Friday, November 13, 2020

Program Geoinformatik: Komponen penting dalam GIS

 Assalamu'alaykum,


Kali ni kita sambung lagi perbincangan berkenaan Sains Maklumat Geografi (GIS) ini ye. Jika sebelum ini, kita ada melihat kepada banyak perkara lain, seperti data apa yang dikumpulkan, jenis-jenis data yang digunakan dalam GIS ini, dan perbezaan antara Geoinformatik dengan Geomatik. 

Kali ini, saya cuma ingin berkongsi secara dasar, apa komponen penting dalam GIS ini. Jika sebelum ini, jika disajikan dengan definisi atau penerangan berkenaan GIS, kali ini, untuk memastikan GIS itu dapat dilaksanakan dengan lancar, dan terus berguna, ada komponen penting yang perlu diambil kira setiap kali ingin membangunkan GIS bagi aplikasi tertentu.

Komponen GIS ini, asasnya ada 4. iaitu: Data itu sendiri, Perkakasan dan Perisian, Orang yang mengendalikannya, dan prosedur dan kaedah-kaedah dalam GIS. 

Data: bila cerita pasal data, pastinya nak bercerita tentang apa data yang ada dalam GIS ni kan? secara dasarnya, maklumat yang berkaitan kedudukan, lokasi, tempat, adalah data penting dalam GIS. dinamakan sebagai data spatial, atau data geospatial. Dan kemudiannya, ada juga data berkaitan tempat/lokasi/kedudukan tersebut. ianya dipanggil atribut (attribute). gabungan kedua-dua data ini, menjadikan GIS lebih "berkuasa (powerful)", dengan membolehkan kita tahu di mana tempatnya, dan apa tempat itu sebenarnya. *Contoh: kita tahu dekat simpang depan tu, ada gerai (lokasi), dan gerai itu namanya Gerai Makan Mak Limah, jual nasi lemak (atribut). 

Perkakasan dan Perisian: ok, ini komponen yang juga penting. Perkakasan ni, adalah apa2 gajet yang boleh kita pegang, yang boleh handle perisian (software/apps) GIS. Perkakasan ni termasuklah pelayan (server), laptop, komputer, smartphone, jam pintar, dan apa2 gajet yang boleh menyokong dan ada pada ketika ini. Perisian pula merupakan apa2 apps, atau sistem yang ada dalam gajet yang kita ada. kalau takde tu, maksudnya gajet kita tu belum support la. contoh, ada apps dalam komputer, ada dalam phone, tapi takde dalam jam. atau ada dalam phone, takde dalam laptop. 

orait. sambung lagi...

Orang (pengendali): ni orang-orang yang berkebolehan, pakar dalam bidang la. Orang-orang ni termasuklah orang yang kumpul data, yang boleh masukkan data dengan baik, yang boleh proses dan masukkan data dalam bentuk yang sesuai, yang boleh uruskan data, susun dengan baik, orang yang boleh buat macam-macam urusan dalam GIS ni. pendek kata, pakar daripada awal proses, hingga ke akhir proses yang ada dalam GIS... 

Prosedur: ok yang ni penting juga dalam GIS. prosedur ini adalah tatacara atau kaedah pelaksanaan aktiviti berkaitan dengan GIS. contohnya, kaedah nak mengumpulkan data. ada kaedah dan caranya tertentu, supaya data yang diambil boleh digunakan, dan tak perlu untuk diambil semula. serta memastikan data diambil mempunyai ketepatan yang tinggi. Selain itu, kaedah atau cara untuk mengisi data ke dalam komputer. Sekiranya salah isi, kemungkinan kita terpaksa isi balik data semula semuanya. Selain itu, prosedur penyimpanan, dan pengeluaran maklumat pun perlu juga. Supaya apa yang kita nampak, adalah maklumat sebenar yang hendak dipaparkan.



Orait, itu secara asas empat komponen utama dalam GIS, yang penting, dan saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Lain kali, kita akan cerita pula kaedah, atau sub-sistem yang ada dalam GIS. boleh juga lihat post-post lain berkaitan GIS/Geoinformatik ini dalam link yang ada. 


Jumpa lagi, dan regards!!


stay safe!


No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...