Friday, December 21, 2018

Siri Buku: A Scandal in Bohemia - Sherlock Holmes Series (Audio Book)

Assalamu'alaykum,

So, kali ni nak berkongsi satu lagi novel yang "dibaca (baca: dengar)" melalui audio book, iaitu siri The Adventure of Sherlock Holmes - A Scandal in Bohemia. Kisahnya bermula apabila Sherlock Holmes menerima sepucuk surat tanpa nama, dan alamat. Cerita ini diceritakan daripada orang kedua, iaitu Dr Watson, pembantu kepada Sherlock Holmes.




Pemberi surat ini ingin berjumpa dengan Sherlock Holmes kerana dia ingin bantuan Sherlock berkenaan ugutan yang dia terima. Dan dengan penelitian yang tajam, Sherlock berjaya mengesan beberapa tips daripada surat yang diterima itu, dan meneka penulis surat itu adalah kerabat diraja di Bohemia. 

Dan seterusnya, cerita ini diteruskan dengan naratif dari sudut Dr Watson, yang menceritakan bagaimana Sherlock menyamar hinggakan Dr Watson pun tidak mengenalinya, untuk Sherlock mendapatkan maklumat yang diperlukan. Kemudiannya Sherlock telah merancang sesuatu untuk mendapatkan barang yang digunakan untuk mengugut kerabat diraja tersebut dengan bantuan Watson. 

Adakah Sherlock and Watson akan berjaya? bagaimanakah mereka akan merancang tindakan mereka? boleh cuba dengar di apps Audiobook, seperti rajah di atas.

jumpa lagi!!~~


regards

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...