Baik, selepas kami selesai menjamu selera di gerai Mee Kicap, kami pergi pula ke Kinta River walk. Ianya berada di hadapan Hotel Kinta RiverFront.
Sungai Kinta: Kinta Riverwalk: atas jambatan pertama |
Terdapat 2 jambatan utama di disini. Kita boleh menyeberangi Sungai Kinta, dan terdapat laluan di kedua-dua belah sungai. Selain itu, terdapat juga kedai jualan, dan beberapa ikon menarik yang kita boleh ambil gambar bersama.
Akan tetapi, disebabkan kami pergi di tengah minggu, dan malam masih awal, tidak banyak kedai yang dibuka.
Jambatan pertama. Dipenuhi warna cahaya yang menarik |
Jambatan Kedua juga menarik lampunya akan menyala sendiri, dan padam sendiri. |
Antara ikon menarik untuk bergambar. |
Satu lagi ikon menarik untuk mengambil gambar |
Di Kinta Riverwalk ini terdapat juga kedai gunting rambut, kedai menjual lukisan yang boleh dijadikan hiasan, Terdapat juga kedai yang menyediakan servis menyewa basikal, yang boleh kita guna untuk bersiar-siar di tepi Kinta Riverwalk ini.
Cuma sayangnya, dalam Waze atau Google Map, lokasi ini masih belum ada lagi. kalau hendak cari, boleh cari Kinta Riverfront Hotel. dan Kinta Riverwalk ini betul2 berhadapan dengan hotel ini.
okeh, di Ipoh ada satu lokasi lagi yang kami jelajahi, sebelum kami bergerak ke arah utara Perak. Ianya tempat yang menarik bagi penggemar alam semulajadi.
jadi, kita jumpa lagi dalam post seterusnya.
Regard
No comments:
Post a Comment