Monday, January 25, 2021

Tazkirah Ringkas: Bertaubatlah selepas lakukan dosa

 Assalamu'alaykum,

so, hari ini, saya ingin berkongsi berkenaan satu lagi tazkirah yang baik daripada MBS. iaitu berkenaan peringatan untuk segera bertaubat...


========================================

Assalamualaikum Wr Wb


Perkongsian Ilmu Dari Al-Quran


BERSEGERALAH  MEMINTA AMPUN KEPADA ALLAH SETELAH MENZALIMI DIRI SENDIRI

—————————————

Firman Allah Taala dalam surah Al-A’raf dari ayat 19-23 


وَيَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ فَكُلَا مِنْ حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ


"Dan wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim".


فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِن سَوْآتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَٰذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَن تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ


Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)".


وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ


Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua".


فَدَلَّاهُمَا بِغُرُورٍ فَلَمَّا ذَاقَا الشَّجَرَةَ بَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِن وَرَقِ الْجَنَّةِ وَنَادَاهُمَا رَبُّهُمَا أَلَمْ أَنْهَكُمَا عَن تِلْكُمَا الشَّجَرَةِ وَأَقُل لَّكُمَا إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمَا عَدُوٌّ مُّبِينٌ


Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?"


قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ


Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi (menganiaya) diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".


(Ayat diatas telah ditadabbur dalam program My#QuranTime

di TV Al Hijrah)


       ^^^^^^^^^^^^^^^^^


Berikut adalah nota-nota  tambahan mengenai usaha Nabi Adam dan Hawa memohon  supaya Allah Swt mengampunkan kesilapan mereka berdua:


1) Nabi Adam dan isteri baginda berdoa, “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menganiaya diri kami sendiri (dengan mematuhi syaitan dan melanggar perintah Mu, padahal Engkau telah memperingatkan kami ). Jika Engkau tidak mengampunkan  kami dan memberi rahmah (membimbing kami kejalan yang benar ), nescaya pasti kami akan termasuk  kedalam golongan yang rugi (lantaran tidak memperolehi kejayaan untuk menyucikan dosa kami).”


2) Allah memberikan gambaran penyesalan Adam dan Hawa itu seperti berikut : Bahawa keberhasilan mencapai tujuan dan mengecapi kebahagian tidak akan dapat hanya dengan pengampunan Mu dan rahmat Mu, kecuali bagi orang bertaubat kepada Mu dan mengikut jalan Mu.  Juga tidak akan didapati oleh orang yang terus menerus melakukan dosa dan melanggar perintahNya, sebagaimana yang dilakukan oleh orang yang ingkar dan bersikap sombong sehingga mereka tergolong kedalam golongan yang rugi.


3) Allah menceritakan kisah yang sama dalam surah Al Baqarah pada ayat 36-37 seperti berikut:


فَأَزَلَّهُمَا الشَّيْطَانُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَىٰ حِينٍ


Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".


فَتَلَقَّىٰ آدَمُ مِن رَّبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ


Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.


Allah telah mengilhamkan beberapa kalimah kepada Nabi Adam untuk diamalkan. Lalu baginda mengamalkannya dan bertaubat kepadaNya sebagaimana yang disebutkan pada ayat Al-A’raf ayat 23 sebelum ini.

Lalu Allah Swt menerima taubat mereka berdua.


4) “Taubat” bererti kembali iaitu apabila seseorang hamba disifatkan dengan sifat taubat bererti dia telah  ada rasa penyesalan dan berazam kembali kepada ketaatan , dengan meninggalkan maksiat .


5) Allah Swt diatas  segala sifat PemurahNya telah menerima taubat Nabi Adam berdua dan dilimpahkan kembali segala kurniaan serta rahmat kepada hamba-hambaNya itu.

Sesungguhnya  Dialah yang Maha Pengampun (Penerima taubat) , lagi Maha Mengasihani.


Kesimpulannya:

Setiap Bani Adam hendaklah berwaspada terhadap tipu daya para syaitan kerana mereka dengan sombong dan takabbur  telah berjanji dihadapan Allah untuk terus menggoda keturunan Bani Adam hingga kehari kiamat.

Sebagai hamba-hamba Allah yang lemah adalah diwajibkan bersegera meminta ampun kepada Allah seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Nabi Adam dan isteri baginda.

Sesungguhnya janganlah kita orang-orang yang beriman memiliki sifat-sifat buruk  syaitan yang ingkar dan bongkak .

Ingatlah Rasulullah Saw sendiri telah memerintahkan kita memperbanyakkan istighfar dan sentiasa bertaubat kepada Allah siang dan malam sebagai penyucian diri kita kepadaNya. Ambillah i’tibar dari kisah  Nabi Yunus A.s ketika   baginda berdoa semasa menerima ujian dari Tuhannya


 أَن لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ


.....”Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi (menganiaya)  diri sendiri".

Al-Anbiya’ 21:87


Wallahua’lam


Rujukan

Tafsir Al-Maraghiy -Jilid 1 & 4


MBS


Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat . Maksud Hadis

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...