Friday, November 27, 2020

Review Buku: Titanic di Hujung Jari

 Assalamu'alaykum and Good Day....

baiklah, masih lagi dalam siri review buku. banyak pula buku sempat dibaca ye akhir-akhir ni, walaupun sangat sibuk sebenarnya. haha...

Ok, kali ni nak review buku yang sangat teknikal, dan sangat penuh dan padat infonya, iaitu buku:

Titanic di Hujung Jari

buku ini adalah karya Aiman Hakim dan Moustapha Abbas. Buku ini, secara dasarnya adalah cerita penuh berkenaan Titanic, dan tragedi yang menimpa kapal malang ini. 



Karya ini terbahagi kepada 4 bahagian. Bahagian pertama lebih kepada "cerita" kapal Titanic ketika dibina, sebelum pelayaran bermula, dan akhirnya pada malam tragedi pelanggaran kapal dengan aisberg. Jalan ceritanya sangat padat, dengan watak-watak hasil kajian penulis, pada waktu bila, dan apa watak itu sedang lakukan. Apa komunikasi yang dilaporkan dalam laporan-laporan yan

g penulis telah baca. Untuk pengetahuan am, penulis telah pergi ke UK untuk mendapatkan serta membaca laporan-laporan, artikel berkaitan, serta lain-lain penulisan berkaitan dengan tragedi ini. Apa yang penulis sampaikan agak terperinci (agak sebab laporan lebih terperinci), dan kalau agak sukar mengingat watak mana pada ketika mana, hinggalah kita masuk kepada bab seterus-seterusnya.


Ok, bahagian kedua lebih kepada penghargaan kepada watak-watak hero dalam kes pelanggaran Titanic ini, terdapat banyak watak yang melaksanakan macam-macam perkara untuk menyelamatkan kapal itu sendiri, serta menyelamatkan lebih ramai orang, dan memastikan operasi menyelamat berjalan dengan sebaik mungkin. Banyak watak telah diketengahkan. 


Bahagian ketiga pula lebih kepada trivia, termasuklah kisah-kisah yang berlaku kepada mangsa yang terselamat. Yang hampir semuanya mendapat tekanan perasaan, terutama watak-watak yang memainkan peranan utama dalam pentadbiran kapal. Selain itu, bahagian ini juga dimasukkan kisah-kisah antara perkara yang menyebabkan Titanic boleh tenggelam, antaranya tertinggal binokular, kebakaran yang berlaku pada badan kapal sebelum pelayaran itu, menyebabkan badan kapal bermasalah. serta isu kenapa kapal dibawa dengan kelajuan penuh melalui kawasan aisberg, dan isu kenapa tiada jawapan bila kapal lain berikan amaran. 


akhir sekali ada temuramah ringkas dengan penulis. hehe..


Okeh, apa yang saya suka pasal buku ni....... Dari segi fakta la kot. itu yang digemari. sebab banyak benda yang tidak dijelaskan sebelum ni agaknya. Jadi fakta yang diberikan tu yang best...


yang agak kurang, buku ini sangat teknikal la. lebih kepada macam laporan, mungkin sebab banyak watak penulis masukkan. Bila baca tak nampak kepentingannya dalam penceritaan. dan watak-watak ni ramai yang mati. Bila masuk bahagian kedua dan ketiga baru nampak kepentingan watak watak yang banyak ni. 


orait, rasanya itu sahaja kot review utk buku ini. sekiranya you all berminat, boleh dapatkan di Patriot Publishing. atau di mana-mana kedai yang adalah. 


itu saja, jumpa lagi



Friday, November 20, 2020

Review Buku: Dunia Tanpa Tembok III

 Assalamu'alaykum and Greetings...


masih lagi dalam post berkaitan buku, dan kali ini, kita akan berbincang tentang siri ketiga daripada buku Dunia Tanpa Tembok, iaitu Dunia Tanpa Tembok III. Karya ini masih lagi daripada saudara Ayman Rashdan Wong. 


Orait, buku kali ini, masih lagi mengekal tema yang sama (daaa....), dan masih dilihat daripada perspektif perhubungan antarabangsa, iaitu perhubungan antara negara-negara yang ada. Untuk buku kali ini, penulis bermula dengan sedikit latar belakang IR (international relationship). Sebelum itu, penulis juga berkongsi perubahan landskap politik dunia, selepas 30 tahun tembok Berlin runtuh. Landskap perubahan politik negara-negara di dunia, yang akan juga mengubah landskap perhubungan antarabangsa bagi negara-negara tersebut. 

Selepas itu, penulis menerangkan berkenaan perhubungan antarabangsa bagi banyak negara, satu-per-satu. Bermula dengan negara USA, Rusia, dan even Malaysia juga. Perubahan landskap politik di USA banyak mengubah lanskap politik dan perhubungan antarabangsa serta dasar luar negara-negara seluruh dunia. Lebih-lebih lagi negara yang mempunyai hubungan politik secara langsung dengan US, seperti Jepun dan Saudi. 

Asas perubahan luar negara masih lagi berasaskan 3 asas penting, iaitu KUASA, INDENTITI dan GEOGRAFI. Perubahan politik dalam negara juga berkisar 3 asas ini. Perubahan cara komunikasi, daripada lantang kepada baik, kepada lembut, kepada keras, ianya masih berkisar kepada 3 asas ini. Sekiranya terasa kuasa terancam, maka kad-kad ancaman atau kad "tekanan" akan dikeluarkan, bagi mengeluarkan negara masing-masing daripada masalah kekacauan di masa depan.

Ada negara yang bersekutu dengan satu kuasa besar sahaja (dalam buku ini US, atau Rusia, atau China), ada yang mengambil jalan neutral, dan menjalin hubungan dengan kedua-dua, atau tiga kuasa besar, atau mengancam kuasa-kuasa besar ini, demi kepentingan negara masing-masing. Dan perubahan lanskap di negara besar juga akan mengubah perhubungan antara negara-negara ini.

dan asasnya tetap sama, iaitu untuk kekalkan KUASA, dengan samada ingin mengekalkan IDENTITI negara, atau bangsa, atau kaum, serta keadaan GEOGRAFI negara-negara ini. Geografi akan menentukan ancaman atau kebaikan boleh dinikmati oleh sesuatu negara itu.

Orait, rasanya itu sahaja kot, kalau nak lebih-lebih nanti tak syok pula baca bukunya kan. Nka tahu negara mana yang mengamalkan kaedah pentadbiran yang mana satu, bolehlah dapatkan buku ini. semoga anda juga lebih jelas dengan apa yang berlaku, apa konflik, dan bagaimana negara berlaianan mengamalkan kaedah berbeza untuk konflik yang berlaku di negara mereka.


okeh, semoga anda mendapat sedikit sneak peak berkenaan buku DDTIII ini. 



jumpa lagi!!

Friday, November 13, 2020

Program Geoinformatik: Komponen penting dalam GIS

 Assalamu'alaykum,


Kali ni kita sambung lagi perbincangan berkenaan Sains Maklumat Geografi (GIS) ini ye. Jika sebelum ini, kita ada melihat kepada banyak perkara lain, seperti data apa yang dikumpulkan, jenis-jenis data yang digunakan dalam GIS ini, dan perbezaan antara Geoinformatik dengan Geomatik. 

Kali ini, saya cuma ingin berkongsi secara dasar, apa komponen penting dalam GIS ini. Jika sebelum ini, jika disajikan dengan definisi atau penerangan berkenaan GIS, kali ini, untuk memastikan GIS itu dapat dilaksanakan dengan lancar, dan terus berguna, ada komponen penting yang perlu diambil kira setiap kali ingin membangunkan GIS bagi aplikasi tertentu.

Komponen GIS ini, asasnya ada 4. iaitu: Data itu sendiri, Perkakasan dan Perisian, Orang yang mengendalikannya, dan prosedur dan kaedah-kaedah dalam GIS. 

Data: bila cerita pasal data, pastinya nak bercerita tentang apa data yang ada dalam GIS ni kan? secara dasarnya, maklumat yang berkaitan kedudukan, lokasi, tempat, adalah data penting dalam GIS. dinamakan sebagai data spatial, atau data geospatial. Dan kemudiannya, ada juga data berkaitan tempat/lokasi/kedudukan tersebut. ianya dipanggil atribut (attribute). gabungan kedua-dua data ini, menjadikan GIS lebih "berkuasa (powerful)", dengan membolehkan kita tahu di mana tempatnya, dan apa tempat itu sebenarnya. *Contoh: kita tahu dekat simpang depan tu, ada gerai (lokasi), dan gerai itu namanya Gerai Makan Mak Limah, jual nasi lemak (atribut). 

Perkakasan dan Perisian: ok, ini komponen yang juga penting. Perkakasan ni, adalah apa2 gajet yang boleh kita pegang, yang boleh handle perisian (software/apps) GIS. Perkakasan ni termasuklah pelayan (server), laptop, komputer, smartphone, jam pintar, dan apa2 gajet yang boleh menyokong dan ada pada ketika ini. Perisian pula merupakan apa2 apps, atau sistem yang ada dalam gajet yang kita ada. kalau takde tu, maksudnya gajet kita tu belum support la. contoh, ada apps dalam komputer, ada dalam phone, tapi takde dalam jam. atau ada dalam phone, takde dalam laptop. 

orait. sambung lagi...

Orang (pengendali): ni orang-orang yang berkebolehan, pakar dalam bidang la. Orang-orang ni termasuklah orang yang kumpul data, yang boleh masukkan data dengan baik, yang boleh proses dan masukkan data dalam bentuk yang sesuai, yang boleh uruskan data, susun dengan baik, orang yang boleh buat macam-macam urusan dalam GIS ni. pendek kata, pakar daripada awal proses, hingga ke akhir proses yang ada dalam GIS... 

Prosedur: ok yang ni penting juga dalam GIS. prosedur ini adalah tatacara atau kaedah pelaksanaan aktiviti berkaitan dengan GIS. contohnya, kaedah nak mengumpulkan data. ada kaedah dan caranya tertentu, supaya data yang diambil boleh digunakan, dan tak perlu untuk diambil semula. serta memastikan data diambil mempunyai ketepatan yang tinggi. Selain itu, kaedah atau cara untuk mengisi data ke dalam komputer. Sekiranya salah isi, kemungkinan kita terpaksa isi balik data semula semuanya. Selain itu, prosedur penyimpanan, dan pengeluaran maklumat pun perlu juga. Supaya apa yang kita nampak, adalah maklumat sebenar yang hendak dipaparkan.



Orait, itu secara asas empat komponen utama dalam GIS, yang penting, dan saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Lain kali, kita akan cerita pula kaedah, atau sub-sistem yang ada dalam GIS. boleh juga lihat post-post lain berkaitan GIS/Geoinformatik ini dalam link yang ada. 


Jumpa lagi, dan regards!!


stay safe!


Friday, November 06, 2020

Review Buku: Dunia Tanpa Tembok II

Assalamu'alaykum,


So, bersambung lagi kisah kita membaca buku ye... kali ini sambungan daripada buku Dunia Tanpa Tembok yang pertama, dan tajuknya juga dekat2 sama, iaitu:

Dunia Tanpa Tembok II



Buku ini adalah karya Ayman Rashdan Wong,  pengkritik politik dan perhubungan antarabangsa. Dan buku ini, masih lagi mengetengahkan perhubungan antarabangsa, terutama negara-negara besar, dan konflik2 yang berlaku di beberapa kawasan, terutama di Timur Tengah dan juga bahagian Asia, serta tak lupa di China-Russia. 

Orait, kali ini penulis lebih fokus kepada sejarah awal perhubungan antarabangsa, dimulakan dengan Perang Dingin antara US dengan USSR. Yang mana perang dingin ini berlanjutan agak lama, selepas daripada Perang Dunia ke II. selepas era perang Dingin, US telah menjadi kuasa polis dunia. akan tetapi, terdapat beberapa negara yang masih ingin mendapatkan kekuasaan selain kepentingan ekonomi serantau.


Buku ini kemudiannya fokus kepada konflik yang berlaku di Timur Tengah. beberapa negara yang menjadi sasaran perang, telah diterangkan dengan motif politik perhubungan antarabangsa yang berlaku. Pihak A ingin meningkatkan hubungan perdagangan dengan mendapatkan "laluan khas" melalui beberapa negara, dan pihak B pula cuba untuk mengekang, malah meluaskan juga pengaruh laluan khas mereka tersendiri.

Beberapa kuasa besar yang bertelagah telah menggunakan proksi dalam konflik negara-negara Timur Tengah ini. Pihak A menyokong dan membekalkan senjata pada satu pihak, dan Pihak B pula melakukan perkara sama pada pihak yang berlainan.

Selain itu, terdapat juga kisah berkenaan pihak B yang tidak lagi mahu "dikekang" dengan kuasa Petroleum sesetengah negara, dan berusaha mengurangkan kebergantungan kepada negara-negara tertentu, dan melemahkan ekonomi negara tersebut. Terdapat juga konflik yang berlaku di negara-negara kecil, yang tujuan utama masih lagi sama. Pihak A dan pihak B saling bertelagah, dan mengambil langkah berhati-hati dalam banyak perkara di dalam perhubungan antarabangsa ini. 

Selain itu, penulis ada juga menerangkan pada akhir2 buku, berkenaan bagaimana negara kecil, boleh mempengaruhi negara besar agar survival negara mereka tidak terancam. Bagaimana beberapa negara kecil ini, menyeimbangkan kuasa antara Pihak A dan pihak B, agar salah satu pihak tidak menelan mereka. Malah penulis juga bercerita, bagaimana nak menjalin hubungan agar negara kecil ini tidak diperalatkan semata-mata, dan tidaklah sehingga: "Habis madu, sepah dibuang". Benda-benda ini boleh diambil kira dalam permainan politik antarabangsa.

Jadi, sekiranya anda mempunyai peluang, bolehlah cuba untuk membaca buku ini, yang sangat menarik, dan membuka minda. Ada 3 perkara yang sering ditekankan oleh penulis: Kuasa, Geografi, dan Identiti.


===

ok, so, kemudian saya akan kongsi pula apa yang saya suka, dan tidak suka berkenaan buku ini. Secara dasarnya, benda yang saya tak suka, tiada pun. mungkin dari segi susunan bab kot. kadang dah syok baca kisah Timur Tengah, dia melompat ke Asia Tenggara pula. tapi ianya tidak dapat dielakkan, kerana ianya saling berkait. 
Bagi perkara yang saya suka, adalah cara sudut pandang yang diberikan oleh ARW. Sudut pandang politik antarabangsa ini kalau kita faham, ianya mudah. Tidak hanya melibatkan emosi dan agama, atau bangsa, tapi sebenarnya lebih kepada pengekalan kuasa, dan kelangsungan survival hidup sesuatu negara, tak kiralah negara besar atau negara kecil. ianya sangat bagus dan membuka minda bagi pembaca marhaen seperti saya


orait, rasanya itu sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga berjumpa lagi...


regards~

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...