Thursday, December 08, 2011

Lab semakin kurang orang

Assalamu'alaykum,

minggu ini, merupakan minggu yang agak teruk bagi penulis, sebab tahap kemalasan+kepenatan yang agak maksimum, telah mengurangkan kadar produktiviti negara. eh?



anyway, minggu ini, merupakan minggu kedua dalam bulan disember ini, dan minggu depan, adalah minggu ketiga, dan minggu depan, merupakan minggu terakhir bagi 2 orang sahabat semakmal dengan penulis di bumi serdang ini, kerana pada minggu terakhir bulan disember, mereka akan kembali bertugas di IPT masing-masing.

disebabkan itu, ada kemungkinan saya akan berseorangan sekali lagi di makmal ini. selepas mendapat tunjuk ajar hampir setahun dari mereka, kini tiba masa untuk saya kembali berdikari, dan berdiri di atas kaki sendiri.

uh, bunyi kilat di luar (baca: tiba-tiba)

beberapa checkpoint dalam penyelidikan masih belum berjaya diselesaikan, kebanyakkannya kerana kesibukan menyiapkan tugasan daripada kursus (baca: subjek) yang perlu diambil semester lepas dan semester ini, menyebabkan pembacaan menjadi sangat kurang, hinggakan dalam seminggu, tiada satu journal pun yang sempat dibaca. hanya difokuskan kepada penulisan tugasan, pembacaan untuk menyiapkan tugasan, menjadi coordinator kelas (baca: ketua kelas), dan pelbagai lagi.

dan salah seorang supervisor committee saya telah bersara, menambahkan lagi satu beban untuk dibuat. perlu mencari co-supervisor yang baru, dalam bidang marin. adoi. sekurang2nya yang akan berkhidmat dalam 2 tahun lagi. (baca: adoiya)

semua ini asam garam dalam penyelidikan. ada yang datang, ada yang pergi, ada yang berjalan, ada yang berlari, ada yang merengkok-rengkok. semoga ALLAH terus berikan kekuatan kepada penulis, dan tabahkan hati untuk menerima kehilangan 2 orang sahabat yang sangat banyak membantu. mungkin seorang lagi juga akan menyusul mereka, kerana dia telah habiskan masternya. jadi, ada 3 orang sahabat yang akan mengosongkan tempat duduk mereka di makmal ini.

mm...semoga ALLAH memberikan yang terbaik buat mereka, dan semoga hati ini tabah dalam perpisahan sebentar ini. semoga bertemu kembali lagi nanti, alumni spatial group! wozza!

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...