Saturday, May 28, 2011

Bedah Buku: Transformasi Ramadan


Assalamu’alaykum,
muka depan buku Transformasi Ramadhan
 Usai sekali lagi menghabiskan satu lagi buku  yang menarik, iaitu buku Transformasi Ramadan, karya Ustaz Hasrizal (baca: lagi? Takde penulis lain ke?). buku ini sangat menarik, dan saya telah memilih untuk membacanya sebelum ramadhan menjelma, atau berdekatan dengan ramadhan, agar hati, akal dan fizikal dapat bersedia lebih awal, agar ramadhan tahun ini, menjadi lebih baik dari tahun lepas lagi. 

Anyway, buku ini menerangkan kembali, kenapa perlunya puasa, sebagai seorang muslim, niat untuk berpuasa itu sendiri perlu diluruskan. Bukan kerana ingin menguruskan badan ke, atau apa juga niat yang lain2. Akan tetapi, perlu di asalnya, iaitu niat berpuasa kerana ALLAH s.w.t, dan insyaALLAH puasa itu akan memberi kesan yang lebih kepada setiap orang yang berpuasa.

Kemudian, penulis buku juga menerangkan akan kepentingan untuk istiqomah dengan amalan2 di bulan puasa. Solat sunat tarawih (baca: solat SUNAT), dipenuhi dengan ramai orang, sedangkan solat fardhu di bulan lain, ditinggalkan begitu sahaja (baca: solat FARDHU/WAJIB). Apa yang ingin disampaikan, adalah supaya amalan ini, terutama amalan wajib, diteruskan di bulan2 lain. Penat kan dengar/baca perkara sama? Hinggakan kumpulan Rabbani pun liriknya, menekankan peri penting untuk terus istiqomah. Selain itu, perlu juga ditekankan untuk melewatkan sahur, dan menyegerakan berbuka, dan membuat persediaan untuk itu. Seperti menyediakan sekurang2nya tamar (baca: kurma) dan air kosong dalam kereta, sekiranya akan (baca: sebenarnya dah tahu) tersekat dalam kesesakan trafik.

Dan akhirnya, penulis juga menerangkan mengenai bentuk “perayaan” sebenar, ketika Eid menjelma. Kemenangan/keraian/perayaan untuk orang yang benar2 berjaya melawan hawa nafsunya. (baca: NAFSUnya). Nafsu membeli, nafsu memilih makanan di bazar Ramadhan, serta lain2 geng NAFSU yang tidak Berjaya dilawan. Dan perayaan ini, sebenarnya untuk orang yang benar2 berjaya…
antara tajuk yang menarik dalam buku tersebut
selain itu, penulis juga menyelitkan beberapa resepi untuk dibuat ketika ramadhan, campuran resepi dari timur tengah, dan resepi bonda penulis...

Dan akhirnya, saya ingin tambah, ini Cuma peringatan untuk diri sendiri. Walaupun penat berpuasa, kesihatan diri perlu dijaga, dan diseimbangkan. Kalau bulan2 lain buleh berjoging, ke gym, berenang, kenapa tidak ianya diteruskan ke bulan Ramadhan. Malah, pakar pemakanan juga mengusulkan agar latihan kardio, dilakukan selepas perut tidak menerima makanan berat 5 jam sebelum aktiviti dilakukan. So, daripada terus tidak bersenam, kita bersenam, dalam kuantiti yang mungkin separuh. Kalau dapat sama seperti bulan ramadhan, lebih baik. Tapi awas, jangan ia menjadi alasan untuk menidakkan tarawih pula di malam harinya!

Wallahu’alam

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...