Assalamu'alaykum,
Trip kami ke Perak telah menjelajah beberapa tempat menarik. dan kali ini, kami masih di Bandar Ipoh, dan kami menyelusuri tempat menarik di Bandar Ipoh. Terdapat beberapa tempat menarik dalam lingkungan perjalanan kaki sahaja.
Kami bermula dengan Masjid Negeri. Ianya berada di belakang bangunan Dewan Bandaran Ipoh.
|
Masjid Negeri, Ipoh Perak |
Kemudian, kami meneruskan jelajah kami ke Tugu Peringatan J.W.W Birch (yes, sekali lagi selain di Pasir Salak). Tugu ini jauh lebih besar, rasanya hingga 5-8 kali ganda lebih besar dari tugu di Pasir Salak.
|
Tugu Peringatan J.W.W Birch |
|
Maklumat berkenaan tugu |
Selepas itu, kami meneruskan jelajah kami mencari mural-mural dan tempat menarik. Tanpa sedar, kami sampai ke Plan B. tempat bagi peminat-peminat hipstur. Terdapat barangan menarik yang dijual. antaranya Fridge Magnet dengan lukisan tempat menarik di Perak. Kami membeli beberapa fridge magnet yang berlatar belakangkan beberapa tempat menarik yang telah kami pergi.
|
Plan B |
|
Suasana dalam Plan B |
|
Kehijauan kawasan Plan B |
|
Mangga kunci kasih sayang (??) |
Kemudian, kami terus ke satu lagi tempat menarik, iaitu Funtasy House Trick Art. Tapi kita cerita dalam post yang lain ye...
Selain itu, kami juga mencari beberapa mural yang menarik, dan berjaya ditemui. akan tetapi, mungkin cuaca menyebabkan sebahagian daripada mural dan seni yang dipamerkan menjadi lusuh.
|
#jejakwarisan bermula di sini? |
|
Antara Mural menarik yang ditemui |
|
"Seni" payung yang kian lusuh |
|
Kalau nak cari semua mural dan #jejakwarisan boleh cuba cari peta ini |
|
Mural gerai |
Baiklah, itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Jelajah kami masih belum tamat lagi. masih ada tempat di Ipoh yang akan kami lawati sebelum meneruskan perjalanan ke arah utara Perak pula.
jumpa lagi!
regard
No comments:
Post a Comment