Saturday, May 21, 2011

Bedah Buku: Online dengan Tuhan


Assalamu’alaykum,

Sebenarnya buku ini telah lama dulu dihadam, namun belum sempat untuk membuat sebarang “pembedahan” untuk menerangkan mengenai isi dalam buku tersebut. Dan disebabkan idea untuk menulis bedah buku tengah melimpah ruah, maka buku ini telah diambil kembali, diselak semula untuk dibuat “pembedahan” semula.

Buku karya Zulkifi Khair ini sangat unik, disamping menimbulkan kontroversi kerana penggunaan tajuk yang walaupun catchy, akan tetapi bisa mengundang tafsiran yang pelbagai. Walaupun tajuknya seperti bermain dengan alatan teknologi yang canggih, akan tetapi, isi dalamnya melampaui kecanggihan teknologi sekarang ini.

“Online dengan Tuhan” merupakan satu karya unik yang menerangkan akan keistimewaan, kemudahan yang ALLAH telah berikan kepada hamba-hambaNYA dalam “berhubungan secara terus”, tanpa wayar, atau alatan sokongan yang lain. Doa yang dipanjatkan kepada ALLAH, dapat didengari, walaupun dengan bisikan hati. Doa tidak perlu dihantar melalui email, atau menaip sms untuk sampai kepada ALLAH, dan ia melangkaui teknologi sekarang ini.

Buku ini juga merungkai mengenai salah faham dalam memahami hakikat ISLAM. ISLAM itu mudah, akan tetapi ianya telah diberat-beratkan dengan tanggapan yang pelbagai.

Kaedah penyampaian yang diselitkan dengan gambar-gambar ikon computer, memudahkan lagi pemahaman mengenai isu dan topic yang ingin disampaikan. Secara langsung dan tidak langsung, menyedarkan akan keperluan (baca: lebih pada kewajipan) untuk sentiasa mendekatkan diri kepada ALLAH.

Wallahu’alam…

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...