Assalamu'alaykum,
oklah, itu sahaja untuk short travelog kali ini, kita jumpa lain kali!!
regards
orait, kali ni ada short vacay, not actually vacay pun, sebab sebenarnya pergi atas dasar kerja. ada Mesyuarat. then, ambil sikit kesempatan untuk menyinggah ke salah satu satay yang pernah digemari arwah mak dan arwah ayah. Iaitu Sate Zainah Ismail, di Dato' Keramat.
*p/s: dan ianya tidak murah.. haha
Lokasinya? mudah je. berdekatan dengan stesen LRT Damai, akan jumpa satu stesen minyak, dan masuk ke dalam. sebenarnya, kedai ini adalah deretan rumah, dulu2 punya cerita. di tepi lot corner tu, dia buatlah gerai satay ni.... dan masih kekal hingga hari ini.
Kalau anda ke sini, anda akan nampak sign board kecil macam gambar atas tu. Sate Zainah Ismail Dato' Keramat. ada no phone. tapi disebabkan terlindung, korang tak nampaklah. kahkah....
Ada banyak jenis sate kat sini, yang biasa ayam dan daging, ada juga perut, hati paru ke semua ada. Harga memang tidak murahlah, tapi dulu pernah juga datang harganya masih lagi 90sen, la ni tak dapat la ye. saya tak berani nak letak harga terkini, sebab mungkin ianya akan berubah lagi. anggaran dalam rm1.50-1.70 sebatang.
Ok, dan nasi impitnya kena order lain ye.. ok, kalau cerita banyak takde gambar pun tak guna kan? jadi enjoy gambar kat bawah ni. Kali ni cuma order sate ayam dan daging sahaja, beserta nasi impit 2 set.
oklah, itu sahaja untuk short travelog kali ini, kita jumpa lain kali!!
regards
No comments:
Post a Comment