Friday, November 13, 2020

Program Geoinformatik: Komponen penting dalam GIS

 Assalamu'alaykum,


Kali ni kita sambung lagi perbincangan berkenaan Sains Maklumat Geografi (GIS) ini ye. Jika sebelum ini, kita ada melihat kepada banyak perkara lain, seperti data apa yang dikumpulkan, jenis-jenis data yang digunakan dalam GIS ini, dan perbezaan antara Geoinformatik dengan Geomatik. 

Kali ini, saya cuma ingin berkongsi secara dasar, apa komponen penting dalam GIS ini. Jika sebelum ini, jika disajikan dengan definisi atau penerangan berkenaan GIS, kali ini, untuk memastikan GIS itu dapat dilaksanakan dengan lancar, dan terus berguna, ada komponen penting yang perlu diambil kira setiap kali ingin membangunkan GIS bagi aplikasi tertentu.

Komponen GIS ini, asasnya ada 4. iaitu: Data itu sendiri, Perkakasan dan Perisian, Orang yang mengendalikannya, dan prosedur dan kaedah-kaedah dalam GIS. 

Data: bila cerita pasal data, pastinya nak bercerita tentang apa data yang ada dalam GIS ni kan? secara dasarnya, maklumat yang berkaitan kedudukan, lokasi, tempat, adalah data penting dalam GIS. dinamakan sebagai data spatial, atau data geospatial. Dan kemudiannya, ada juga data berkaitan tempat/lokasi/kedudukan tersebut. ianya dipanggil atribut (attribute). gabungan kedua-dua data ini, menjadikan GIS lebih "berkuasa (powerful)", dengan membolehkan kita tahu di mana tempatnya, dan apa tempat itu sebenarnya. *Contoh: kita tahu dekat simpang depan tu, ada gerai (lokasi), dan gerai itu namanya Gerai Makan Mak Limah, jual nasi lemak (atribut). 

Perkakasan dan Perisian: ok, ini komponen yang juga penting. Perkakasan ni, adalah apa2 gajet yang boleh kita pegang, yang boleh handle perisian (software/apps) GIS. Perkakasan ni termasuklah pelayan (server), laptop, komputer, smartphone, jam pintar, dan apa2 gajet yang boleh menyokong dan ada pada ketika ini. Perisian pula merupakan apa2 apps, atau sistem yang ada dalam gajet yang kita ada. kalau takde tu, maksudnya gajet kita tu belum support la. contoh, ada apps dalam komputer, ada dalam phone, tapi takde dalam jam. atau ada dalam phone, takde dalam laptop. 

orait. sambung lagi...

Orang (pengendali): ni orang-orang yang berkebolehan, pakar dalam bidang la. Orang-orang ni termasuklah orang yang kumpul data, yang boleh masukkan data dengan baik, yang boleh proses dan masukkan data dalam bentuk yang sesuai, yang boleh uruskan data, susun dengan baik, orang yang boleh buat macam-macam urusan dalam GIS ni. pendek kata, pakar daripada awal proses, hingga ke akhir proses yang ada dalam GIS... 

Prosedur: ok yang ni penting juga dalam GIS. prosedur ini adalah tatacara atau kaedah pelaksanaan aktiviti berkaitan dengan GIS. contohnya, kaedah nak mengumpulkan data. ada kaedah dan caranya tertentu, supaya data yang diambil boleh digunakan, dan tak perlu untuk diambil semula. serta memastikan data diambil mempunyai ketepatan yang tinggi. Selain itu, kaedah atau cara untuk mengisi data ke dalam komputer. Sekiranya salah isi, kemungkinan kita terpaksa isi balik data semula semuanya. Selain itu, prosedur penyimpanan, dan pengeluaran maklumat pun perlu juga. Supaya apa yang kita nampak, adalah maklumat sebenar yang hendak dipaparkan.



Orait, itu secara asas empat komponen utama dalam GIS, yang penting, dan saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Lain kali, kita akan cerita pula kaedah, atau sub-sistem yang ada dalam GIS. boleh juga lihat post-post lain berkaitan GIS/Geoinformatik ini dalam link yang ada. 


Jumpa lagi, dan regards!!


stay safe!


Friday, November 06, 2020

Review Buku: Dunia Tanpa Tembok II

Assalamu'alaykum,


So, bersambung lagi kisah kita membaca buku ye... kali ini sambungan daripada buku Dunia Tanpa Tembok yang pertama, dan tajuknya juga dekat2 sama, iaitu:

Dunia Tanpa Tembok II



Buku ini adalah karya Ayman Rashdan Wong,  pengkritik politik dan perhubungan antarabangsa. Dan buku ini, masih lagi mengetengahkan perhubungan antarabangsa, terutama negara-negara besar, dan konflik2 yang berlaku di beberapa kawasan, terutama di Timur Tengah dan juga bahagian Asia, serta tak lupa di China-Russia. 

Orait, kali ini penulis lebih fokus kepada sejarah awal perhubungan antarabangsa, dimulakan dengan Perang Dingin antara US dengan USSR. Yang mana perang dingin ini berlanjutan agak lama, selepas daripada Perang Dunia ke II. selepas era perang Dingin, US telah menjadi kuasa polis dunia. akan tetapi, terdapat beberapa negara yang masih ingin mendapatkan kekuasaan selain kepentingan ekonomi serantau.


Buku ini kemudiannya fokus kepada konflik yang berlaku di Timur Tengah. beberapa negara yang menjadi sasaran perang, telah diterangkan dengan motif politik perhubungan antarabangsa yang berlaku. Pihak A ingin meningkatkan hubungan perdagangan dengan mendapatkan "laluan khas" melalui beberapa negara, dan pihak B pula cuba untuk mengekang, malah meluaskan juga pengaruh laluan khas mereka tersendiri.

Beberapa kuasa besar yang bertelagah telah menggunakan proksi dalam konflik negara-negara Timur Tengah ini. Pihak A menyokong dan membekalkan senjata pada satu pihak, dan Pihak B pula melakukan perkara sama pada pihak yang berlainan.

Selain itu, terdapat juga kisah berkenaan pihak B yang tidak lagi mahu "dikekang" dengan kuasa Petroleum sesetengah negara, dan berusaha mengurangkan kebergantungan kepada negara-negara tertentu, dan melemahkan ekonomi negara tersebut. Terdapat juga konflik yang berlaku di negara-negara kecil, yang tujuan utama masih lagi sama. Pihak A dan pihak B saling bertelagah, dan mengambil langkah berhati-hati dalam banyak perkara di dalam perhubungan antarabangsa ini. 

Selain itu, penulis ada juga menerangkan pada akhir2 buku, berkenaan bagaimana negara kecil, boleh mempengaruhi negara besar agar survival negara mereka tidak terancam. Bagaimana beberapa negara kecil ini, menyeimbangkan kuasa antara Pihak A dan pihak B, agar salah satu pihak tidak menelan mereka. Malah penulis juga bercerita, bagaimana nak menjalin hubungan agar negara kecil ini tidak diperalatkan semata-mata, dan tidaklah sehingga: "Habis madu, sepah dibuang". Benda-benda ini boleh diambil kira dalam permainan politik antarabangsa.

Jadi, sekiranya anda mempunyai peluang, bolehlah cuba untuk membaca buku ini, yang sangat menarik, dan membuka minda. Ada 3 perkara yang sering ditekankan oleh penulis: Kuasa, Geografi, dan Identiti.


===

ok, so, kemudian saya akan kongsi pula apa yang saya suka, dan tidak suka berkenaan buku ini. Secara dasarnya, benda yang saya tak suka, tiada pun. mungkin dari segi susunan bab kot. kadang dah syok baca kisah Timur Tengah, dia melompat ke Asia Tenggara pula. tapi ianya tidak dapat dielakkan, kerana ianya saling berkait. 
Bagi perkara yang saya suka, adalah cara sudut pandang yang diberikan oleh ARW. Sudut pandang politik antarabangsa ini kalau kita faham, ianya mudah. Tidak hanya melibatkan emosi dan agama, atau bangsa, tapi sebenarnya lebih kepada pengekalan kuasa, dan kelangsungan survival hidup sesuatu negara, tak kiralah negara besar atau negara kecil. ianya sangat bagus dan membuka minda bagi pembaca marhaen seperti saya


orait, rasanya itu sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga berjumpa lagi...


regards~

Friday, October 30, 2020

Drama Perut: Kacang Pol Haji, Larkin Johor

 Assalamu'alaykum


So, berjumpa lagi dalam satu siri, iaitu Drama Perut.... kali ini, kita akan melihat pula, salah satu restoran yang ikonik di Larkin, iaitu, Restoran Kacang Pol Haji.

Ok, Restoran Kacang Pol Haji ni, sebenarnya ada 2 cawangan lain dah. dan ianya berdekatan je. Yang dikongsikan kali ini, adalah yang restoran yang asal. lokasinya, adalah di kawasan Larkin. berdekatan dengan JPS Daerah Johor Bahru.


So, apa yang ada di sini? ok, pastilah yang utama adalah Kacang Pol nya. menu utama. tapi ada juga menu lain yang juga sedap. Paling sedap (untuk saya ye), adalah mee rebusnya. wow. enak dan terasa kuahnya. Selain tu, ada juga roti bakar, yang tebal dan lembut. bukan roti biasa2... Di join sekali dengan telur separuh masak, memang ngam la...

Kacang Pol ni, rasanya lain dah lain. ada roti tebal, dan disertakan dengan kuah dan telur. Rasanya bukan biasa2, kuahnya terasa seperti kuah dhal, tapi lain. Memang sedap sekiranya kena dengan selera anda. Owh, tak lupa, dalam kuah ada juga lada hijau. dan kalau anda suka, boleh perah limau nipis yang diberikan bersama untuk rasa-rasa masam sedikit.

Mee Rebusnya, terasa kuah yang disediakan. rasa pekat, namun tak sepekat rasa mee rebus Haji Wahid di Angsana. rasanya seolah-olah mee bandung, ada rasa kuah kacang sedikit. Roti bakarnya, berlaianan dari roti biasa. lebih tebal, dan lembut. tepinya tidak keras selepas dibakar. dan semestinya enak bangat~~

Suasana dalam restoran

Mee Rebus yang enak

Semestinya Telur separuh masak dan roti bakarnya

Sorry la, lupa pula nak amik gambar Kacang Pol nya... menu yang lain je ada. so, kalau korang berkesempatan ke Larkin, bolehlah cuba singgah ke Restoran Kacang Pol haji ni. 

jumpa lagi lain kali~!

Friday, October 23, 2020

Review Buku: Aku, Dia dan Bantal Busuk

 Assalamu'alaykum,

Orait, bersambung lagi kita dalam kisah bedah buku, atau review buku. cuma kali ini, bukanlah buku sangat, tapi lebih kepada komik/kartun/apa yang korang sukalah nak sebut. Pemahaman masing2 berbeza. orait, kembali ke topik asal, buku tentang persekitaran dan perhubungan antara couple/suami isteri ni...

Tajuk dia (obviously) adalah Aku, Dia dan Bantal Busuk

yes, Pasal bantal busuk. haha.. tapi sebenarnya yang bantal busuk tu hanya di awal karya sahaja. kemudiannya lebih kepada cerita Aku, Dia tu... itu lebih banyak. Buku ini mengisahkan perihal dua orang, yang dinyatakan sebagai couple dalam buku ini. Apa yang "biasanya" dilakukan oleh couple2, termasuklah gurau senda, "kacau-mengacau", dengki.... dan apa aktiviti seharian antara couple. ada juga dikisahkan berkenaan apa yang terjadi kalau sedih, atau gembira. apa yang couple ni suka lakukan, dan paling menarik, adegan tarik menarik pipi. hahaha...


Orait, buku ni, secara keseluruhannya, apa yang saya suka, adalah gaya penyampaiannya. dengan menggunakan lukisan, mesej yang nak disampaikan mudah untuk difahami pembaca. Selain itu, ceritanya juga santai, dan sangat dekat dengan pembaca, sebab hampir kebanyakannya berlaku antara suami isteri, atau couple (non-Muslim). Dan ianya mengundang gelak ketawa, dan menjadi bahan dalam perhubungan suami isteri untuk tambah "kacau-mengacau" dengan aktiviti yang komik ini tunjukkan. 


kekurangannya.... mmmmm.... rasa tak puas kot membaca.... haha... kejap je dah habis. walaupun komiknya tebal, sebanyak 127 mukasurat... tapi baca sekejap je habis.. adoiyai... 


tapiiii... jangan risau, kita boleh juga ikuti komiknya di instagram... hehe...

#thepotatocouple


orait, itu je perkongsian saya kali ini, berjumpa lagi di lain post! regards~~

Friday, October 02, 2020

travelogzakri: Trip ke N9 - Muzium Negeri 9

Assalamu'alaykum

Jadi, perjalanan di Negeri Sembilan diteruskan lagi dengan destinasi seterusnya, iaitu ke Muzium Negeri Sembilan.

Muzium ni dekat je dengan Seremban. malah sangat dekat dengan exit PLUS highway Seremban. Cuma kalau dari Bandar Seremban, kita boleh direct je, tapi dari Exit PLUS Highway, atau dari Seremban 2, kita perlu U-Turn (pusingan semula), untuk ke muzium ini. 


Oklah, terus kepada apa yang ada dalam Muzium ni ye. Muzium ni takdelah terlalu besar, cuma tapaknya agak besar. Ini kerana, terdapat monumen2 lama di luar bangunan muziumnya. Ada bangunan utama untuk muzium ni, dengan seni reka orang Minangkabau, dan sangat cantik. Di dalamnya terdapat pameran berkaitan sejarah berkaitan dengan Negeri Sembilan. sepatutnya ada 2 tingkat, tapi hanya tingkat 1 je dibuka (pada masa kami melawat). 

Kemudiannya, terdapat satu kawasan menempatkan monumen-monumen, dan kemudiannya, ada 2 bangunan bekas istana lama. Kita boleh masuk ke dalam kedua-dua bangunan ini. Orait, tanpa buang masa, kita memahami apa yang ada dengan gambar-gambar ye. lebih mudah kan...


cantik Istana lama ni

Istana Lama... ditempatkan semula di Muzium

Penerangan tentang bangunan Istana Ampang Tinggi

Warisan Negara ni


Asal usul kawasan dalam Nismilan... ada Luak, dan setiap Luak ada lambang sendiri
Ada juga sejarah Malaysia

First time nampak perjanjian kemerdekaan Malaysia

Kalau rajin boleh pergi ke semua bangunan ni


Perjanjian yang menempa sejarah tersendiri di Nismilan




Monumen yang dijumpai di Nismilan
Ni la dia, Kompleks Taman Seni Budaya Nismilan




Bnagunan utama muzium Nismilan







Friday, September 25, 2020

Norma baharu dalam banyak benda

 Assalamu'alaykum,


dunia dilanda dengan satu musibah, atau ujian yang kali ni maha dasyat. Jika beberapa tahun lepas kita diuji dengan SARS, terutama pada jemaah haji, kali ini, ujiannya lebih besar, dengan penyakit COVID-19. satu penyakit berjangkit. 

Ok, ramai dah tahu apa itu COVID-19, cumanya, kali ini nak bercerita norma baharu, yang jika sebelum ini dipandang "leceh", "hina" oleh sesetengah orang, akan tetapi, ianya dah jadi kewajipan buat masa kini. 

Banyak norma-norma, atau benda-benda baru yang sebelum ini tidak biasa dibuat, kali ini terpaksa dibuat. Kita perlu memakai topeng muka/pelitup muka bila keluar dari rumah/kereta. Jika batuk atau bersin juga, perlu berhati-hati. Tutup dengan kaedah-kaedah tertentu.  

walaupun kita tak berapa gemar, terasa agak terkongkong, terasa seperti tersepit, tapi itulah hakikat yang kita perlu hadapi. agar usaha untuk mencegah penularan COVID-19 dari berterusan dari saling jangkit menjangkiti.


Jadi, kita perlu terus bersabar, dan usaha sebaik mungkin untuk terus melaksanakan norma baru, prosedur yang leceh, agar kita semua terselamat dari jangka masa panjang....


orait, semoga post kali ini ada manfaat kepada anda, jangan putus asa! teruskan usaha... dan teruskan bersabar~~



regards

Friday, September 18, 2020

Review Buku: Dunia Tanpa Tembok

 Assalamu'alaykum

Orait, kembali kepada siri buku, siri membaca untuk kali ini. Kali ini, kita akan melihat sikit-sikit, berkenaan satu buku yang dah agak lama, tapi baru je dapat dibaca. Judul dia, adalah "Dunia Tanpa Tembok". Buku ini adalah karya saudara Ayman Rashdan Wong.


Ok, secara dasarnya, buku ini menceritakan perkara-perkara yang berlaku disebalik sesuatu isu diperingkat global, dan juga serantau. Buku ini menekankan kepada kepentingan untuk menguasai asas kepada "perhubungan antarabangsa" (International Relationship, IR). Terdapat beberapa asas berdasarkan teori-teori berkaitan perhubungan antarabangsa dengan isu-isu yang berlaku di sekeliling kita, diperingkat serantau dan juga diperingkat antarabangsa. Perhubungan antara negara-negara berjiran yang kompleks, dan dinamik. serta dalam perhubungan antarabangsa ini, ianya bukan sekadar hitam-dan-putih, benar-dan-salah semata-mata.

Banyak isu yang dikupas oleh penulis, dan akhirnya dikaitkan dengan teori-teori perhubungan antarabangsa, terutama dalam isu geopolitik dan juga geoekonomi. Isu berkaitan politik antara negara, kenapa sesuatu isu itu nampak seperti tiada kepentingan pada asasnya, akan tetapi jika diselidik beberapa isu berkaitan, baru akan nampak hubung kait antara isu itu dengan kepentingan sesuatu negara. 

Kaedah penyampaian oleh penulis dibuat dalam bentuk kajian kes, daripada satu kes, kepada kes yang lain. Antaranya kes kenapa Trump boleh menang sebagai presiden USA (teori yang dikaitkan), perhubungan antara USA dengan Korea Utara, perhubungan antara Korea Utara dan Korea Selatan, dan kenapa dua negara ini masih tidak mempunyai kesepakatan untuk bersatu menjadi satu negara sahaja. Selain itu, terdapat juga isu perhubungan antara negara Malaysia dengan China, serta isu Malaysia dengan Korea Utara suatu ketika dahulu. Isu dikupas menggunakan teori-teori perhubungan antarabangsa, dan melihat kepada relevan sesuatu isu dengan teori.

Ok, itu secara dasar apa yang buku ini akan sampaikan kepada pembacanya. Dan seterusnya kita bercerita tentang apa yang disukai dan tidak disukai. 

Ok, apa yang disukai, adalah kaedah penyampaiannya yang menggunakan ayat yang mudah, dan tiada jargon-jargon "berat" atau terlalu ilmiah digunakan. Ianya memudahkan pembaca membaca, dan hadam sesuatu topik dalam buku ini. Selain itu, Susunan topik juga dibuat dengan agak baik, dengan susunan perkaitan sesuatu isu, dan bersambungan beberapa topik, sebelum ditukar kepada topik yang lain, atau kisah perhubungan antarabangsa negara yang lain. Selain itu, banyak kisah yang lebih dekat dengan kita di Malaysia, dengan penulis mengaitkan isu yang berkaitan dengan negara tercinta kita, negara Malaysia. 

Apa yang kurang atau tidak digemari, adalah apabila tiada bukti kukuh perkaitan antara teori, dengan apa yang diceritakan. Mungkin dengan ilmu perhubungan antarabangsa penulis, dia lebih faham, dan dapat kaitkan sesuatu isu dengan teori yang ada, akan tetapi, bagi orang yang ingin tahu lebih, ianya agak tergantung. dan pembaca perlu mencari sendiri kebenaran sesuatu kupasan isu dalam topik-topik yang ada. Ini kerana, ianya banyak kaitkan isu dengan teori, yang mungkin betul dan mungkin tidak betul.


Orait, rasanya itu sahaja bedah buku untuk kali ini. Pendek kata, teruskan membaca, dan mencari ilmu yang kita sukai, agar kita sendiri dapat kembangkan ilmu itu kepada orang yang mungkin akan lebih memahami berbanding kita. 


Orait, jumpa lagi dalam post seterusnya!!


Regards

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...