Friday, September 18, 2020

Review Buku: Dunia Tanpa Tembok

 Assalamu'alaykum

Orait, kembali kepada siri buku, siri membaca untuk kali ini. Kali ini, kita akan melihat sikit-sikit, berkenaan satu buku yang dah agak lama, tapi baru je dapat dibaca. Judul dia, adalah "Dunia Tanpa Tembok". Buku ini adalah karya saudara Ayman Rashdan Wong.


Ok, secara dasarnya, buku ini menceritakan perkara-perkara yang berlaku disebalik sesuatu isu diperingkat global, dan juga serantau. Buku ini menekankan kepada kepentingan untuk menguasai asas kepada "perhubungan antarabangsa" (International Relationship, IR). Terdapat beberapa asas berdasarkan teori-teori berkaitan perhubungan antarabangsa dengan isu-isu yang berlaku di sekeliling kita, diperingkat serantau dan juga diperingkat antarabangsa. Perhubungan antara negara-negara berjiran yang kompleks, dan dinamik. serta dalam perhubungan antarabangsa ini, ianya bukan sekadar hitam-dan-putih, benar-dan-salah semata-mata.

Banyak isu yang dikupas oleh penulis, dan akhirnya dikaitkan dengan teori-teori perhubungan antarabangsa, terutama dalam isu geopolitik dan juga geoekonomi. Isu berkaitan politik antara negara, kenapa sesuatu isu itu nampak seperti tiada kepentingan pada asasnya, akan tetapi jika diselidik beberapa isu berkaitan, baru akan nampak hubung kait antara isu itu dengan kepentingan sesuatu negara. 

Kaedah penyampaian oleh penulis dibuat dalam bentuk kajian kes, daripada satu kes, kepada kes yang lain. Antaranya kes kenapa Trump boleh menang sebagai presiden USA (teori yang dikaitkan), perhubungan antara USA dengan Korea Utara, perhubungan antara Korea Utara dan Korea Selatan, dan kenapa dua negara ini masih tidak mempunyai kesepakatan untuk bersatu menjadi satu negara sahaja. Selain itu, terdapat juga isu perhubungan antara negara Malaysia dengan China, serta isu Malaysia dengan Korea Utara suatu ketika dahulu. Isu dikupas menggunakan teori-teori perhubungan antarabangsa, dan melihat kepada relevan sesuatu isu dengan teori.

Ok, itu secara dasar apa yang buku ini akan sampaikan kepada pembacanya. Dan seterusnya kita bercerita tentang apa yang disukai dan tidak disukai. 

Ok, apa yang disukai, adalah kaedah penyampaiannya yang menggunakan ayat yang mudah, dan tiada jargon-jargon "berat" atau terlalu ilmiah digunakan. Ianya memudahkan pembaca membaca, dan hadam sesuatu topik dalam buku ini. Selain itu, Susunan topik juga dibuat dengan agak baik, dengan susunan perkaitan sesuatu isu, dan bersambungan beberapa topik, sebelum ditukar kepada topik yang lain, atau kisah perhubungan antarabangsa negara yang lain. Selain itu, banyak kisah yang lebih dekat dengan kita di Malaysia, dengan penulis mengaitkan isu yang berkaitan dengan negara tercinta kita, negara Malaysia. 

Apa yang kurang atau tidak digemari, adalah apabila tiada bukti kukuh perkaitan antara teori, dengan apa yang diceritakan. Mungkin dengan ilmu perhubungan antarabangsa penulis, dia lebih faham, dan dapat kaitkan sesuatu isu dengan teori yang ada, akan tetapi, bagi orang yang ingin tahu lebih, ianya agak tergantung. dan pembaca perlu mencari sendiri kebenaran sesuatu kupasan isu dalam topik-topik yang ada. Ini kerana, ianya banyak kaitkan isu dengan teori, yang mungkin betul dan mungkin tidak betul.


Orait, rasanya itu sahaja bedah buku untuk kali ini. Pendek kata, teruskan membaca, dan mencari ilmu yang kita sukai, agar kita sendiri dapat kembangkan ilmu itu kepada orang yang mungkin akan lebih memahami berbanding kita. 


Orait, jumpa lagi dalam post seterusnya!!


Regards

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...