Friday, September 25, 2020

Norma baharu dalam banyak benda

 Assalamu'alaykum,


dunia dilanda dengan satu musibah, atau ujian yang kali ni maha dasyat. Jika beberapa tahun lepas kita diuji dengan SARS, terutama pada jemaah haji, kali ini, ujiannya lebih besar, dengan penyakit COVID-19. satu penyakit berjangkit. 

Ok, ramai dah tahu apa itu COVID-19, cumanya, kali ini nak bercerita norma baharu, yang jika sebelum ini dipandang "leceh", "hina" oleh sesetengah orang, akan tetapi, ianya dah jadi kewajipan buat masa kini. 

Banyak norma-norma, atau benda-benda baru yang sebelum ini tidak biasa dibuat, kali ini terpaksa dibuat. Kita perlu memakai topeng muka/pelitup muka bila keluar dari rumah/kereta. Jika batuk atau bersin juga, perlu berhati-hati. Tutup dengan kaedah-kaedah tertentu.  

walaupun kita tak berapa gemar, terasa agak terkongkong, terasa seperti tersepit, tapi itulah hakikat yang kita perlu hadapi. agar usaha untuk mencegah penularan COVID-19 dari berterusan dari saling jangkit menjangkiti.


Jadi, kita perlu terus bersabar, dan usaha sebaik mungkin untuk terus melaksanakan norma baru, prosedur yang leceh, agar kita semua terselamat dari jangka masa panjang....


orait, semoga post kali ini ada manfaat kepada anda, jangan putus asa! teruskan usaha... dan teruskan bersabar~~



regards

Friday, September 18, 2020

Review Buku: Dunia Tanpa Tembok

 Assalamu'alaykum

Orait, kembali kepada siri buku, siri membaca untuk kali ini. Kali ini, kita akan melihat sikit-sikit, berkenaan satu buku yang dah agak lama, tapi baru je dapat dibaca. Judul dia, adalah "Dunia Tanpa Tembok". Buku ini adalah karya saudara Ayman Rashdan Wong.


Ok, secara dasarnya, buku ini menceritakan perkara-perkara yang berlaku disebalik sesuatu isu diperingkat global, dan juga serantau. Buku ini menekankan kepada kepentingan untuk menguasai asas kepada "perhubungan antarabangsa" (International Relationship, IR). Terdapat beberapa asas berdasarkan teori-teori berkaitan perhubungan antarabangsa dengan isu-isu yang berlaku di sekeliling kita, diperingkat serantau dan juga diperingkat antarabangsa. Perhubungan antara negara-negara berjiran yang kompleks, dan dinamik. serta dalam perhubungan antarabangsa ini, ianya bukan sekadar hitam-dan-putih, benar-dan-salah semata-mata.

Banyak isu yang dikupas oleh penulis, dan akhirnya dikaitkan dengan teori-teori perhubungan antarabangsa, terutama dalam isu geopolitik dan juga geoekonomi. Isu berkaitan politik antara negara, kenapa sesuatu isu itu nampak seperti tiada kepentingan pada asasnya, akan tetapi jika diselidik beberapa isu berkaitan, baru akan nampak hubung kait antara isu itu dengan kepentingan sesuatu negara. 

Kaedah penyampaian oleh penulis dibuat dalam bentuk kajian kes, daripada satu kes, kepada kes yang lain. Antaranya kes kenapa Trump boleh menang sebagai presiden USA (teori yang dikaitkan), perhubungan antara USA dengan Korea Utara, perhubungan antara Korea Utara dan Korea Selatan, dan kenapa dua negara ini masih tidak mempunyai kesepakatan untuk bersatu menjadi satu negara sahaja. Selain itu, terdapat juga isu perhubungan antara negara Malaysia dengan China, serta isu Malaysia dengan Korea Utara suatu ketika dahulu. Isu dikupas menggunakan teori-teori perhubungan antarabangsa, dan melihat kepada relevan sesuatu isu dengan teori.

Ok, itu secara dasar apa yang buku ini akan sampaikan kepada pembacanya. Dan seterusnya kita bercerita tentang apa yang disukai dan tidak disukai. 

Ok, apa yang disukai, adalah kaedah penyampaiannya yang menggunakan ayat yang mudah, dan tiada jargon-jargon "berat" atau terlalu ilmiah digunakan. Ianya memudahkan pembaca membaca, dan hadam sesuatu topik dalam buku ini. Selain itu, Susunan topik juga dibuat dengan agak baik, dengan susunan perkaitan sesuatu isu, dan bersambungan beberapa topik, sebelum ditukar kepada topik yang lain, atau kisah perhubungan antarabangsa negara yang lain. Selain itu, banyak kisah yang lebih dekat dengan kita di Malaysia, dengan penulis mengaitkan isu yang berkaitan dengan negara tercinta kita, negara Malaysia. 

Apa yang kurang atau tidak digemari, adalah apabila tiada bukti kukuh perkaitan antara teori, dengan apa yang diceritakan. Mungkin dengan ilmu perhubungan antarabangsa penulis, dia lebih faham, dan dapat kaitkan sesuatu isu dengan teori yang ada, akan tetapi, bagi orang yang ingin tahu lebih, ianya agak tergantung. dan pembaca perlu mencari sendiri kebenaran sesuatu kupasan isu dalam topik-topik yang ada. Ini kerana, ianya banyak kaitkan isu dengan teori, yang mungkin betul dan mungkin tidak betul.


Orait, rasanya itu sahaja bedah buku untuk kali ini. Pendek kata, teruskan membaca, dan mencari ilmu yang kita sukai, agar kita sendiri dapat kembangkan ilmu itu kepada orang yang mungkin akan lebih memahami berbanding kita. 


Orait, jumpa lagi dalam post seterusnya!!


Regards

Friday, August 14, 2020

Azam 2020 dan terkaman COVID-19

 Assalamuálaykum,


So, pada post yang lalu, saya ada berkongsi tentang perlunya kita menilai balik azam awal tahun kita, dan dalam cerita kali ini, adalah kisah azam 2020.... dengan penangan terkaman covid-19 yang mengganas...


So, azam ini adalah satu kaedah untuk kita melihat matlamat jangka pendek dan jangka panjang kita, apa yang kita harap kita dapat buat/capai dalam masa setahun, 3 tahun, 5 tahun, malah 10 tahun ke depan. Sebab tu ramai yang menganggap peri pentingnya ada azam, dan matlamat bagi tahun baru...


Saya telah kongsikan sikit, apa azam tahun baru, dekad baru 2020 ini... di sini https://kzhf.blogspot.com/2019/12/menuju-ke-dekad-baru-2020.html

dan dalam post itu, saya telah senaraikan beberapa azam, jangka masa pendek dan jangka masa panjang. dan kali ini. Kemudian, saya juga kongsikan tentang peri penting untuk kita nilai balik, adakah kita berjaya capai apa yang kita bercadang untuk buat, atau ada benda perlu di re-arrange atau diperbaiki berdasarkan situasi semasa. saya juga telah post yang ni di sini: https://kzhf.blogspot.com/2020/07/menilai-kembali-azam-2020-semakan.html


maka, tibalah masa untuk berdepan dengan hakikat sebenar.... Bulan Disember, COVID-19 mula dikesan, dan pada Mac-April 2020, kesemua negara-negara di dunia mula melaksanakan "lockdown", sekatan pergerakan atau lain-lain nama, yang pada asasnya, untuk untuk sama2 jaga diri daripada dijangkiti, dan menyebabkan bebanan kepada pihak hospital. dan sampai ke bulan Jun-Julai-Ogos 2020, perkara ini belum betul2 selesai, dan masih ada kes-kes baru, yang disebabkan banyak perkara....


Secara dasarnya, banyak yang saya nak capai tahun ini, akan tetapi, lockdown menyebabkan perkara-perkara ini terbantut sama sekali. terutama perkara besar seperti seminar, atau beberapa benda lain. dan saya perlu duduk semula dalam masa terdekat ini, untuk buat semakan, dan nilai semula, apa perancangan seterusnya untuk tahun ini, apa yang telah dicapai, apa lagi perlu diperbaiki? dan apa lagi yang boleh di-tambahbaik (adjust) untuk mencapai matlamat keseluruhan bagi azam 2020 ini...


Jadi, adakah anda sama? atau anda berjaya juga capai semua azam2 anda tahun ini? harapnya ada benda yang berjaya dicapai, dan ada benda yang boleh diadjust mengikut kesesuaian semasa...


All the best, dan jumpa lagi!!

Friday, August 07, 2020

Coretan Pindah Rumah

Assalamu'alaykum,

SO, alhamdulillah, akhirnya berjaya pindah rumah buat kali entah ke berapa. haha... Banyak cerita juga pindah rumah ni. Walaupun dah beberapa kali pindah, kali ni terasa lebih penatnya. 


Urusan pindah rumah ni, banyak benda kena arrange. Terutama berkaitan kemas barang, dan kemudian punggah barang... Alhamdulillah, walaupun pindah rumah berdekatan sahaja, tapi dia punya urusan masih panjang juga.

Masa kemas rumah lama, perlu susun dalam kotak yang sepatutnya. sekalikan kotak2 dari sudut atau bilik yang sama. Ini antara kesilapan sayalah. kotak pun tak banyak nak dapat. dan masa agak singkat. Kotak juga perlu dilabel dengan baik. agar mudah nak dicari dalam proses memunggah semula nanti. 

Barang2 besar, kalau boleh ditempat sekali. sebelum lori sampai. bila pindah masuk lori, barang2 berat/besar ni yang perlu dimasukkan dahulu. Contohnya katil, peti sejuk, mesin basuh dll. Almari pun tak lupa. owh, peti sejuk, mesin basuh jangan lupa kosongkan dulu ye. kalau tidak, berterabur barangnya nanti.


bila dah sampai ke rumah baru, maka bermulalah sesi memunggah... bila kotak ada label yang baik, maka mudahlah urusan nak angkut ke dalam bilik atau sudut dalam rumah yang baru nanti. Kalau tidak dilabel dengan baik, payah juga ceritanya. nak cari tak jumpa2 pula nanti. 

lepas tu, nak menyusun pula. disebabkan rumah lama tak banyak almari baju, jadi kena ada perabot baru la pula. kena ada sediakan kos2 sedikit untuk beli almari ni. atau kotak/bekas yang sesuai. 

harapnya, rumah baru membawa semangat dan harapan baru dalam hidup ini. the new journey starting again...


so, itu jela coretan omelan bila pindah rumah. dan masih belum selesai urusan memunggah lagi ni. hehe...

mungkin sebulan dua lagi baru betul2 selesai. 


orait, jumpa lagi lain kali.

regards!!

Friday, July 24, 2020

Review Buku: Hero

Assalamu'alaykum dan berjumpa lagi~

Orait, kali ni, post ini adalah berkaitan dengan siri buku, buku2 yang saya akan review (ikut cara saya sendirilah..), dan buku kali ini adalah karya Hilal Asyraf, iaitu buku bertajuk "Hero". Yes Hero...

dan ironinya, memang ianya bercerita pasal seorang Hero di sebuah kotaraya di Malaysia. dan kisahnya seperti diinspirasikan oleh superhero dari DC Comic, iaitu Batman. ok jom start sinopsisnya dulu ye... sebelum kita review...

Ianya berkisar sekitar seorang watak utama, iaitu Hero, yang dibesarkan secara Islamik oleh kedua ibubapanya. Akan tetapi, disebabkan bapanya sangat sibuk dengan urusan kerja, dan urusan NGO Islam yang diuruskannya, bapanya terlalu sibuk untuk memberikan masa bersama Afam. menyebabkan Afam membenci kehidupan bapanya. dan memilih untuk tidak melaksanakan apa2 suruhan agama.
Pada suatu hari, ibubapanya terbunuh, dan Afam bersedih atas kematian ibunya. Afam kemudiannya tinggal bersama Pak Arbi (pembantu ibubapanya), dan pada suatu hari Pak Arbi memperkenalkan teknologi yang dibangunkan oleh arwah bapanya. Selepas itu, Afam bertekad mencari pembunuh kedua ibubapanya menggunakan teknologi yang ditinggalkan bapanya. 

Dalam "perjalanan" mendapatkan maklumat, dia bertembung dengan satu nama, Syaitan Bertopeng. Dalam masa yang sama, Afam dilanda dilema, kerana menurut wasiat arwah bapanya, sekiranya dia ingin terus mewarisi harta arwah ayahnya, dia perlu bernikah dengan calon yang telah dipilih oleh ibunya, iaitu Husna. 

Dalam "kesibukan" menguruskan syarikat arwah ayahnya, mencari siapa Syaitan Bertopeng, dan "dipaksa" menikah dengan Husna, Afam perlu mencari titik tengah untuk semuanya....

Apakah akan terjadi dalam hidup Afam? 


Ok, itu sinopsis rupanya... haha.. ok, terus pada review. Pada awal cerita ini, pengenalan watak agak panjang. Disebabkan penulis ingin memperkenalkan siapa watak utamanya, Dan perkaitan antara watak dengan jalan cerita. Ketika plotnya kisah utama diperkenalkan, plot twist yang ada, tidaklah terlalu berpusing, tapi cukup sekadarnya. Kemungkinan kerana target pembacanya yang kemungkinan adalah remaja-awal 20an. Tapi plot twist yang ada dalam buku ini, bukan hanya satu, tapi beberapa plot twist yang menarik. yang ada yang boleh dijangka, ada yang tidak boleh dijangka.

pada separuh awalnya, beberapa konflik diperkenalkan, dan pada babak kedua pula, konflik lain, tapi berkaitan dengan konflik yang awal pula disuntik. menjadikan ceritanya lebih pelbagai... Banyak yang boleh dipelajari dari buku ini. terutama isu walaupun kita banyak masalah pada awalnya, akan tetapi ianya bukan bermaksud kita tiada peluang di akhirnya.... dengan keyakinan dan usaha, serta tawakal, kita boleh menjadi manusia yang lebih baik, dan pelbagai sudut hidup kita




orait, rasanya itu sahaja review untuk buku Hero karya Hilal Asyraf ini. semoga anda juga teruja untuk membaca buku ini. 

nantikan review buku yang seterusnya...


regards

Friday, July 17, 2020

Program Geoinformatik - Data LiDAR

Assalamu'alaykum, and greetings~


So, sebelum2 ni, saya ada berkongsi tentang apa itu data LiDAR. banyak dah digunakan dalam bidang GIS, atau Geospatial, serta di luar bidang, dengan diintegrasi dengan bidang2 lain...


ok, LiDAR asalnya, bermaksud "Light Detection and Ranging", ianya kaedah untuk kesan kedudukan menggunakan cahaya. Ok, kiranya macam buat proses pengukuran menggunakan cahaya laser. Cahaya/laser akan dipancarkan dari alat, dan kemudian, jarak pantulan tu akan boleh diukur menggunakan alat LiDAR ni. ok, mungkin agak susah nak faham, kena ada gambar la kot...

Ni contoh, cahaya/laser akan dipancarkan daripada kapal terbang, dan bentuk muka bumi, samada bukit ke, lurah ke, lembah ke, akan dapat didetect, dan pengukuran dapat dibuat.



hasilnya? hasil daripada data LiDAR ni, akan dapat bentuk data yang ada x,y,z, maksudnya data tu berbentuk 2.5 Dimensi (2.5D). Ok, bawah ni contoh data yang lepas dikumpulkan. nampak bentuk muka bumi tu, kan. maksudnya kita boleh dapatkan bentuk muka bumi dalam bentuk 2.5D.


LiDAR ni bukan untuk buat pengukuran semata-mata, tapi boleh ditambahbaik bila kita integrasi dengan teknologi atau bidang berlainan. seperti bila guna untuk kereta, boleh buat pemanduan sendiri. Tesla pernah cuba guna LiDAR, tapi teknologi ni masih lagi baru, dan kurang sesuai, jadi Tesla bertukar kepada teknologi gabungan gambar pula. ok, itu cerita lain.

LiDAR ni pun boleh buat pemetaan untuk dalam bilik juga. dalam bangunan. boleh dapat bentuk rupabumi dalam bilik/bangunan. jadi memudahkan kerja. Kita pasang alat, tahu kedudukan alat, kita scan bentuk yang kita nak, dan buat pemprosesan, dan dapat model 3D kita.


ok tu rasanya sedikit jela sneak peak berkenaan apa itu data LiDAR. mungkin lepas ni, saya akan bercerita jenis2 cara nak kumpul data LiDAR ni, dan bagaimana mereka boleh gabungkan pula data-data dari pelbagai sumber.


sehingga berjumpa lagi..

regards

Friday, July 10, 2020

Online TnL: Google Classroom

Assalamu'alaykum,

So, di Malaysia, ketika ini, PKP telah dijadikan PKPB, dan beberapa sektor ekonomi telah dibuka. akan tetapi, sektor pendidikan adalah sektor terakhir yang akan dibuka rasanya, 

antaramuka Google Classroom

Jadi, masih nak berkongsi lagi, salah satu platform yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran atas talian, iaitu dengan menggunakan Google Classroom. ok. mungkin perbincangan akan dipecahkan kepada 2 bahagian kot, satu untuk pelajar, dan satu lagi bahagian tenaga pengajar. 

Google Classroom boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Gmail. kalau takde, mungkin agak payah sikit la. terutamanya bahagian tenaga pengajar. Apa kelebihan Google Classroom? ok, antaranya adalah ada security juga, untuk kita daftar sesuatu Classroom/kelas, kita perlu ada key atau kata kunci dia. Tenaga pengajar je boleh berikan kata kunci kep
ada pihak yang berkenaan. selain itu, pelbagai material boleh diupload ke dalam Google Classroom ini, selain kita boleh berikan tugasan (assignment), membuat kuiz secara atas talian, even test pun boleh. cuma bentuk soalannya, mungkin agak pening la nak design.


Oleh, dari sudut pelajar, ianya akan memudahkan pelajar untuk ikut pengajaran secara berterusan. Kita boleh lihat bahan-bahan yang tenaga pengajar/cikgu berikan. Boleh juga lihat video, atau lain2 lagi. Malah, kita juga boleh berkongsi slide power point kepada pelajar. 


Dari aspek tenaga pengajar pula, kita boleh set pelbagai benda. antaranya, kita boleh terus letakkan tugasan, bersama markah yang diperuntukkan, jadi apabila pelajar selesai je isi tugasan, kita boleh terus semak, dan berikan markah kepada pelajar. Jadi memudahkan. dan hasilnya boleh terus dilihat. 


sekiranya anda mempunyai kelas, atau anda adalah cikgu/pensyarah/tenaga pengajar yang memerlukan capaian bahan pengajaran yang lebih mudah, bolehlah gunakan Google Classroom. cumanya, saya tidak terangkan la secara detail bagaimana nak masukkan satu-satu bahan. tapi ianya mudah untuk dicapai, dan mudah diuruskan.


itu sahaja, jumpa lagi!

regards

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...