Buku ini kemudiannya fokus kepada konflik yang berlaku di Timur Tengah. beberapa negara yang menjadi sasaran perang, telah diterangkan dengan motif politik perhubungan antarabangsa yang berlaku. Pihak A ingin meningkatkan hubungan perdagangan dengan mendapatkan "laluan khas" melalui beberapa negara, dan pihak B pula cuba untuk mengekang, malah meluaskan juga pengaruh laluan khas mereka tersendiri.
Beberapa kuasa besar yang bertelagah telah menggunakan proksi dalam konflik negara-negara Timur Tengah ini. Pihak A menyokong dan membekalkan senjata pada satu pihak, dan Pihak B pula melakukan perkara sama pada pihak yang berlainan.
Selain itu, terdapat juga kisah berkenaan pihak B yang tidak lagi mahu "dikekang" dengan kuasa Petroleum sesetengah negara, dan berusaha mengurangkan kebergantungan kepada negara-negara tertentu, dan melemahkan ekonomi negara tersebut. Terdapat juga konflik yang berlaku di negara-negara kecil, yang tujuan utama masih lagi sama. Pihak A dan pihak B saling bertelagah, dan mengambil langkah berhati-hati dalam banyak perkara di dalam perhubungan antarabangsa ini.
Selain itu, penulis ada juga menerangkan pada akhir2 buku, berkenaan bagaimana negara kecil, boleh mempengaruhi negara besar agar survival negara mereka tidak terancam. Bagaimana beberapa negara kecil ini, menyeimbangkan kuasa antara Pihak A dan pihak B, agar salah satu pihak tidak menelan mereka. Malah penulis juga bercerita, bagaimana nak menjalin hubungan agar negara kecil ini tidak diperalatkan semata-mata, dan tidaklah sehingga: "Habis madu, sepah dibuang". Benda-benda ini boleh diambil kira dalam permainan politik antarabangsa.
Jadi, sekiranya anda mempunyai peluang, bolehlah cuba untuk membaca buku ini, yang sangat menarik, dan membuka minda. Ada 3 perkara yang sering ditekankan oleh penulis: Kuasa, Geografi, dan Identiti.
===
orait, rasanya itu sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga berjumpa lagi...
regards~
No comments:
Post a Comment