Sunday, May 29, 2011

Jalan-jalan dengan family: Bazar JB

Assalamu'alaykum,

entry kali ini cuma berbual-bual kosong, nak add-upp sedikit aktiviti keluarga, bukan yang minggu ini, tapi minggu sudah. selain itu, nak kongsi satu tempat menarik di Johor Bahru, dipanggil Bazar JB.

afifah yang keletihan tidur sambil memegang pemegang pintu
so, minggu sudah, ketika pulang dari Serdang, umi telah ambil di Sri Putri, bersama afifah. afifah sangat teruja, dan dalam perjalanan pulang, dia telah tertidur kepenatan dalam kereta, yang menariknya, dia tidur sambil memegang pemegang pintu kereta, afifah afifah..

suasana di salah satu bahagian Bazar JB
kemudian, malam minggu itu, kami pergi bersiar2 (baca: jalan2) di Bazar JB. bazar JB merupakan tempat peniaga membuka gerai kecil2, seperti di pasar malam, akan tetapi, hanya barangan kering sahaja yang dijual di satu bahagian, dan bahagian basah, di asingkan bersebelahan sahaja. lokasinya? Di pesisir (baca: tepi jalan) jalan WOng Ah fok. kalau ke bandar JB di waktu malam, ia bermula di depan Bank CIMB Bandar JB. dan ia berterusan hingga ke depan bangunan yang dulunya menempatkan Lembaga Tabung Haji Johor Bahru. (baca: kini berpindah sebelah mahkamah).

amni yang keletihan + nak tidur, menampakkan ketembaman pipinya..
macam2 benda dijual di sini, dan harganya? insyaALLAH, jauh lebih murah dari kedai biasa. kami pernah membeli seluar ketat afifah dan amni, (baca: istilah seluar tidak dapat diingati), berharga RM10, sedangkan di kedai2 lain sekitar JB, harganya paling kurang RM15. ada juga barangan telefon, dan mainan, tapi seperti biasa, yang mendominasi adalah pakaian. dan orang yang datang juga tidak kurang hebatnya, kereta bersusun sepanjang jalan, dari depan kawasan bank CIMB, hingga ke depan CS. dan di kawasan dalam juga, dari bukit timbalan, ke lorong2 menuju tempat tersebut.
kereta pun banyak juga...
so, itu sahaja coretan untuk entry kali ini. saja nak kongsi about the Bazar JB. kalau sempat, i'll update benda2 yang ada dijual di sana. kalau tak, diamkan diri sudah..

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...