Friday, July 12, 2019

Program Geoinformatik - apa kena mengena GIS dengan peta?

Assalamu'alaykum.

So, kali ni nak berkongsi, apa kaitan peta dengan GIS ni? haaaa.....

Orait, asasnya, kenapa GIS diwujudkan, adalah untuk men"digital"kan peta-peta kertas semua ni. Maksudnya, ketika tahun 1970an-80an, ketika bermulanya era komputer ni, terdapat keperluan untuk "mendigital"kan peta semua ni. 

kenapa ye? sebab utamanya, dari segi tempat penyimpanan, dan keadaan peta-peta ini yang akan rosak ditelan zaman. dari segi tempat, peta-peta ini akan menggunakan kawasan yang besar untuk disimpan. macam rak-rak yang tinggi menimbun. Peta-peta ni pula, ada yang sama je, tapi disimpan oleh pelbagai pihak. 

bila disimpan banyak2, perlu juga dijaga pula. macam buku juga. suhu kena betul, tak boleh lembap sangat, nanti berkulat. atau kena kawasan yang kurang ancaman anai-anai, yang akan makan peta, dan akhirnya merosakkan peta. 

Itu yang tercetus idea untuk "mendigitalkan" peta semua ni. 

macamana cara nak "mendigitalkan" peta ni? idea asalnya lebih mudah. akan tetapi, ianya perlu juga berdasarkan prinsip-prinsip pembuatan peta. kena ada sistem koordinat yang betul. apa benda sistem koordinat pula ni? haaa... nanti kena belajar. then kena juga tahu, nak warna apa untuk jalan? warna apa untuk bangunan? warna apa untuk tunjuk pokok? yang konsep-konsep dan prinsip-prinsip ni semua akan diajar dalam kursus kartografi.... kartografi tu apa? next time kita cerita....


jadinya, GIS ni, selepas berkembang maju, tujuan asalnya adalah untuk menyediakan peta digital, yang mudah untuk disimpan, dan dipaparkan (view), untuk ditunjuk. kemudian, kita boleh buat macam-macam lagi dengan peta ni semua. contohnya kita buat navigasi, macam Waze, atau boleh buat carian, macam dalam google map, ada maklumat pelbagai untuk Malaysia, macam MyGeoMap, dan lain-lain lagi. 

bab analisis spatial ni, kita akan sambung lagi kemudian-kemudian hari....

cukup dulu setakat ni, jadinya, GIS, Geoinformatik ni sangat berkait rapat dengan peta, dan data-data yang diperlukan untuk dijadikan peta (data spatial)....

lain kali kita akan bincang lagi tentang jenis data yang ada digunakan dalam GIS ni. data satelit? data drone? data kapal terbang? data yang orang dok berdiri tepi jalan guna teropong tu?

soo....... tunggu... dan jumpa lagi!!



#geoinformatik, #UTM, #GeoinformatikUTM, #SBEG, #SGHG, #SGG, #Geoinfo, #geoinfoUTM

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...