Friday, December 14, 2018

Siri Buku: Imbauan

Assalamu'alaykum,

So, kali ini nak bercerita pula tentang satu karya "kartun" yang dihasilkan oleh kartunis "Mie", iaitu Imbauan. Karya ini adalah gabungan antara "kartun" dan juga penceritaan ringkas.




Bahagian pertama karya ini menumpukan kepada kartun atau karya yang pernah diterbitkan dalam surat khabar. Terdapat kritikan sosial yang dimasukkan sedikit dalam beberapa kartun satu muka ini. Terdapat juga sedikit satira politik, yang tidak menjejaskan mana2 pihak. hehe..


bahagian seterusnya pula, pelukis menggambarkan apa yang terjadi satu ketika dahulu di bumi Malaysia. apa budaya setempat (fokus kepada Pengkalan Chepa, Kelantan), dan permainan kanak2, serta keindahan zaman dahulu di Malaysia. antaranya adalah sedikit budaya wayang kulit, pertandingan wau, permainan kanak2 seperti galah panjang dan lain-lain.



jadi, karya ini sangat sesuai untuk pelbagai pihak. Daripada kanak2 yang berada di sekolah rendah, boleh melihat apa yang datuk nenek mereka mainkan ketika kecil, orang dewasa yang mungkin melalui sebahagian daripada apa yang dipaparkan dalam karya ini, serta orang-orang lama, yang akan membangkitkan nostalgia zaman dahulu kala. Ianya juga sesuai untuk pengkaji luar negara untuk membandingkan persamaan dan perbezaan antara budaya, terutama budaya serantau di Asia Tenggara. mungkin permainannya sama, tapi namanya berbeza. Malah, nama permainan juga berbeza mengikut negeri di Malaysia, apatah lagi jika di antara negara.

jadi, selamat menjelajah zaman Malaysia dahulu!

regards

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...