AGAMA SEBAGAI PERMAINAN DAN HIBURAN
————————————-
Firman Allah Taala
وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَذَكِّرْ بِهِ أَن تُبْسَلَ نَفْسٌ بِمَا كَسَبَتْ لَيْسَ لَهَا مِن دُونِ اللَّهِ وَلِيٌّ وَلَا شَفِيعٌ وَإِن تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لَّا يُؤْخَذْ مِنْهَا أُولَٰئِكَ الَّذِينَ أُبْسِلُوا بِمَا كَسَبُوا لَهُمْ شَرَابٌ مِّنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْفُرُونَ
An An’am 6:70 yang bermaksud
Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).
(Ayat diatas telah ditadabburkan dalam program My#QuranTime di
TV Al Hijrah)
^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Berikut adalah beberapa nota tambahan :
1) Allah Swt memerintahkan orang mu’min supaya menjauhi mereka yang menjadikan agama sebagai permainan dan senda gurau.
Mereka itu berkeadaan demikian kerana telah tertipu oleh kehidupan dunia yang fana’ , sehingga mereka melebihkannya keatas kehidupan di akhirat yang kekal abadi selamanya.
2) Mereka terlalu sibuk dengan kesenangan yang tidak kekal yang bercampur baur dengan perkara yang batil yang menyebabkan mereka meninggalkan kebenaran yang datang kepada mereka, sekalipun kebenaran itu dikuatkan dengan hujjah yang kukuh. Namun mereka memilih untuk memperolokkannya daripada cuba merenungi dan memahaminya. Mereka mementingkan kesenangan hidup semata-mata tanpa mengikuti cara hidup yang diizinkan agama Allah Swt.
3) Sikap mereka yang memandang ringan hal-hal agama ini diperjelaskan oleh firmanNya yang berikut ini
ذَرْهُمْ يَأْكُلُوا وَيَتَمَتَّعُوا وَيُلْهِهِمُ الْأَمَلُ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ
Al Hijr 15:3 yang bermaksud
Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf); kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka).
4) Mereka yang lalai dengan keduniaannya ini melakukan hal-hal yang disukai mengikut godaan hawa nafsu, tidak mendidik akhlak bahkan apa jua yang dilakukan tidak termasuk perbuatan yang diredhai Allah Swt. Mereka ini tidak mematuhi batasan halal dan haram dalam mencari kemewahan hidup didunia ini.
5) Mereka juga tidak mempersiapkan diri untuk bertemu Allah Swt dinegeri yang kekal abadi, bahkan mereka membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berguna dan sia-sia. Inilah yang disebut permainan.
Mereka juga lalai untuk membuat persiapan ke alam akhirat. Inilah yang disebutkan kehidupan yang dipenuhi senda gurau.
6) Orang mu’min berpalinglah daripada mereka ini , jangan dihiraukan mereka yang memperolok-olok agama atau jangan ambil berat sama sekali hal mereka yang tidak berminat memperbaiki diri mereka.
7) Barang siapa dari golongan ini yang berhajat memperbaiki diri mereka , berilah peringatan dengan ayat-ayat Allah supaya mereka dapat menghindarkan diri mereka perbuatan dosa yang mana akibatnya mengundang azab Allah Swt di akhirat nanti.
Hal ini bersesuaian dengan firmanNya
كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ
إِلَّا أَصْحَابَ الْيَمِينِ
Al Muddathtsir 74:38-39 yang bermaksud
Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,
Kecuali puak Kanan.
Puak Kanan adalah mereka yang mendapat keredhaan Allah Swt.
8) Allah Swt memberitahu mereka yang lalai ini tidak ada seorang pun yang boleh menjadi penolong, pelindung dan pemberi syafaat disisi Allah Swt melainkan Dia , sebagaimana firmanNya
وَأَنذِرْهُمْ يَوْمَ الْآزِفَةِ إِذِ الْقُلُوبُ لَدَى الْحَنَاجِرِ كَاظِمِينَ مَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ حَمِيمٍ وَلَا شَفِيعٍ يُطَاعُ
Al Mu’min 40:18 yang bermaksud
Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada mereka tentang (hari kiamat) yang dekat (masa datangnya), iaitu ketika hati seseorang merasa resah gelisah, kerana cemas takut, sambil masing-masing menahan perasaannya itu. (Pada saat itu) orang-orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabatpun yang boleh membelanya, dan tidak akan mendapat pemberi syafaat yang diterima pertolongannya.
9) Dan jika sekalipun dia ingin menebus dirinya di akhirat dengan segala jenis tebusan, nescaya tebusan itu tidak akan diterima daripadanya.
Ini adalah kerana semasa hidupnya didunia dia telah melupakan perintah syariat Allah Swt dan suruhan RasulNya.
10) Mereka itulah yang dijerumuskan (kedalam azab neraka) lantaran diri mereka yang bergelumang dengan pelbagai dosa kerana tidak menghiraukan amaran Allah Swt
Kesimpulannya :
Orang mu’min mesti menjauhkan diri dengan mereka yang menjadikan ajaran agama ini sebagai bahan permainan dan senda gurau yang membuatkan mereka itu terpedaya dengan kemewahan dan kesenangan hidup dunia yang melalaikan ini.
Waspadalah barangsiapa yang mempermainkan agama Allah ini sesungguhnya azabNya yang pedih menantinya di akhirat nanti.
Wallahua’lam
Rujukan
Tafsir Sheikh Mustaffa Al Maraghiy - Jilid 4
MBS
Aku, dulu
Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...
-
Assalamu'alaykum, Masih lagi nak bercerita post tentang review buku. Kali ini, satu buku karya orang yang tidak dikenali mukanya, t...
-
Assalamualaikum, did you notice what has become to my blog? ooo...man... so, anyone can help me out? macamana nak letak balik all the li...
-
Bahagian 1: Check Point pertama Tugasan Pertama “Alhamdulillah, sedapnya sarapan pagi ini” selepas menghabiskan sarapan pagi hari itu, saya ...

