Trip makanan terakhir kami di Ipoh adalah di gerai Mee Kicap. Gerainya kecil sahaja. hanya kira-kira 20-30 orang sahaja muat dalam satu-satu masa. Kedai ini menyediakan beberapa menu utama, iaitu mee kicap itu sendiri, mee kari, kuew tiaw goreng dan lain-lain.
Menu di gerai mee kicap |
Kami malam itu merasa tiga jenis hidangan utama di sini, iaitu mee kicap, mee kari dan kuewtiaw goreng. Mee kicapnya sebenarnya adalah mee rebus, dicampur dengan kari dan kicap. Rasanya boleh tahan, tapi mungkin tak berapa kena dengan selera adik beradik kami. kahkah...
Meehun kari |
Kuew tiaw goreng |
Selepas itu, kami meneruskan jelajah kami ke satu tempat yang menarik, iaitu Kinta RiverWalk. Ianya destinasi terakhir untuk hari itu. Apa yang ada di situ? kita sambung dalam post yang seterusnya nanti.
regard
No comments:
Post a Comment