Saturday, May 21, 2011

Minggu sibuk ke ni? aisehhh~~


Assalamualaykum,

Minggu ini (16-20 mei 2011) merupakan antara minggu yang sibuk dengan pelbagai aktiviti. Walaupun pada hari selasa adalah hari cuti Wesak, namun, ia tetap disibukkan dengan pelbagai lagi perkara.

Proposal penyelidikan yang masih belum selesai telah menjadi satu perkara yang sangat perlu dikejar. Secara dasarnya, idea telah ada, cuma perlu re-cantikkan (baca: mencantikkan) semula. Supaya idea dapat ditulis dalam bentuk yang comel lote.

Selain itu, terdapat juga mesyuarat untuk training kepada pihak MPOB pada hujung bulan mei ini. Dan dalam mesyuarat telah berlaku pembahagian tugas dengan baik dan mudah. Dan dalam mesyuarat juga bro Roshidul telah memberitahu bahawa booth untuk ITEX akan berlaku pada hari ini hingga ahad ini. Dan dalam mesyuarat telah memutuskan untuk membahagikan tugas antara rakan2 penyelidik, untuk menemani bro ROshidul menjaga booth. Dan penulis telah terpilih untuk menjaga pada petang hari ini (jumaat).

Dan hari ni (baca: jumaat), penulis perlu pergi ke bengkel penulisan journal pada waktu paginya. Selepas mendapat input yang berkesan, penulis berkejar2 di tengahari jumaat, ketika orang lain menuju ke masjid, penulis menuju ke KLCC. Kenapa? Kerana penulis merancang untuk solat jumaat di masjid AsSyakirin, sebelum menjaga booth. Dan Alhamdulillah, walaupun terkejar2, penulis telah Berjaya sampai ketika azan masih berkumandang. Menjaga booth tidaklah terlalu sukar, kerana ianya lebih kepada menemani pemilik booth. Akan tetapi, disebabkan telah berada dalam exhibition, penulis mengambil peluang berjalan2 melihat booth yang lain.

Dan sekarang, penulis berada dalam bas, menuju ke JB. Satu hari yang memenatkan!

Terima kasih juga pada saudara Awang. Jangan lupa, nickname yang akan digunakan sepanjang hayat untuk karier anda!

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...