Sunday, March 11, 2018

travelogzakri: Trip ke Perak - Funtasy House Trick Art

Assalamu'alaykum,

so, kami masih lagi menjelajah bandar Ipoh. dan satu tempat yang kami pergi adalah Funtasy House Trick Art, atau lebih dikenali sebagai rumah terbalik Ipoh. Terdapat bayaran yang dikenakan bagi setiap pengunjung. di dalamnya, terdapat pelbagai seni "trick" yang menarik. Antaranya gambar dapur terbalik, dapur senget 90 darjah, ada yang 180 darjah. Terdapat banyak seni "trick" yang menarik boleh kita ambil gambar. Malah mereka juga menyediakan photographer untuk membantu kita mendapatkan gambar yang menarik, yang mereka akan tolong print dan jadikan pelbagai alatan menarik, seperti fridge magnet, keychain dan lain2...

Kalau berminat boleh cuba cari link ke sini

bertapa style baru

jangan curik makanan kat dapur

lihatlah kekuatan kakiku ini

zam zam ala kazam
Jadi, kalau ke bandar Ipoh, jangan lupa untuk singgah dan pergi ke Funtasy House Trick Art ye. banyak lagi seni visual yang anda boleh nikmati, dan jadikan kenangan di sini.

orait. jumpa lagi di perkongsian yang berikutnya...

regard

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...