Friday, September 27, 2019

Self-Help? perspektif yang menarik

Assalamuálaykum,

pernah ke dengar perkataan Self-Help? mungkin ada pernah dengar, ada tak pernah dengar. jadi kali ni, saya akan berkongsi berkenaan self-help yang menjadi sedikit trendy kala ini. atau mungkin tidak? who knows? and who am i to judge that? haha...

Oklah, self-help ni secara dasarnya, nak berikan kita satu atau dua perkara yang boleh kita lakukan, untuk dijadikan habit, atau pendek kata, nak jadikan benda wajib kita buat harian/mingguan. Banyak benda yang positif dan negatif yang boleh dijadikan isu dalam self-help ni.

Friday, September 20, 2019

Drama Perut: RnR Ayer Keroh - Pit Stop Cafe

Assalamu'alaykum,

Orait, kali ni masih nak bercerita tentang salah satu pit stop menarik, kalau anda travel dari Kuala Lumpur ke Ayer Keroh atau ke bawah lagi. kiranya dari KL menuju selatan la.. 

Kalau korang singgah ke RnR Ayer Keroh, bukan yang jejantas ye, yang bawah je. Ada tempat makan menarik tau. Cuba cari kedai yang bawah ni. mana satu namanya pun tak tahulah. ada BESS Healthy Bread and Confectionery, Bakeri dan Pastri, dan ada PitStop Cafe. So, kita letaklah semuanya. 

Friday, September 13, 2019

Drama Perut: Sate Zainah Ismail Keramat

Assalamu'alaykum,

orait, kali ni ada short vacay, not actually vacay pun, sebab sebenarnya pergi atas dasar kerja. ada Mesyuarat. then, ambil sikit kesempatan untuk menyinggah ke salah satu satay yang pernah digemari arwah mak dan arwah ayah. Iaitu Sate Zainah Ismail, di Dato' Keramat. 
*p/s: dan ianya tidak murah.. haha

Lokasinya? mudah je. berdekatan dengan stesen LRT Damai, akan jumpa satu stesen minyak, dan masuk ke dalam. sebenarnya, kedai ini adalah deretan rumah, dulu2 punya cerita. di tepi lot corner tu, dia buatlah gerai satay ni.... dan masih kekal hingga hari ini. 


Friday, September 06, 2019

Review Buku: The Adventure of the Noble Bachelor - Sherlock Holmes (Audio Book)

Assalamu'alaykum,

Orait, kali ni nak bercerita pula tentang satu lagi novel karya Sir Conan Doyle. Dan masih lagi dalam siri Sherlock Holmes. Kali ni, bertajuk the Adventure of the Noble Bachelor.

Kalau tengok tajuk mesti dah tahu, lebih kepada kisah cintan-cintun kan? tidak semestinya. Walaupun ada sikit tentang cintan cintun, masih ada misteri yang menyelubunginya.

Kisah ni bermula bila seorang lelaki datang berjumpa dengan Sherlock Holmes, dan mengadu, yang isterinya hilang secara misteri selepas dia berkahwin dengan isterinya. Ianya berlaku pada pagi selepas hari perkahwinan mereka.

Lelaki ini yang merupakan seorang bangsawan (Noble) ini, menyatakan bahawa pagi hari kejadian, isterinya telah makan sarapan sebentar, dan kemudian dia kembali ke kamarnya. akan tetapi, bila pembantunya pergi melihat di bilik, tiada sesiapa di dalam bilik. dan baju pengantin juga masih ada.

Sherlock bertanyakan beberapa perkara, terutama peristiwa yang berlaku secara terperinci kepada lelaki tersebut. selepas mendapat jawapan, Sherlock meminta lelaki itu pulang dahulu, dan dia akan cuba mencari beberapa maklumat tambahan.

Sherlock kemudiannya keluar mencari maklumat tambahan. Dia berjmpa inspektor Lestrange, dan berkongsi beberapa maklumat, seperti apa yang ada dalam jaket/pakaian pengantin yang ada dalam biliknya.

Selepas itu, Sherlock keluar lagi mencari maklumat tambahan. Dan pada masa seterusnya, Sherlock memanggil lelaki bangsawan itu berjumpa semula dengannya. Bila lelaki itu datang berjumpa Sherlock, tidak lama kemudian, isterinya datang bersama seorang lelaki...

apa yang terjadi? Kenapa perempuan si isteri melarikan diri dari suami yang baru dikahwininya? macamana perempuan itu boleh datang ke pejabat Sherlock? apa akan terjadi?

boleh cuba dengar kisah ini atau baca buku ini...

regards...

berjumpa dalam siri review buku akan datang pula...

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...