Friday, May 08, 2020

Program Geoinformatik - Pemetaan lokasi kes COVID-19

Assalamu'alaykum

So, apabila berlaku sesuatu benda, terutama berkaitan dgn kes kesihatan, atau keselamatan, orang ramai akan cuba mencari maklumat yang pelbagai, ada yang cari kes by kes, ada cari graf, ada cari data, ada yang cari lokasi. semua maklumat yang dicari adalah berdasarkan pengetahuan dan keperluan masing-masing.

dalam kes penyebaran COVID-19 ni, antara maklumat penting adalah lokasi pesakit yang dilaporkan positif. Bagaimana nak tahu, kita dekat ke tidak dengan kawasan jangkitan? adakah kita selamat? jadi, salah satu alternatif adalah Web-Based GIS. lihat contoh yang ada di bawah, yang dibangunkan, iaitu www.outbreak.my



website ini memaparkan lokasi kes-kes positif COVID-19, dan beberapa maklumat berkaitan dengannya. sebagai contoh, kita boleh paparkan satu-satu kes yang ada, dengan klik pada ikon warna merah. atau contoh di bawah, kita klik pada ikon siren, dan ia menunjukkan kawasan yang dilaksanakan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan). ini lebih mudah untuk melihat, adakah kita termasuk dalam kawasan ini atau berdekatan dengan kawasan ini.


ada juga maklumat lain, seperti jumlah kes bagi setiap negeri, mengikut daerah, atau maklumat kes bagi negeri tersebut, seperti kematian dan sebagainya.




akhir sekali, di hujung kanan bawah, ada maklumat kes-kes di Malaysia secara keseluruhannya.


So, web-based GIS mampu memaparkan maklumat lokasi, dan juga maklumat berkaitan dengan lokasi tersebut dengan lebih jelas, berbanding hanya teks semata-mata. ini antara perkara yang diterapkan dalam pengajian Program Geoinformatik, di UTM ini. ianya diharapkan dapat membantu memaparkan maklumat yang lebih tepat, dan kemudiannya dapat digunakan dalam membuat keputusan yang lebih tepat. 


ok, lihatlah bagaimana GIS dapat membantu dalam perkara-perkara penting contohnya seperti COVID-19 ini. semoga anda mendapat manfaat

regards

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...